Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Jamek Makmuriah, Sungai Besar, Selangor

Oleh: Pelajar Uitm Perlis.

Masjid ini terletak di pekan Sungai Besar, Selangor. Masjid ini menjadi tumpuan masyarakat sekeliling untuk menunaikan solat, berdasarkan kedudukannya yang strategik, iaitu ditengah-tengah kawasan pentadbiran. Terdapat ibu pejabat polis, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Sabak Bernam dan 2 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah.Masjid ini telah dibina pada tahun 1960 dan dirasmikan oleh Sultan Selangor pada ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Masjid ini telah menjadi saksi terhadap pelbagai peristiwa penting dipersekitarannya.

Masjid ini juga merupakan induk bagi 14 buah surau di kawasan sekelilingnya. Sebarang majlis besar akan dilakukan di masjid ini, seperti baru-baru ini, sambutan Isra’ mikraj, kursus haji dan pelbagai aktiviti lain. Masjid ini juga mengadakan aktiviti-aktiviti tetap yang berunsur ilmiah seperti ceramah agama, kelas fardhu ain, kelas Al-Quran dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti lain
Khairat-duit yang terkumpul digunakan untuk membantu orang miskin dan ahli keluarga yang meninggal dunia. Hari kebesaran-penduduk kampung akan bekerjasama menyediakan juadah ketika sambutan Awal Muharam, Hari Asyura, Syaban, maulud dan lain-lain.

Pengurusan solat-solat fardhu
Bagi melancar dan menguruskan solat berjemaah bagi solat-solat fardhu dan sunat, pegawai-pegawai masjid telah dilantik; berikut senarai nama pegawai masjid; Imam
Ustaz Rosli b Samsudin Imam 2. Imam 3 Hj Shamsuddin b Sharkawi. Ustz Hj Abu Yani Hj Omar Bilal 2 Bilal 1. Ustz Hasib b Yustami En Husaini Mohamad Yusof.

Bagi memelihara kebersihan kawasan masjid, pihak masjid telah mengupah seorang tukang kebun.Ditugaskan menjaga tumbuhan disekitar, sapu sampah dan lain-lain.

Organisasi Masjid; Penasihat: Dato' Hj Baharin b.Mat Akhir, Ustz Hj Hanifuddin Ustz.Hj Baharuddin b. Usin b. Hj Roslan. Pengerusi(Nazir) : Tuan Hj Amri Husin. Timbalan Pengerusi: Tn Hj M.Ayub Hj Yusof. Setiausaha: Tn Hj Mt Yasin Hj Ismail. Penolong setiausaha: Ustz. Ahmad Zamri. Bendahari: Tn Hj Ahmad Fadzil Jamari. AJK lain Tn Hj Wazir b. Naad-Tn Ismail Hj Mohd Nor, En. Zulkifli Mohamad. Juru Audit:-Tn Hj Samuri Godiran-Tn Hj Othman Hj Hashim.

Kemudahan Asas
PERKARA CATATAN
Tandas 2 buah tandas utama(setiap tandas 6 bilik)
Pili 52 kepala pili
Jum bilik mandi 2 buah bagi setiap tandas utama
Terompah wakaf 4 pasang
Cermin muka 4 buah
Tabung derma Tiada
RUANG SOLAT
Karpet Karpet berwarna biru-putih
Jum sejadah 100 helai
Pengadang wanita Kain gelap sebagai tirai pemisah
Telekung wakaf 5 helai
Kain pelikat wakaf Tiada
Songkok wakaf Tiada
Minyak wangi wakaf Tiada

Keranda 1
Pinggan mangkuk Ada
Kawah 2 biji
Periuk besar 2 biji
BAHAN BACAAN
Jumlah rak buku 2 rak besar buku ilmiah
Jumlah Quran 50 buah
Jumlah Quran terjemah 25 buah
Kitab Yassin 200 buah
Buku-buku lain Tafsir buku agama, buku cerita, rujukan sekolah, dll.
Risalah Disediakan pada setiap solat sunat jumaat
P.A system Ada
PERSEKITARAN
Parking Kawasan parking luas, sebahagiannya berbumbung.
Kerusi 4 kerusi batu, 2 kerusi panjang
Tiang bendera 3 BATANG
Bilik tetamu 1 buah


Masalah
Masjid Jamek Makmuriah ini merupakan induk bagi 14 buah surau disekitarnya. Diletakkan dibawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor, dan diuruskan oleh ahli jawatan kuasa yang dipilih sendiri oleh pihak jabatan dan orang kampung.walaupun terdapat pihak yang menjaga masjid ini, ia tetap menghadapi masalah seperti kecurian pada tabung besi masjid yang dilakukan oleh budak-budak nakal yang bersekolah disekitar masjid.kekurangan ruang solat ketika solat sunat jumaat.pada pandangan saya, masjid ini tidak menghadapi sebarang masalah besar selain daripada diatas, kerana dikelola oleh mereka yang bertanggungjawab.
Cadangan
Menganjurkan aktivi-aktiviti yang melibatkan masyarakat sekitar untuk mengeratkan silaturrahim. Mengadakan usaha sama dengan pengurusan sekolah bagi mengurangkan kecurian melibatkan pelajar mereka. Manfaatkan ruang kelas yang ada dengan mengadakan kelas-kelas tambahan untuk pplajar miskin atau disewakan sahaja.dapat menjadi sumber pendapatan baru bagi masjid.

No comments: