Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Umar Al-Khattab, Kg. Cenderawasih

Oleh: Muhamad Anuri Bin Abdul Hadi

Sejarah Masjid.
Masjid ini di bina pada tahun 1980. Masjid ini dibina di atas tanah yang diwakafkan dengan hasil derma orang ramai dan individu. Ia juga dibina kerana dahulunya di kawasan itu tidak mempunyai masjid. Hanya terdapat sebuah surau kecil pada masa itu. Setiap kali hari jumaat, penduduk di sini terpaksa berjalan sejauh 13 KM untuk ke masjid yang terdekat. Atas desakkan penduduk maka terbinalah sebuah masjid yang diberi nama Masjid Umar Al-Khattab. Masjid ini telah dirasmikan pada tahun 15 march 1980 oleh wakil rakyat DUN Muadzam Shah. Masjid ini dibina dengan keseluruhnya berasaskan batu sepenuhnya. Masjid ini terletak di atas kawasan tinggi dan di tengah-tengah kampung. Ini menunjukkan penduduk di sini amat mementingkan peranan dan martabat sesebuah masjid. Masjid ini yang terletak di tengah-tengah kawasan menjadi bukti bahawa masjid adalah sebuah pusat kegiatan islamiah di kawasan ini.. Dengan terletaknya masjid ini di kawasan tinggi, penduduk di sini dapat mendengar laungan azan apabila sudah masuk waktu sembahyang. Maka, dengan terbinanya masjid ini penduduk di sini dapat menunaikan kewajipan mereka sebagai umat islam.

Kemudahan-Kemudahan Asas
Masjid Umar Al-Khattab ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang lengkap bertujuan untuk memudahkan jemaah-jemaah masjid untuk beribadah. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah seperti bilik air. Terdapat 2 buah bilik air dimasjid ini, 1 buah bilik air lelaki dan 1 buah bilik air wanita. Bagi bilik air lelaki terdapat 4 tandas, manakala bilik air wanita terdapat 4 tandas. Bagi kemudahan pili pula terdapat sejumlah 27 pili air di Masjid Umar Al-khattab. Dimana sebanyak 4 pili terdapat di bilik air lelaki dan 4 pili terdapat di bilik air wanita. Di tempat wuduk lelaki terdapat 9 pili air, tempat wuduk wanita terdapat 8 pili dan akhir sekali didapur terdapat 2 pili air. Bagi jumlah bilik mandi pula, terdapat 2 buah bilik mandi di masjid ini, 1 bagi bilik mandi lelaki dan 1 bagi bilik mandi wanita.. Masalah-masalah bilik air pula ialah, bagi bilik air lelaki terdapat selak pintu yang rosak dan bagi bilik air wanita ia kotor dan tidak terurus. Bagi kemudahan trompah wakaf, terdapat sebanyak 6 pasang trompah. Sebanyak 4 pasang trompah bagi jemaah lelaki dan sebanyak 2 trompah pasang bagi jemaah wanita supaya tidak mengotori kawasan tandas. Bagi kemudahan cermin muka pula, di Masjid Umar Al-Khattab terdapat 16 keping cermin muka yang dilekatkan di dinding berhampiran di sinki di dalam tandas lelaki dan perempuan. Ia disediakan bagi memudahkan jemaah melihat dan membersihkan muka sebelum masuk ke dalam masjid. Masjid ini terdapat tabung untuk air dan elektrik untuk menampung sedikit kos penggunaannya selain daripada ditampung oleh kerajaan.. Setakat ini tiada sebarang masalah atau kerosakan berkaitan dengan tandas di masjid ini kerana ia baru dibina menggantikan tandas yang lama.

Ruang Solat Masjid
Kawasan ruang solat di dalam masjid sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Antara kemudahan di ruang solat yang disediakan adalah karpet. Terdapat sebanyak 25 karpet panjang yang di sambung antara satu sama lain. Karpet-karpet ini telah dihadiahkan oleh wakil rakyat dan juga derma daripada sebahagian penduduk di sini. Jumlah sejadah yang terdapat di dalam masjid ini ialah sebanyak 90 helai. Sejadah ini digunakan untuk memudahkan jemaah menunaikan solat terutamanya semasa menunaikan solat jumaat. Ini kerana pada hari tersebut penduduk di sini akan dating ke masjid untuk sembahyang jumaat. Selain daripada itu, masjid ini juga menyediakan pengadang untuk jemaah wanita untuk mereka bersolat. Pengadang wanita yang disediakan di dalam masjid ini adalah seperti kain yang boleh digelongsor. Ini untuk memudahkan jemaah wanita dapat melihat dan mendengar penceramah apabila diadakan ceramah-ceramah. Sebuah almari diletakkan di satu sudut ruang solat wanita yang mengandungi telekung-telekung yang diwakafkan untuk kegunaan jemaah wanita. Sebanyak 15 helai telekung dan kain pelikat yang diwakafkan serta disimpan dengan bersih dan kemas. Masjid Umar Al-Khattab amat mementingkan kebersihan terutamanya di ruang solat. Ruang masjid ini sentiasa berkeadaan bersih dan teratur. Ini kerana siak masjid membersih dan menvakumkan masjid setiap hari. Semua sejadah yang digunakan disusun dengan rapi, begitu juga dengan buku surah yassin dan kitab Al-Quran

Bahan Bacaan
Sudut bacaan turut terdapat didalam masjid ini. Sudut bacaan ini mengandungi pelbagai jenis bahan bacaan untuk tatapan pengunjung. Terdapat hampir beribu bahan bacaan seperti majalah, risalah dan buku-buku lain didalam perpustakaan ini. Semua bahan bacaan ini adalah ihsan daripda Jabatan Penerangan Negeri Pahang disamping sumbangan orang ramai. Selain itu, terdapat sebanyak 20 buah Al-Quran dan 10 buah Al-Quran terjemahan disediakan dalam masjid ini untuk kegunaan jemaah dan orang ramai. Kitab Yasin yang disediakan setakat ini di masjid ini adalah sebanyak 200 buah.

System P. A
Sistem P. A yang disediakan dimasjid ini agak lengkap. Terdapat 6 buah speaker yang dipasang di sekitar bangunan masjid ini. Selain itu, sebanyak 2 mikrofon yang digunakan terutama untuk solat Jumaat dan majlis-majlis seumpamanya. Sistem keselamatan turut dipasang untuk mengelakkan sebarang kecurian. Terdapat sebuah bilik yang berkunci disediakan untuk menyimpan barang-barang ini termasuk pagar besi.

Susunan lanskap di sekitar kawasan masjid ini menarik kerana masjid ini berkedudukan strategik. Kawasan parking dimasjid ini boleh memuatkan sebanyak 40 buah kereta dan 65 buah motosikal pada satu-satu masa. Terdapat juga 4 buah kerusi rehat disediakn disekitar kawasan masjid ini. Terdapat 2 tiang bendera yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri.


Peralatan lain turut disediakan didalam masjid ini seperti peralatan untuk mandi mayat dan pengebumian. Selain itu, masjid ini turut menyediakan peralatan untuk mengadakan kenduri seperti khemah, kawah, pinggan mangkuk, meja, kerusi dan lain-lain sama ada untuk kegunaan masjid sendiri ataupun disewa untuk kegunaan orang ramai.

Aktivit-Aktiviti Masjid
Masjid ini meskipun berada dalam kawsan terpencil, tetap menjalankan pelbagai aktiviti berunsur keagamaan untuk anak-anak kariah mahupun orang ramai. Pelbagai bidang pengajian yang disediakan dimasjid ini yang diadakan setiap hari, setiap minggu dan bulanan. Kelas Al-Quran untuk kanak-kanak diadakan setiap hari pada waktu petang dan diajar oleh 2 orang ustazah yang berpengalaman. Pada setiap minggu, iaitu pada malam Selasa diadakan kelas pengajian Tafsir dan Fekah. Pada malam Rabu, kelas Tauhid dan pada malam Sabtu diadakan kelas tajwid. Semua ketiga-tiga kelas ini dadakan setiap minggu selepas solat Maghrib dan diajar oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman. Kebanyakan pelajar-pelajar ini terdiri daripada kaum ibu dan bapa. Kuliah subuh diadakan setiap pagi Jumaat. Ustaz-ustaz yang mengendalikan kuliah ini adalah seramai 5 orang dan bertugas bergilir-gilir termasuklah tuan imam sendiri.

Kutipan khairat dimasjid ini dikelolakan oleh Badan Kebajikan Am Masjid Muadzam Shah.. Tugas ini adalah dibawah tanggungjawab Cikgu Haji Syukur bin basri. Kutipan tahunan khairat ini adalah sebanyak RM20. Sumbangan khairat ini akan diberikan kepada setiap anak-anak kariah dan isteri sebanyak RM500 dan RM100 untuk anak-anak. Selain itu, ia turut disumbangkan kepada balu dan anak-anak yatim.

Gotong-royong dijalankan 2 kali setahun bagi membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan. Hampir 50 anak-anak kariah dan orang ramai yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong ini. Setiap kali diadakan aktiviti ini, sedikit jamuan ringan disediakan. Selain dari itu, hari-hari kebesaran islam turut diraikan dimasjid ini. Antaranya ialah Awal Muharam, Nisfu Sya’aban, Maulud Nabi, Nuzul Quran, Hari Raya Qurban dan lain-lain lagi. Setiap kali Hari Raya Qurban, sebanyak 3 ekor lembu akan disembelih dan dagingnya diedarkan kepada orang ramai. Sepanjang bulan Ramadhan, setiap petang, sebanyak 5 kawah bubur lambuk dimasak. Jamuan moreh turut diadakan pada setiap malam selepas solat tarawikh untuk meraikan jemaah-jemaah yang hadir.

Carta Organisasi Masjid Umar Al-Khattab

Nama Pengerusi : Haji Abdul Karim b. Loqman (imam)
Alamat : Kampung Cenderawasih
26700 Muadzam Shah, Pahang.
Telefon : 09-4322658
Pekerjaan : Pendakwah
Usia : 62 tahun
Lama berkhidmat : 1998-sekarang

Nama Bendahari : Haji Abdullah b. Mahadi
Alamat : Felda Keratong 05
Bandar Tun Razak
26700 Muadzam Shah, Pahang.
Telefon : 09-4553954
Pekerjaan : Pesara (ustaz)
Usia : 59 tahun
Lama berkhidmat : 3 tahun


Nama Siak : Haji Ali bin Omar
Alamat : Kampung Cenderawasih
26700 Muadzam Shah, Pahang
Telefon :-
Pekerjaan : Berniaga sendiri
Usia : 67 tahun
Lama berkhidmat : 30 tahun


Nama Bilal : Haji Johar b. Azhar
Alamat : Kampung Cenderawasih
26700 Muadzam Shah, Pahang
Telefon : 09-4328461
Pekerjaan : Pesara guru
Usia : 65 tahun
Lama berkhidmat : 1999-sekarang

Kewangan Masjid Umar Al-Khattab
Pendapatan bulanan masjid hasil daripada kutipan tabung setiap bulan dianggarkan sebanyak RM2000. Selain itu, terdapat lagi sumber pendapatan lain yang meningkatkan kutipan wang masjid seperti sewa kedai iaitu sebanyak RM500 sebulan dan sewa tanah wakaf. Wang ni digunakan untuk membayar air dan elektrik. Selain itu, masjid ini juaga menggunakan wang tersebut untuk membuat jamuan semasa mengadakan ceramah-ceramah agama dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang tahun. Kedudukkan kewangan terkini ialah sebanyak RM70,000. Wang ini telah disimpan dan dipertanggungjawabkan oleh benderahari masjid. Wang ini akan digunakan untuk memperbaiki tahap kemudahan dan hal-hal berkaitan dengan pengurusan masjid

Kesimpulan
Kelebihan Masjid: Mempunyai jemaah yang ramai pada setiap masa kerana kedudukan masjid yang berada di tepi jalan memudahkan orang ramai singgah sama ada untuk mengerjakan solat ataupun menggunakan kemudahan yang disediakan. Mempunyai sebuah menara masjid yang baru setinggi 60 kaki. Perpustakaan yang berhawa dingin, lengkap dengan sistem pengkomputeran. Sistem tanah wakaf yang disewakan dapat menambahkan jumlah kutipan wang masjid. Mendapat sumbangan sebuah rumah wakaf yang terletak dibelakang masjid. Rumah ini digunakan sebagai tempat aktiviti kaum hawa dan tempat pengajian al-Quran bagi kanak-kanak. Terdapat sebuah tabika yang mempunyai guru-guru yang berkaliber mengajar disana. Masalah-Maslah Yang Dihadapi : Bumbung masjid bocor. Majlis-majlis dan aktiviti yang dianjurkan masjid kurang mendapat sambutan orang ramai. Kurangnya sumbangan daripada syarikat dan kilang-kilang sekitarnya untuk membiayai apa-apa keperluan masjid.

Cadangan hendaklah memantapkan lagi peranan masjid dengan menjalankan aktiviti yang bermanfaat. Pihak pengurusan hendaklah mengadakan ceramah dengan lebih sistematik dengan masa supaya akan dapat lebih sambutan daripada orang ramai Kemudahan masjid hendaklah dijaga bersama supaya orang lain juga boleh menggunakannya.


Monday, October 03, 2005

No comments: