Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Kampung Sungai Udang, Jalan Bijangga, Kampung Sungai Udang,

Oleh: Pelajar Uitm Perlis

Masjid merupakan tempat yang suci dan dianggap sebagai rumah Allah s.w.t. Sesiapa yang datang bersolat ke masjid dianggap sebagai tetamu Allah s.w.t. Sepertimana dinyatakan oleh Saidina Umar Al-Khatab r. a “Masjid itu adalah Baitullah di bumi, sedang orang yangbersolat di dalamnya samalah seperti tetamu A llah, maka kewajipan yang ditemui ialah menghormati dan memuliakan tetamunya. ”

Lantaran itu masjid wajib dibangunkan dan dipelihara oleh umat Islam kerana ianya bukan sahaja menjadi tempat ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapa juga tempat dipancarkan kekuatan keimanan dan ketaqwaan, kemajuan rohani dan jasmani, perpaduan dan kekuatan umat tanpa mengira warna kulit, keturunan, pangkat dan kedudukan.

Orang yang mengimarahkan masjid kerana menunaikan ibadah samada dalam bentuk hubungan manusia dengan Allah ataupun hubungan sesama manusia adalah disifatkan orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Ini bertepatn dengan firman Allah s.w.t yamg bermaksud:”Hanyasanya yang layak memakmurkan(menghidupkan)masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (denagn adanya sifat-sifat yang tersebut)maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Surah Al-Taubah:18)

Kajian Masjid Di Daerah Dungun
Di daerah Dungun, Terengganu, terdapat bilangan penduduk yang ramai. Disebabkan bilangan penduduk yang ramai, kini sebanyak 6 buah masjid utama dibina di daerah Dungun. Antara masjid yang dikaji ialah Masjid Kampung Sungai Udang.

Pada tahun 1972, Surau Kampung Sungai Udang telah dirobohkan untuk dijadikan masjid akibat pertambahan penduduk di kampung tersebut. Masjid tersebut telah didirikan dengan bantuan penduduk kampung tersebut. Dengan adanya duit yang dikumpulkan oleh penduduk kampung tersebut, maka Masjid Kampung Sungai Udang didirikan. Alamat masjid tersebut ialah Masjid Kampung Sungai Udang, Jalan Bijangga, Kampung Sungai Udang, 23000 Dungun, Terengganu.

Masjid Kampung Sungai Udang terletak di Kuala Dungun. Pada awal tahun masjid ditubuhkan, Kuala Dungun merupakan pusat segala kegiatan jual beli pendudukan daerah Dungun dan kemudahan-kemudahan seperta bas awam, pasar, kedai-kedai runcit dan sebagainya. Pada masa itu masjid tersebut merupakan masjid utama di daerah Dungun.

Setelah negara telah mencapai kemajuan, penduduk daerah Dungun semakin bertambah. Kini terdapat 5 buah lagi masjid ditubuhkan di daerah Dungun. Taburan penduduk Kampung Sungai Udang semakin bertambah. Pada masa kajian dibuat masjid tersebut diperbesarkan lagi bagi dapat menampung bilangan penduduk terutamanya waktu solat Jumaat, solat sunat Terawih dan solat sunat Hari Raya. Banyak kemudahan-kemudahan diperbaiki dan diperbaharui bagi menjamin keselesaan penduduk kampung tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang selanjutnya mengenai masjid tersebut, saya telah menemuramah imam masjid tersebut untuk maemgetahui organisasi, kemudahan asas yang terdapat di masjid dan aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan di masjid tersebut.

Carta Organisasi Masjid Kampung Sungai Udang

Kemudahan Asas Di Masjid
Pada masa kajian dijalankan di masjid tersebut dengan diiringi oleh Imam Masjid Kampung Sungai Udang, Imam Hj. Abd. Rahim B. Abd. Rahman, kegiatan membaikpulih dan memperbesarkan masjid giat dijalankan. Beliau telah menerangkan secara terperinci mengenai kemudahan –kemudahan asas di masjid tersebut.

Antaranya ialah bilik air. Sebelum ini, bilik air di masjid tersebut mempunyai dua tandas lelaki dan dua tandas perempuan. Setiap tandas tersebut mempunyai dua pasang trompah dan satu cermin muka. Jumlah trompah di masjid tersebut ialah lapan dan cermin muka ialah dua. Di tempat berwuduk pula, terdapat lima belas pili di bahagian lelaki manakala sepuluh pili di bahagian wanita. Jumlah keseluruhan pili di masjid tersebut ialah dua puluh lima.

Di ruang solat, karpet dihampar sebanyak lima belas saf dan selebihnya diletakkan denan tikar getah di bahagian saf-saf belakang. Ruang solat bagi wanita sedikit sempit. di samping itu, terdapat dua puluh tujuh sejadah, pengadang wanita, lapan telekong wakaf, dua belas kain pelikat wakaf dan sepuluh kopiah wakaf. Di sudut bacaan, terdapat dua buah rak buku, lima belas al-Quran, empat puluh kitab yasin, buku-buku agama dan risalah-risalah.

Manakala P. A sistem di masjid tersebut, di dalam masjid terdapat empat buah speaker dan dua mikrofon. Di menara masjid pula terdapat dua buah sound. Di persekitaran masjid pula terdapat tiga puluh buah pasu bunga, sepuluh tempat parking, tiga kerusi panjang, satu stor dan satu bilik rehat. Di sebelah masjid, terdapat dua buah rumah kakitangan masjid.

Aktiviti-Aktiviti Masjid
Aktiviti-aktiviti di masjid dapat di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

Pengajian: Kuliah subuh, kuliah maghrib, ceramah-ceramah agama dan kelas fardhu ain. Setiap malam Jumaat, masjid akan mengadakan ceramah dengan menjemput penceramah-penceramahdari luar. Kelas fardhu ain juga diadakan setiap hari minggu kepada golongan kanak-kanak dan dewasa.

Khairat: Kutipan bulanan dilakukan untuk kegunaan masjid dan didermakan kepada golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan fakir miskin serta mangsa-mangsa kemalangan seperti kebakaran dan kepada ahli keluarga si mati(meniggal dunia). Hampir setiap bulan duit yang dikumpul akan dimasukkan ke dalam akaun berjumlah RM500. Daripada maklumat imam tersebut, duit yg disimpan telah digunakan untuk memperbesarkan masjid dan terpaksa mengumpul semula untuk kegunaan lain.

Gotong-Royong: Aktiviti gotong-royong dijalankan satu kali sebulan. Sumbangan makanan gotong-royong disumbangkan oleh penduduk kampung tersebut. Biasanya aktiviti tersebut dijalankan pada hari minggu.

Pengurusan Jenazah: Di masjid ini jarang sekali diadikan kelas pengurusan jenazah. Biasanya dilakukan setahun sekali. AJK masjid ini hanya akan membuat pengumuman tentang kematian kepada ahli-ahli mereka dan ahli-ahli tersebut akan memberi bantuan dalam pengurusan tersebut.

Hari Kebesaran: Setiap tahun masjid ini akan membuat sambutan hari kebesaran seperti Awal Muharram, majlis A`syura, Nisfu Sya`ban, Maulud Nabi, Nuzul al-Quran dan lain-lain lagi. Biasanya pengumuman dibuat selepas solat Jumaat. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah majlis berbuka puasu pada bulan Ramadhan, ceramah pada hari sambutan Maal Hijrah dan lain-lain lagi.

Masalah-Masalah
Daripada kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh masjid. Antaranya ialah: Keaadan bilik air terlalu teruk dan sempit. Kedudukannya yang tak strategik iaitu di satu bahagian sahaja iaitu terletak di sebelah ruang solat wanita. Tempat wuduk terlalu sempit dan menghalang laluan utama ke tangga pintu utama masjid. Pili air tidak mencukupi dan menghalang tangga utama masjid tersebut. Di sudut bacaan pula tiada ruang perpustakaan, bahan bacaan tidak mencukupi dan jumlah bilangan al-Quran dan kitab Yasin tidak mencukupi dan ada sebahagian daripadanya telah uzur. Persekitaran masjid pula tidak beberapa lengkap tanpa landskap dan bilangan kerusi panjang tidak mencukupi.

Oleh kerana masjid tersebut sedang diperbaiki dan diperbesarkan lagi, tidak banyak sangat masalah yang dapat dilihat.


Cadangan-Cadangan
1. Disebabkan organisasi masjid ini kekurangan AJK, pengambilan AJK perlu dibuat lagi agar dapat mentadbir dan menjaga masjid ini dengan lebih baik lagi.

2. Organisasi ini juga perlu membuat pengambilan kaum wanita bagi memudahkan pengurusan yang melibatkan kerja-kerja wanita seperti memasak untuk aktiviti gotong-royong dan sebagainya.

3. Pelantikan AJK golongan-golongan muda juga digalakan. Kemudahan-kemudahan asa juga perlu diperbaiki dan diubahsuai bagi menjamin keselesaan penduduk kampung dan orang ramai yang datang ke masjid tersebut.

4. Walaupun masjid tersebut tidak pernah berlaku kecurian, pihak masjid mesti peka dalam keselamatan masjid dengan memasang kamera dan penggera keselamatan.

5. Persekitaran masjid perlu dititikberatkan agar persekitaran sentiasa bersih dengan membuat landskap dan aktiviti-aktiviti gotong-royong dipergiatkan lagi.

No comments: