Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Tinjauan Masjid Sungai Durian, Pokok Sena, Alor Star.

Oleh: Omar Bin Jamadudin

Pendahuluan
Kebanyakan kita tidak mengetahui betapa pentingnya peranan masjid kepada kita. Pada zaman Rasulullah s.a.w. masjid dijadikan sebagai sumber untuk menyebarkan ilmu-ilmu ilmiah seperti cara membaca Al-Quran dengan betul, cara mengambil air sembahyang dengan sempurna, cara sembahyang yang sempurna dan pelbagai lagi. Ilmu-ilmu lain juga turut diajar seperti ilmu-ilmu sains. Pada zaman Rasulullah s.a.w. kebanyakkan mesyuarat dijalankan di masjid. Tetapi sejak kebelakangan ini masjid tidak lagi mendapat sambutan dari penduduk-penduduk setempat. Adakah ini kerana ahli-ahli jawatan kuasa masjid tidak menjalankan tugas utuk menarik penduduk-penduduk setempat untuk datang ke masjid ?

Di sini saya ada membut sedikit kajian tentang kegagalan penduduk-penduduk setempat untuk datang ke masjid. Kebanyakan penduduk-penduduk setempat sering kali menghabiskan masa dengan berbual kosong di warung-warung kopi walaupun masjid itu berdekatan dengan tempat mereka minum. Mereka hanya berborak tanpa ambil peduli azan sedang dilaungkan. Ada sesetengah golong muda pula tidak pergi ke masjid dengan alasan sibuk dengan kerja tetapi ada pula masa untuk menonton rancangan-rancangan yang tidak berfaedah seperti Akademi Fantasi(AF), Mentor dan rancangan-rancangan hiburan seumpama dengannya.

Saya tidak mahu membincangkan lagi tentang kegagalan penduduk-penduduk setempat tidak dapat pergi ke masjid/surau walaupun jarak antara rumah mereka tidak sampai satu kilometer dari masjid. Di sini saya mahu berkongsi sedikit maklumat tentang masjid yang berdekatan dengan rumah saya. Saya akan menceritakan serba sedikit tentang kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di Masjid Sungai Durian, Pokok Sena, Kedah Darul Aman;aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masjid ini, serta organisasi masjid ini.

Pertama, saya akan ceritakan sedikit sebanyak tentang masjid ini. Masjid ini terletak di Jalan Batu 14. Jalan yang menghubungkan Pokok Sena dengan Kuala Nerang. Dahulunya masjid ini hanya diperbuat dari papan dan ia seperti rumah papan orang dulu. Ia itu penduduk yang ingin bersembahyang harus naik ke atas menggunakan tangga.

Dalam tahun 1987 masjid ini telah dibina semula dan diperbuat dengan menggunakan simen dan orang yang kurang upaya seperti orang tua tidak lagi harus memanjat tangga untuk berjemaah kerana masjid ini didirikan di bawah bukan lagi di atas. Sebab yang kedua masjid ini telah dibina semula adalah kerana serangan daripada anai-anai yang menyebabkan lantai-lantai masjid ini reput. Ini akan membahayakan jemaaah yang berada di atas. Sebab yang ketiga adalah kerana bilangan penduduk yang menggunakan masjid ini telah bertambah kerana kawasan-kawasan sekitar Jalan Batu 14 banyak didirikan rumah-rumah murah seperti Taman Pertama dan juga Sekolah Sains Pokok Sena. di situ juga didirikan rumah untuk membantu orang miskin iaitu rumah KEDA. Jadi pihak masjid terpaksa membesarkan keluasan masjid ini.

Kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di Masjid Sungai Durian ialah sebanyak 8 buah tandas termasuk tandas wanita. Jumlah pili yang terdapat di dalam bilik air masjid ini adalah 8. Diluar pula ada 12 pili air, 6 pili air bagi jemaah wanita dan 6 lagi untuk jemaaah lelaki. Jumlah bilik bagi kedua-dua jemaah adalah sebanyak 8 buah. Tiada masalah bagi keadaan bilik air kedua-dua jemaaah.

Masalah tandas pula ketara terjadi ini adalah kerana ramai jemaah lelaki tidak memggunakan flush apabila selesai membuang air kecil mahupun air besar. Ini menyebabkan keadaan tidak selesa untuk masuk ke dalam tandas kerana baunya yang meloyakan. Terompah wakaf yang disediakan oleh pihak masjid adalah 7 pasang untuk jemaah lelaki dan 7 pasang juga untuk jemaah wanita. Setiap jemaah disediakan 2 biji cermin untuk membetul dan merapikan diri sebelum mengadap Yang Maha Pencipta.

Di masjid ini, duit derma penduduk-penduduk setempat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk didermakan kepada anak-anak yatim dan digunakan untuk pembaikpulihan dan juga untuk membayar bil-bil elektrik dan juga air. Setiap kawasan didalam masjid diletakan karpet. Kain sejadah ada dalam lebih kurang 25 keping. Masjid ini jarang menggunakan kain sejadah kerana ada karpet disediakan berserta dengan garisan yang membolehkan saf dalam keadaan sebaris.

Kebersihaan didalam dan diluar masjid adalah memuaskan kerana ramai penduduk-penduduk kampung yang sepakat melakukan gotong royong. Panghadang wanita ada dalam lebih kurang 10 penghadang. Penghadang ini banyak kerana setiap penghadang adalah pendek. Jadi ia memerlulan penghadang yang banyak. Telekong wakaf ada lebih kurang 10 helai, kain pelekat wakaf dalam 10 helai dan songkok wakaf ada 10 juga. Kebersihan kesemua pakaian wakaf ini adalah amat baik. Ini adalah berkat usaha penduduk kampung yang rajin membantu untuk membasuh pakaian tersebut terutamanya isteri iman.

Minyak wangi wakaf juga disediakan bagi kedua-dua jemaah. Ini adalah untuk menghilangkan bau yang memyebabkan jemaah di sebelah tidak selesa. Jumlah rak buku yang terdapat dalam masjid ini ada 7 rak. 2 yang bercermin dan yang 5 lagi rak panjang biasa. Jumlah Al-Quran yang terdapat ialah lebih kurang 100 buah dan Al-Quran terjemah dalam 20 buah. Jumlah kitab Yassin ada lebih kurang 300 buah. Jumlah buku lain seperti Al-Islam ada lebih kurang 30 buah. Jumlah speaker yang terdapat adalah 5 biji, jumlah microphone adalah 5 biji dan jumlah sound ada 10 biji.

Keselamatan P. A adalah baik kerana setiap satu telah disimpan dalam kotak besi. Dahulu sebelum pemasangan kotak besi dalam sebulan ada kes kecurian sound dan microphone. Tetapi sekarang jarang berlaku lagi kes-kes kecurian ini. Benda yang selalu harus dibeli akibat kerosakan adalah microphone, ini mungkin kerana microphone sensitif. Persekitaran masjid ini tidaklah berapa cantik ini mungkin kerana banyak pokok-pokok besar tmbuh berdekatan dengan masjid ini. Parking kereta dan motor adalah sistematik. Kawasan untuk meletakan kenderaan adalah luas. Kerusi juga disediakan diluar untuk kemudahan pelawat wanita yang tidak dapat mengikut suami@saudara untuk solat. Kerusi ini juga disediakan utuk pelawat untuk melepaskan penat-lelah mungkin kerana perjalanan jauh. Peralatan-peralatan seperti keranda, perkakas mayat, pinggan, mangkuk, kawah, periuk, cawan dan pollo turut disediakan bagi sesiapa yang ingin menggunakannya boleh terus meminjam dari pihak masjid.

Aktiviti yang diadakan di masjid ini adalah kuliah maghrib yang terbahagi pada 3 iaitu syariah, undang-undang dan tafaq. kuliah subuh juga sering dilakukan, kelas-kelas fardu ain untuk kaum ibu juga diadakan iaitu pada hari jumaat, kelas untuk anak-anak belajar tajwid juga diadakan iaitu pada hari selasa malam. Selain kuliah yang saya sebutkan seperti di atas ada kuliah seperti tassawuf, bacaan Yassin pada malam jumaat, tahallil dan juga tazkirah. Khairat juga dilakukan, kutipan bulanan akan digunakan untuk membayar bil-bil dan selebihnya didermakan kepada fakir miskin. Sesetengah derma telah dikelaskan untuk diberikan kepada anak-anak yatim kerana meraka hidup sebatang kara di dunia ini. Kita harus menyayangi mereka. Duit yang selebihnya dari derma penduduk-penduduk kampung digunakan untnk diberikan kepada janda yang tiada upaya untuk melakukan sebarang kerja.

Aktiviti membersihkan kubur juga sering dilakukan oleh penduduk-penduduk setempat iaitu pada hari jumaat selepas solat Asar. Gotong royong sering kali dilakukan. Kebanyakan penduduk-penduduk kampung memberikan duit kepada bendahari untuk membeli sedikit makanan kepada yang mengambil bahagian dalam gotong royong. Jumlah yang ikut serta dalam gotong royong adalah terhad. Anak-anak muda jarang untuk melakukan gotong royong. Paling banyak yang melakukan gotong royong ini adalah dalam lingkungan 40-an.

Masalah yang sering dihadapi apabila melakukan gotong royong adalah tiada kerjasama dalam menjalankan tugas, ada yang hanya mahu menunjukkan muka sahaja tapi kerja mereka tidak lakukan(berat tulang). Ada kalanya masjid ini kekurangan peruntukan kewangan jadi pihak masjid terpaksa meminjam wang untuk melakukan pembaikpulihan. Ini adalah kerana kebanyakan yang hadir ke masjid tidak mahu menderma sedikit wang untuk pembangunan dan keselesaan masjid.

Organisasi Masjid Ini Adalah Seperti Berikut;

Nama Pengerusi/Imam : Hj. Awang Bin Ismail
Pekerjaan : Bekerja sendiri
Pendapatan : RM700
Usia : 61 tahun
Lama berkhidmat : 12 tahun

Nama Siak : Hj. Nabu Bin Idris
Pekerjaan : Bekerja sendiri
Pendapatan : RM650
Usia : 65 tahun
Lama berkhidmat : 10 tahun

Nama Bilal : Wahab Bin Che Mi
Pekerjaan : Bekerja sendiri
Pendapatan : RM650
Usia : 57 tahun
Lama Berkhidmat : 7 tahun

Nama Bendahari : Rahman bin Arshad
Pekerjaan : Bekerja sendiri
Pendapatan : RM650
Usia : 48 tahun
Lama berkhidmat : 4 tahun

Kesimpulannya, kelebihan masjid ini adalah terletak di kawasan yang agak menjadi tumpuan untuk pelawat yang menggunakan Jalan Kuala Nerang. Kelebihan lain yang terdapat pada masjid ini juga adalah kerana telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah setelah selesai proses pembinaan semula yang dijalankan dalam tahun 1987. Masjid ini juga agak nyaman, ini adalah kerana banyak pokok dikawasan belakang masjid ini.

Cadangan-cadangan yang patut dilakukan adalah menambahkan lagi buku-buku berbentuk ilmiah dan buku pengetahuan seperti Al-Islam. Di samping itu juga penduduk-penduduk setempat haruslah dinasihat dan ditegur jika mereka tidak pergi berjemaah di masjid, penduduk setempat juga harus diperingat supaya flush tandas selepas menggunakannya. Komen yang saya ingin tegaskan adalah penduduk haruslah menjaga kebersihan tandas masjid, jangan hanya tertumpu kepada kebersihan persikitaran dan dalam masjid sahaja.

No comments: