Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Al-Aman Qariah Kelemak

Oleh: Mohd Hafiz B Abd Majid

Pengenalan
Masjid menurut bahasa ialah al-khumrat bererti hamparan (tikar) yang kecil sebagaimana dalam hadis yang menjelaskan bahawa Rasululllah s.a.w. mengeejalan solat diatas al-khumrat iaitu hamparan kecil (sekadar untuk sujud. Perkataan masjid dalam bahasa arab ialah “TEMPAT MENYEMBAH”. Jadi masjid adalah nama islam yang diberikan kepada tempat ibadah yang mulia dimana kata asalnya diambil daripada perkataan AL-SUJUD iaitu membawa pengertian sebagai ketaatan, kesetian sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Menurut istilah syarak, masjid ialah MAWDI AL-SUJUD iaitu tempat untuk sujud, al-imam al-zarkasyi berpendapat bahawa semua tempat umtuk beribadah adlah masjid. Ini berdasarkan hadis rasullulah bahawa “dijadikam untukku bumi sebagai masjid dan suci”. Ini menunjukkan bahaewa semua tempat disetiap pelusuk bumi adalah boleh untuk mengerjakan ibadah, khususnya solst lima waktu…

Oleh yang demikian saya telah diberi satu tugasan intuk menjalankan satu kajian keatas masjid dikawasan tempat tinggal saya. Dalam usaha saya untuk menyelesaikan tugasan saya ini, saya telah membuat kajian keatas masjid dikawasan tempat tinggal saya. Saya telah mengkaji sebuah masjid di Alor Gajah Melaka yanag diberi nama “ MASJID AL-AMAN QARIAH KELEMAK”. Masjid ini beralamat “ Masjid Al-Aman Qariah Kelemak, Jalan Dato’ Dol Said, 78000 AlorGajah Melaka ”. Kedudukan masjid ini adalah 1kilometer dari Bandar Alor Gajah dan 50 meter dari tebing sungai. Masjid ini berwarna hijau dan mempunyai satu menara setinggi 50 meter. Dari segi aspek goegrafi, kedudukan masjid ini adalah tidak strategik. Ini kerana masjid ini terletak berhampiran dengan sungai dan bersebelahan dengan jalan raya utama bagi perjalanan dari Bandar alor gajah ke Bandar melaka. Ini menyebabkan masjid ini agak terancam dari masalah banjir yang kerap akibat limpahan air sungai. Selain itu kedudukan masjid yang berdekatan dengan jalan raya utama, menyebabkan pelbagai masalah timbul terutama kepada jemaah –jemaah yang hadir ke masjid kerana jika ada sambutan atau waktu solat jumaat kenderaan-kenderaan para jemaah terpaksa diletakkan di tepi jalan. Ini menyebabkan kesesekan jalan raya dan seterusnya akan mengundang padah kepada para jemaah yang keluar masuk di masjid ini.


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN ASAS MASJID AL-AMAN QARIAH KELEMAK

Seperti masjid-masjid lain di Malaysia, masjid ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti bilik air, ruang solat, p. a system, alat-alat untuk pengurusan jenazah dan bahan-bahan bacaan.

BILIK AIR

Masjid ini mempunyai 2 sahaja bilik air yang masing-masing untuk kegunaan lelakai dan perempuan. dari segi jumlah pili air, terdapat 20 pili air bagi kedua-dua bilik yang digunakan oleh para jemaah untuk bersuci dan berwudhuk. Terdapat juga selipar-selipar yang di wkaf oleh penduduk yang beedekatan dengan masjid bagi kegunaan para jemaah yang dating ke masjid ini. Namun begitu. terdapt beberapa masalah pad bilik air di masjid ini, seprti ketiadan bilik mandi dan cermin muka serta keadaan bilik air yang agak uzur ini menyebabkan bilik air di masjid ini kurang selesa.

RUANG SOLAT
Ruang solat masjid ini tidak lah terlalu besar dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu intuk jemaah wanita dan lelaki. Ruanag solat dimasjid adalah berkapet sepenuhnyer. Ruang solat masjid ini bolej memuatkan kira-kira 500 – 600 para jemaah dalam satu-satu masa. Kebersihan pada ruang solatjuga adlah terjaga. inii kerana ada ajk kebersihan ynag dilantik untuk menjaga kebersihan masjid ini, Di ruanag solat ini juag mempunyai pengadang bagi membezakan ruang solat lelaki dan wanita. Masjid ini juga ada menyediakan kain-kain pelikat dan telekung yang diwakafkan untuk kegunaan jemaah yang datang bersolat di masjid ini dimana pakaian solat tersebut sentisa bersih kerana sentiasa dibasuh oloeh pihak pengurusan masjid ini.

BAHAN BACAAN
Masjid ini juga ada menyediakan bahan-bahan bacaan bagi kegunaan para jemaah. Diantara bahan bacaan yang disediakn oleh pihak pengurusan masjid ini ialah Al-Quran, surah² yasin, buku² ilmiah, kitab² hadis dan banyak lagi bahan² berbentuk keislaman yang diletakkan di tempat khas iaitu didalam almari berkaca. Kira² terdapat 100 buah bahan bacaan didalam almari tersebut. Masjid ini juga ada mengedarkan risalah yang berkaitan islam kepada jemaah yang hadir setiap hari jumaat.

P. A SISTEM
Masjid ini juga dilengkapi dengan sisten audio yang serba canggih seperti yang terdapat pada masjid² di seluruh Malaysia. Antara system audio yang terdapat di masjid ini ialah seperti pembesar suara, mikrofon, system amplifier yang canggih. Terdapat 9 pembesar suara yang masing² diletakkan di sekitar dalam dan luar masjid ini dan terdapat 2 daripada jumlah pembesar suara yang diletakkan diatas menara masjid ini. Mikrofon juga ada 3 yang digunakan untuk bilal melaungkan azan dan untuk kegunaan imam ketika sembahyang berjemaah. Keselamatan terhadap system audio ini adalh tidak terjamin, namun begitu masih belum berlaku sebarang kecurian yang membabaitkan system audio di masjid ini. Kesemua barang² audio ini diletakkan di dalam sebuah bilik khas yang dikenalai sebagai bilik p. a system.

PERALATAN PENGURUSAN JENAZAH DAN KEMUDAHAN MASJID.
Seperti masjid² lain, masjid ini ada meyediakan peralatan pengurusan jenazah iautu keranda, tempat pemandian mayat, dan alatan yang digunakan untuk mengurusakan jenazah dan kemudahan lain seperti pinggan mangkuk, cawan, periuk kawah dan lain² keperluan. Kesemua kerperluan ini digunakan ketika mengadakan kenduri yang dijalankan di masjid ini. Barang keperluan masjid ini juga diberikan pinjam kepada jemaah yang ingin meminjam untuk mengadakan kenduri dirumah mereka. Proses peminjaman hendaklah dibuat dengan mengisi borang dan ditulis jumlah barang yang dipinjam.
AKTIVITI –AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH MASJID INI.
Masjid ini ada menjalankan aktiviti² pengajian ilmu-ilmu agama seperti kuliah maghrib, subuh, kelas agama untuk jemaah, sambutan hari kebesaran dalam kalendar islam dan aktiviti gotong royong. Kelas agama diadakan pada tiap² hari iaitu dari isnin hingga khamis.

KELAS² ILMU
Kelas agama ini diajar oleh guru² agama yang dipanggil oleh pihak masjid yang terdiri daripada ulama’, guru sekolah dan kadi disekitar negeri melaka. Antara ilmu agama yang diajar ialah ilmu fiqh, ilmu fardhu ain, ilmu usulludin, ilmu tasawwuf dan penterjemahan kitab² agama dan al-hadis. Bacaan yassin juga dilakukan pada setiap khamis malam jumaat. Kesemua waktu kelas tersebut adalah dijalankan selepas waktu maghrib. Selain itu juga, masjid ini ada mengadakan kelas computer untuk golongan tua. Kelas ini diadakan pada tiap hari sabtu pagi dimana setiap mereka dikenakan bayaran yuran bulanan sebanyak RM10 ringgit seorang untuk kegunaan penyelenggaraan.

KHAIRAT
Masjid ini mempunyai tabung simpanan kewangan dimana sumber kewangannya adalah dari sumbangan orang ramai iaitu jekaah yang datnag kmasjid ini. Kutipan pada setiap bulan adalah dalam lingkungan RM 1200. Sumbangan yang terkumpul ini digunakan untuk kegunaan masjid dan diagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM
Masjid ini ada membuat sambutan hari² kebesaran dalam bulan islam iaitu awwal muharam, sambutam asyura, nisfu syaaban dan sambutan yang berkaitan dengan calendar islam. Selain itu, masjid ini mempunyai aktiviti tahunan pada setiap bulan Ramadhan dimana wang yang diterima dari sumbangan orang ramai akan digunakan untuk aktviti menyediakan bubur lambuk yang akan diagihkan kepada penduduk setempat secara percuma sepanjang bulan Ramadhan.

GOTONG- ROYONG
Akativiti gotong-royong juga ada dijalankan di masjid ini. ia diadakan pada setiap hujung bulan setiap bulan dimana kerja membersihkan kawasan masjid dilakukan secara beramai-ramai dan pihak masjid menyedikan sedikit jamuan kepada mereka yang hadir. mereka yang hadir adalah dalam lingkungan 30-50 orang.

ORGANISASI MASJID.

PENGERUSI
Pengerusi masjid ini seorang ketua kampung itu sendiri yamg secar automatic akan dipiih umntuk menjadi pengerusi masjid ini. pengerusi masjid ini adlah Tn. Hj. Md Zin B Hj. Basir, yang beralamat di Bt 17, kampong kelemak 78000 alor gajah melaka. Pengerusi ini berumur 56 tahun da seorang bekas anggota polis.

NAIB PENGERUSI
Naib Pengerusi masjid ini adalah seorang guru agama iaitu En. Tarmizi b. abd Hamid yang beralamat di Bt 131/2, kampong kelemak 78000 alor gajah Melaka. Naib Pengerusi ini berumur 42 tahun.

SETIAUSAHA
Setiausaha masjid ini seorang kakitangan kerajaan iaitu Tn. Hj Adam B Hj Ahmad yang berumur 40 tahun yang beralamat di Taman sri kelemak 78000 alor gajah melaka. .

IMAM
Masjid ini mempunyai 2 orang imam, imam pertama ialah Tn Hj Sulaiman B Hj Hashim seorang guru agama di sebuah sekolah agama di melaka yang berumur 52 tahun yang beralamat di Bt 16 1/2, kampong kelemak 78000 alor gajah melaka. Imam 2 ialah seoarng graduan dari universiti Islam antarabangsa yang berumur 30 tahun iaitu Tn. Hj. abd Wahab bin Abd Rahman.

BILAL
Bilal masjid ini ialah Tn. Hj. Kassim Bin Hj Hassan yang berumur 43 tahun yang beralamat di kampong kelemak 78000 alor gajah melaka.

BENDAHARI
Bendahari masjid ini ialah Tn Hj Saob B Hj Merah yang beralamat di Taman Sri Kelamak 78000 alor gajah melaka. Bendahari ini berumur 52 tahun dan mempunyai sebuah kedai eektrik di kampong tersebut.

CADANGAN:

Pihak masjid ini dapat menambahkan segala kekurangan pada masjid ini terutama bagi tempat meletak kereta agar kejadian-kejadian yang tidak diingini tidak berlaku lagi

SEKIAN TERIMA KASIH


…………TAMAT……. .

No comments: