Saturday, April 18, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Sirajuddin Al-Anwar, Selangor

Oleh: Najihah Bt Marzuki

Masjid Sirajuddin Al-Anwar mula dibina pada 1975 dengan usaha YBhg. Dato’ Hj. Sanad b. Hj. Said sebagai arkitek yang pada masa itu adalah sebagai ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor bersama JKKK yang dipengerusikan oleh Allahyarham Hj. Marzuki b. Hj. Sirat dan AJK Masjid di bawah pimpinan nazir pada masa itu Allahyarham Hj. Abdul Karim b. Hj. Siraj dengan peruntukan sebanyak RM500, 000, 000 oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Di atas tanah masjid ini juga yang seluas 4setengah ekar juga telah dibangunkan beberapa bangunan berhampiran masjid seperti:

Ø Sebuah madrasah untuk pengajian kaum ibu tiap-tiap hari Sabtu, majlis Maulidur Rasul, aktiviti-aktiviti Pertubuhan Perempuan (WI ) dan Perkumpulan Wanita Islam Daerah Klang.
Ø Sebuah Sekolah Rendah Agama bagi anak-anak tahun satu hingga tahun enam dab pada masa kini Sekolah Rendah Integrasi Daerah Klang adalah juga ditempatkan untuk sementara di Sekolah Rendah Agama yang sama dengan murid tahun satu hingga tahun empat.
Ø Sebuah Balai Raya turut dibina untuk Jawatankuasa Kemajuandan Keselamatan Kampung, Kampung Batu Belah, Klang (JKKK) mengadakan mesyuarat dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Di bawah pengawasan, pemantauan dan pentadbiran Masjid Sirajuddin Al-Anwar terdapat 3 buah surau yang beroperasi sehinggan kini di Kampung Batu Belah Klang. Surau-surau tersebut ialah Surau Al-Huda di Jalan Istimewa, Surau Al-Falah di Taman Sri Pekan dan Surau Taman Bunga Melur.

Kini, Masjid Sirajuddin Al-Anwar telah berusia lebih daripada 25 tahun. Memandangkan dengan pesatnya pembangunan di sekeliling Kampung Batu Belah, JKKK bersama AJK masjid merancang dan berusaha mempertingkatkan bangunan masjid.


1) KEMUDAHAN ASAS
Masjid Sirajuddin Al-Anwar ini mempunyai 8 bilik air bagi setiap tandas lelaki dan perempuan. Ia juga menyediakan kemudahan 3 tempat mandi di setiap tandas. Purata jumlah kesemua pili di dalam tandas, 16 kepala pili. Dan, pili air yang dibina di sekitar masjid khususnya untuk tempat mengambil wudhu’ dalam lingkungan 30 pili air. Turut disediakan kolah kecil di dalam tandas. Selipar khas untuk kegunaan ke tandas juga disediakan.

Masalah yang sering berlaku di dalam tandas ialah terdapat bilik air yang di mana mengalami masalah kepala paip longgar dan menyebabkan air paip mengalir kelur tidak berhenti dan ini menyumbang kepada pembaziran. Namun demikian, kebanyakkan tandas-tandas ini telah diperelok dan dibaikpulihkan keadaannya dalam projek menaikkan taraf masjid baru-baru ini. Cuma, semasa semasa tinjauan ini dijalankan, pemandangan di dalam tandas-tandas ini sedikit mencacatkan kerana keadaan kebersihan tandas masjid yang kurang memuaskan. Mungkin disebabkan kehadiran murid-murid sekolah agama rendah yang berhampiran sering menggunakan tandas masjid tanpa menjaga kebersihan tandas-tandas ini.

2) RUANG SOLAT
Masjid yang terletak di Jalan Lebuhraya Shapadu-Pelabuhan Klang ini juga dilengkapi dengan hamparan karpet yang meliputi seluruh ruang solat baik lelaki mahupun perempuan (muslimin dan muslimat). Pada setiap kali sambutan sebarang perayaan seperti Majlis Ceramah Isra’ Mikraj, Maulidur Rasul, dan setiap hari Jumaat, ruang legar dan anjung disekeliling masjid akan di hamparkan tambahan tikar getah dan sejadah bagi menampung jumlah jamaah yang hadir.

Kelengkapan pakaian solat lelaki dan perempuan turut disediakan. Cuma, kain pelikat wakaf tidak lagi disediakan kerana terdapat segelintir pengunjung tidak mempunyai kesedaran sivik terhadap menjaga kebersihan dan tidak menghargai kemudahan yang disediakan oleh pihak masjid.

Terdapat juga masalah mengenai kain telekung wakaf. Pihak jawatankuasa masjid telah beberapa kali menyediakan telekung wakaf. Tetapi, bilangannya pasti berkurangan setiap kali tinjauan dilakukan ( kain telekung “Ghaib” )

3) BAHAN BACAAN
Pihak masjid tidak mengambil atau mengemaskini rekod yang tetap bagi bilangan atau jumlah bahan bacaan di masjid ini. Ini kerana kebanyakkan bahan bacaan seperti naskhah Al-Quran dan Kitab Yasin disumbangkan oleh syarikat sdn. Bhd, jabatan awam kerajaan, mahupun sedekah jariah orang perseorangan. Di sini, di buat tinjauan secara kasar bilangan bahan bacaan di Masjid Sirajuddin al-Anwar ini.

Ø Jumlah rak buku : 5 buah
Ø Jumlah Quran : 80 naskah
Ø Jumlah Quran terjemahan : 20 naskah
Ø Jumlah kitab yasin : Lebih daripada 50 naskah
Ø Meja bacaan ( rahil ) : 25 buah
Ø Majalah / risalah : lebih dari 20 naskah

Di masjid ini juga terdapat perpustakaan mini yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung membaca kitab-kitab agama, buku-buku ilmiah, risalah dan majalah.


4) PA SYSTEM
Ø Jumlah speaker : ( 11-20 ) unit
Ø Jumlah microphone : 3 unit
Ø Kekerapan kecurian : Lazim

Kecurian sering juga berlaku di masjid ini. Lazimnya yang melibatkan wang sumbangan derma yang ditempatkan dipeti besi disekitar ruang dalam masjid. Kecurian juga berlaku pada peralatan elektrik seperti penyedut hampagas (vacuum ) kipas berdiri, dan amplifier. Malah, penutup besi juga turut pernah dicuri.

5) “ PERSEKITARAN MASJID “

Sejak pembinaan Masjid Sirajuddin Al-Anwar, institusi ini sering mengalami perubahan pembaikpulih dalam banyak fasa dan secara berperingkatan (berskala).
Masjid ini juga baru sahaja selesai daripada projek menaiktarf dan membaikpulih struktur masjid ini. Di dalam pojek ini, terdapat beberapa bahagian dalam dan persekitaran luar masjid yang dibaikpulih dan dinaiktarafkan. Sebagai misalannya, membaikpulih dan memperelok menara masjid, pembinaan tandas baru, penambahan anjung di sekeliling masjid, pewujudan pondok rehat, tempat wudu’, dan lanskap taman yang baru.

a) Jumlah pasubunga : lebih kurang 40 buah pasu.
b) Parking : boleh menampung lebih 50 parking lot
c) Tiang bendera : 3 batang
d) Bilik tetamu : bilik mesyuarat boleh digunakan bagi menggantikan
ketiadaan bilik tetamu.


BAHAGIAN KEDUA : “ AKTIVITI – AKTIVITI MASJID “
A) PENGAJIAN
a) Kuliah Maghrib:
Malam jumaat - setiap minggu ( Bacaan Yasin dan tahlil berjamaah )
Malam Selasa - miggu pertama : Pengajian Tauhid Ibadah (IMAM)
- minggu kedua : Pengajian Tafsir Quran
- minggu ketiga : Tazkirah
- minggu keempat : Pengajian Hadith
b) Kuliah Subuh
Pagi Ahad - Pengajian Tajwid Talaqi ( oleh :TUAN NAZIR)
- Muqaddimah hadith
- Tafsir Quran
c) Kelas pengajian fardhu ain untuk ibu
- petang Khamis : tafsir Quran, Feqah Tauhid (oleh
Tuan Hj. Imam atau Tuan Nazir )
- petang Sabtu : - kelas bersambung seperti di atas-
d) Kelas tajwid untuk anak-anak
- pagi Ahad : “mengenal Quran , membaikpulih bacaan,
pemantapan solat dan penekanan terhadap
bab taharah (bersuci)
B) KHAIRAT
a) Kutipan bulanan = lingkungan RM 2, 400
b) Jumlah terkumpul =
c) Sumbangan untuk anak-anak yatim
: masjid memperuntukkan khairat untuk anak yatim dengan
memberi bantuan keperluan persekolahan seperti pakaian dan
buku-buku . Kebanyakkannya, diuruskan oleh Puzat Zakkat
Selangor Daerah klang.

e) Sumbangan untuk ibu tunggal
: diberikan kepada yang benar-benar memerlukan. Selebihnya turut
diuruskan oleh Pusat Zakat Selangor.

C) GOTONG – ROYONG
a) Gotong – royong
: diadakan 2 tahun sekali iaitu pada menjelang Ramadhan
dan ketika menyambut ketibaan bulan Rabiul Awal.
b) Kekerapan
: persekitaran masjid sering diberi perhatian dan kebersihannya di
bawah tanggungjawab SIAK-SIAK yang telah dilantik. Turut
membantu siak ialah beberapa tukang kebun yang di upah untuk
menjaga kecantikkan dan persekitaran laman masjid.
c) Sumbangan makanan gotong- royong
: untuk aktiviti gotong – royong, kebiasaannya masjid jarang sekali
mengeluarkan belanja untuk makanan. Lazimnya, penduduk-
penduduk kampong akan bersama beramai- ramai bergotong-
royong dan ada di antaranya adalah sumbangan sedekah daripada
orang perseorangan.
d) Jumlah yang turut serta dalam aktiviti :
: dalam lingkungan 70 orang dan akan di bahagi-bahagikan tugas
seperti membersihkan kawasan masjid, kawasan perkuburan,
kawasan luar masjid, dan kawasan madrasah,

D) HARI KEBESARAN
Ø Awal muharam
Ø Assyura
Ø Nisfu Sya’ban
Ø Maulud nabi
: bermula pada malam 1RabiulAwal sehingga malam 12Rabiulawal. Setiap malam akan diadakan majlis berzanji, selawat nabi dan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan.
: setiap malam akan disediakan sedikit jamuan ringkas. Penyediaan makanan ini dibahagikan kepada 12kumpulan. setiap kumpulan seramai 20-24 orang. Kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada penduduk kampung akan bergilir-gilir menyediakan juadah makanan kepada pengunjung masjid sepanjang malam sambutan maulud nabi. Oleh yang demikian, masjid dapat menjimatkan kos penyediaan makanan disamping mewujudkan rasa ingin bersedekah dan rasa tanggungjawab untuk terlibat dalam apa jua aktiviti yang dijalankan oleh masjid.
Ø Nuzul Quran
Kesemua perayaan hari kebesaran di atas, disambut pada setiap tahun.

ALIRAN CARTA ORGANISASI
MASJID SIRAJUDDIN AL-ANWAR
SESSI ( 1 OGOS 2005 - 31 MEI 2006 )

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Datuk Penghulu Mukim Bukit Raja
Hj. Ahmad Jai Bin Agus.
Nazir : Hj Abd Latif b. Hj. Abd Karim
Timb. Nazir : Hj. Mohd Yassin b. Hj Amin
Imam (1) : Hj. Mohd Yazid b. Hj Hashim
Imam (2) : Hj. Shahid b. Hj. Palil
Bilal (1) : Hj. Anis b. Hj Hashim
Bilal (2) : En. Abd Hamid b. Kasman
Siak (1) : Hj. Muzakir b. Hj. Yusuf
Siak (2) : En. Abu Bakar b. Harun
Setiausaha : En. Mahfuz b. Hj. Juraimi
Pen. Setiausaha : Hj. Kamarulzaman b. Hj. Sahari
Bendahari : Hj. Sulaiman b. Hj. Maarof
Pemeriksa Kira-kira (1) : En. Abd Aziz b. Sulaiman
Pemeriksa Kira-kira (2) : En. Zainuddin b. Kasman
AJK Induk : 8 orang
AJK PELAKSANA
Pembantu Imam : 2 orang
Pembantu Bilal : 3 orang
BIODATA


PENGERUSI
Nama : Tuan Hj. Abd Latif b. Hj. Abd Karim
Umur : 61 tahun
Alamat : Lot 1658, Jalan Bahagia Kg. Batu Belah , 42100
Klang.
Jawatan : sebelum menjadi nazir, beliau bertugas sebagai
Setiausaha
Lama berkhidmat : 5 tahun
Pekerjaan : Pesara dari Jabatan Pertahanan Malaysia.

IMAM (1)
Nama : Tuan Hj. Mohamad Yazid b. Hj. Hashim
Lahir : 10 November 1945
Tempoh : tahun 1990- kini
Pendidikan : Sekolah Rendah Keb Batu Belah, Klang
Sekolah Agama Rakyat Kg. Batu Belah.
Sekolah Maahad Arab Sg. Berteh
Pekerjaan : Guru Sekolah Agama Batang Kali, Kuala Kubu, Selangor
: Guru Besar Sekolah Rendah Agama Kg. Batu Belah. Klang
: Guru Besar Sekolah Rendah Agama Pekan Meru, Klang
: Guru Besar Sekolah Rendah Agama Kapar, Klang
Kenangan bakti : mengajar fardhu ain kepada penduduk kariah Kg. Batu Belah Klang di masjid dan 3 buah surau di bawah pentadbiran masjid
: menjadi jurunikah masjid Kg. Batu Belah Klangd
dari tahun 1992 - kini

SEKIAN, TAMAT

Thursday, October 06, 2005


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


No comments: