Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Tinjauan Pengurusan Masjid Ar-RahimiahTinjauan

Oleh: Sharime B. Zainalabidin

Pada zaman rasulullah masjid dijadikan sebagai tempat melakukan ibadat, tempat mengadakan mesyuarat yang merangkumi hal-hal masyarakat dan negara, tempat memutuskan hal negara, perpustakaan, pejabat baitumal, markas tentera, tempat melangsungkan perkahwinan dan sembahyang jenazah, asrama dan hotel bagi pengembara, dan institusi pengajian dan pendidikan. Disamping itu masjid juga dijadikan sebagai tempat berbincang mengenai perihal ekonomi dan perdagangan juga pusat pentadbiran negara termasuk sebagai tempat menerima perwakilan luar negara atau para tetamu. Berdasarkan fungsi tersebut jelas menunjukkan pada zaman rasulullah dahulu kegunaan masjid merangkumi skop yang luas dan pelbagai. Masjid menjadi institusi serbaguna yang tidak terhad sebagai ibadah khusus semata-mata tetapi juga ibadah dalam pengertian umum. Walaubagaimanapun masjid kian mempunyai peranan yang kecil dalam dunia islam, pada masa sekarang masjid hanya mempunyai separuh daripada peranan asalnya.

Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk (At taubah 18)

Di masjid AR-RAHIMIAH yang bertempat di persiaran Tengku Ampuan Rahimah 41200 Klang, Selangor. Masjid di sana juga mempunyai peranan-peranan penting walaupun tidak berpengaruh terhadap hal-hal negara tetapi ia tetap bertanggungjawap dalam perihal masyarakat penduduk sekitar kawasan itu. Menurut imam yang bertugas di masjid itu iaitu Ustaz Ibrahim b. Abdullah peranan masjid di sini tidak lari daripada peranan asal masjid pada zaman rasulullah masjid di sini dijadikan pusat pendidikan dan pengajian, pusat pengurusan jenazah, menguruskan juga perkahwinan, pusat masyarakat, juga menjalankan kerja-kerja pengutipan zakat selain dari tugasnya yang sebenar iaitu pusat ibadah untuk umat islam. Imam itu menyambung masjid ini pernah dijadikan tempat penginapan untuk mereka yang musafir tetapi ia kini tidak lagi kerana dewasa ini ia sering di salah gunakan oleh masyarakat sendiri seperti kes-kes mencuri tabung-tabung masjid dan peralatan-peralatan masjid, ia juga dijadikan sarang penagih untuk menagih dadah dan juga para remaja yang lari dari rumah cenderung bermalam di masjid dan mengotorkan masjid. Lantaran dari itu masjid disini hanya di buka ketika subuh sehingga pukul 12 malam sahaja. Selepas pukul 12 masjid ini akan ditutup rapi oleh siak yang bertugas di situ kerana kekhuatiran penyalah gunaan masjid berlaku.

Tidaklah pantas orang-orang musrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka mengakui mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka (at taubah 17)

Antara aktiviti-aktiviti lain di masjid Ar-Rahimiah selain ibadah khusus sembahyang 5 waktu, masjid itu menjalankan pengajian al Quran dimana pengajian ini mengajar para pelajar mengaji al Quran sehingga fasih iaitu pada malam selasa dan khamis yang dijalankan secara berkumpulan dan pada malam isnin dan rabu menjalankan pengajaran pengajian al Quran untuk pelajar persendirian. Pelajaran ini untuk semua golongan umur dan jantina yang diajar oleh Ustazah Soleha bt. Remut dan Ustaz Kamaruddin b. Abas. Masjid ini juga menjalankan klas-klas agama dan kuliah pagi untuk masyarakat mempelajari agama islam denga lebih mendalam lagi, selain itu masjid ini juga mengedarkan risalah-risalah pendidikan islam pada tiap-tiap hari jumaat iaitu ketika sembahyang jumaat. Masjid ini juga mengutip zakat pada tiap-tiap menjelang hari raya berserta dengan sembahyang raya. Pengutipan zakat itu dilakukan oleh wakil-wakil dari pejabat agama islam. Selain itu masjid ini juga mempunyai kemudahan menguruskan jenazah juga sembahyang jenazah sehingga membaca talkin untuk jenazah. Selain dari aktiviti-aktiviti diatas masjid ini juga akan mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar masjid jika perlu dan juga membersihkan tanah perkuburan yang baru dilakukan baru-baru ini yang membabitkan masyarakat setempat dengan kerjasama jabatan pertahanan awam setempat. Masjid ini juga menjalankan aktiviti masyarakat lain seperti mengadakan solat hajat untuk pelajar-pelajar sekolah ketika peperiksaan hampir tiba dimana masjid ini telah menempatkan pelajar-pelajar sekolah untuk bermalam di masjid ini untuk bersama-sama melakukan solat hajat, bacaan yasiin, dan juga qiamulaii.


Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tiggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang yang mendapat kemenangan (at taubah 20)

Secara amnya rupa bentuk masjid ini terdari dari 3 tingkat di mana tingkat ke 3 terletak pejabat dan bilik-bilik klas untuk pelajar-pelajar pengajian al Quran. Tingkat 2 dibuka ketika jemaah ingin menunaikan sembahyang jumaat kerana ketika solat jumaat bilanggan jemaah tidak boleh ditampung oleh masjid tersebut. Di tingkat pertama luas masjid itu dibahagikan kepada 2 iaitu saf untuk perempuan dan lelaki. Kemudahan lain masjid ini ialah mempunyai speaker dalam untuk kegunaan ketika khutbah jumaat dan speaker luar untuk kegunaan laungan azan dan bacaan al Quran ketika subuh dan mahgrib, speaker luar ini mampu didengar sejauh 500 m jikalau subuh. Selain itu masjid ini juga mempunyai kipas syiling sebanyak 34 buah dan lampu yang mempunyai bilangan yang sama untuk keluasan masjid itu kira-kira seluas 350m, di bahagian atas juga mempunyai bilangan kipas angin dan lampu sebanyak 29 masing-masing dan di tingkat 3 mempunyai kemudahan penghawa dingin kerana bahagian atas tidak di gunakan untuk sembahyang tetapi lebih kepada pejabat dan klas-klas agama. Masjid ini juga dilengkapi dengan karpet dan tabung-tabung kecil masjid yang diagihkan ketika para jemaah mendengar khutbah jumaat atau kuliah lain, juga mempunyai 3 tabung besar untuk tabung masjid dan tabung anak-anak yatim di penjuru-penjuru masjid. Dan akhir skali masjid ini menempatkan rak-rak buku dimana Al Quran dan buku-buku agama ditempatkan di tempat srategik di penjuru masjid dimana terdapat 5 rak iaitu 4 rak kecil dan 1 rak besar di tingkat 1 tetapi di tingkat 2 hanya tempat khusus untuk beribadah jikalau para jemaah penuh sahaja, oleh itu tiada kemudahan buku-buku agama dan al Quran. Di bahagian luar pula kemudahan asas seperti tempat mengambil wuduk disediakan di bahagian dalam masjid dan di luar untuk jemaah lelaki tetapi untuk jemaah perempuan terdapat hanya satu tepat mengambil wuduk di bahagian dalam sahaja. Selain itu terletak juga tempat meletak kenderaan yang besar untuk semua dan pondok-pondok kecil berhampiran dengan pintu belakang masjid untuk kegunaan orang ramai.

Dari segi pentadbiran pula, masjid Ar Rahimiah mempunyai dua orang imam iaitu ustaz Ibrahim b. Abdullah dan Ustaz Yunus b. Nikmat juga mempunyai dua bilal dan juga pekerja-pekerja atau siak-siak masjid yang mentadbir masjid Ar Rahimiah ini. Diharap masjid ini kekal menjalankan tugas-tugasnya yang sepatutnya di masa hadapan kerana kekhuatiran ustaz Ibrahim yang menyatakan bahawa pada zaman sekarang ini masjid semakin di pandang sebagai tempat untuk solat jumaat sahaja, sebagai contoh pada zaman sekarang terdapat hospital-hospital yang mampu menguruskan jenazah sehingga mengkafankan jenazah itu dan hanya di hantar ke masjid untuk di solatkan sahaja dan juga makamah yang boleh mengesahkan perkahwinan turut memperkecilkan peranan masjid dan akhir sekali sikap masyarakat yang mengunjungi surau atau lebih suka mengerjakan solat di rumah juga akan menjejaskan peranan masjid. Ustaz Ibrahim juga memanjangkan nasihatnya kepada masyarakat ketika menjadi khatib ketika solat jumaat supaya menghargai istana Allah ini.

Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka telah hacur. dan Allah maha mengetahui dan maha bijaksana.

No comments: