Saturday, April 18, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Al-Amin Sungai Dua, Butterworth Pulau Pinang

Oleh: Nor Aainaa Binti Md Zandar

PENDAHULUAN
Tanggal Januari 1975 Masjid Al-Amin telah didirikan. Ianya terletak di Sungai Dua, Butterworth Pulau Pinang. Majoriti penggunanya terdiri daripada penduduk-penduduk Taman Desa Murni dan perkampungan Sungai Dua serta penduduk di sekitarnya. Memandangkan kedudukannya yang strategik di sebelah jalan besar di tengah-tengah pekan Sungai Dua, maka tidak hairanlah pada waktu-waktu tertentu terdapat pengunjung dari luar selain daripada penduduk sekitarnya datang menunaikan solat. Masjid ini menjadi tumpuan para jemaah terutamanya untuk Solat Jumaat dan hari-hari tertentu seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha. Pada awal tahun 2002, sebuah masjid baru yang lebih besar dibina bersebelahan tapak masjid yang lama yang sudah menjangkau 30 tahun usianya. Walaubagaimanapun, masjid lama masih digunakan bagi menunaikan solat Zuhur dan Asar serta kelas-kelas Fardhu Ain, Iqra’ dan Tajwid.

Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan seperti bilik air, ruang solat, bahan bacaan, P. A system dan beberapa lagi kelengkapan lain bagi kemudahan dan keselesaan pengguna umumnya serta para jemaah khasnya. Disediakan 5 bilik tandas, 2 bilik mandi, 5 buah sinki beserta cermin muka. Terdapat juga ruang berwuduk bersebelahan bilik air dilengkapi dengan 15 pili air. Di samping itu, terdapat 7 pasang kasut trompah yang diwakafkan di sebelah kawasan lelaki dan wanita. Terdapat beberapa masalah yang timbul pada bahagian ini dimana kebersihan tandas kurang memuaskan. Didapati masalah ini berpunca daripada sikap penggguna yang tidak bertanggungjawab membuang tisu dan bahan lain ke dalam mangkuk tandas lalu menyebabkan mangkuk tandas tersumbat. Ini mungkin juga disebabkan tiada tong sampah yang disediakan di dalam bilik air itu sendiri.

Ruang solat yang disediakan adalah cukup selesa untuk para jemaah. Kira-kira 25 jemaah dapat memenuhi setiap sauf. Hampir keseluruhan dalam masjid dilengkapi dengan karpet sembahyang. Terdapat lebih kurang 40 helai sejadah wakaf disediakan. Rona hijau lembut cukup sesuai dijadikan pengadang bagi mengasingkan bahagian jemaah lelaki dan wanita. Disamping itu, hampir 20 pasang kain dan telekung wanita disediakan. Terdapat 7 helai kain pelikat dan 7 songkok yang diwakafkan bagi kemudahan jemaah yang bermusafir. Pada 2 bahagian utama di sebelah lelaki dan perempuan disediakan 2 rak buku bercermin. Terdapat hampir 20 buah Al-Quran, 7 buah Al-Quran terjemahan, 35 buah kitab Yaasin pada setiap rak buku. Disamping itu, terdapat juga buku-buku panduan sembahyang dan ibadah, majalah-majalah berunsurkan Islam seperti Al-Islam serta risalah-risalah berkaitan isu-isu terkini yang bermanfaat bagi pengetahuan umum. Pihak masjid masih membincangkan agar beberapa ruang pada masjid lama dibuat perpustakaan dan bilik tetamu. Terdapat 2 buah tabung masjid yang berkunci rapi disediakan di belakang ruang solat lelaki dan wanita.

Peralatan P. A sistem sangat penting bagi sesebuah masjid sama ada untuk melaungkan azan atau membuat sebarang pengumuman. Terdapat 6 buah ‘speaker’ pada setiap penjuru dalam dan luar masjid, dan sebuah ‘speaker’ utama di tengah-tengahnya. 4 buah pembesar suara (mikrofon) disediakan. Alat-alat ini bersama alat elektrik penting yang lain disimpan di dalam sebuah bilik kecil yang berkunci. Malangnya, terdapat beberapa kes kecurian barangan elektrik seperti pembesar suara dan ‘speaker’ oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab pernah berlaku. Walaubagaimanapun, kes ini sudah jarang berlaku kini kerana ciri-ciri keselamatan telah diambil oleh ahli-ahli jawatankuasa seperti setiap malam terdapat AJK yang ditugaskan untuk meninjau keadaan masjid sebelum pulang (menjadi orang terakhir). Bilik alatan P. A sistem terutamanya dipastikan berkunci setelah digunakan. Sekiranya berlaku kerosakan pada alat pembesar suara (microphone), AJK yang bertugas akan membaikinya secepat mungkin. Tetapi masalah ini jarang berlaku. Sementara itu, peralatan seperti keranda dan perkakas mayat turut disediakan seandainya berlaku kematian di kawasan sekitar. Terdapat satu bilik khas untuk menyimpan pinggan, mangkuk, kawah, periuk, cerek air, cawan dan lain-lain peralatan yang berkaitan. Kebanyakan peralatan ini adalah bertanda bagi menandakan ianya hak milik masjid.

Berdasarkan pemerhatian, lanskap di sekitar masjid berada dalam keadaan baik tetapi kurang menarik hiasannya. Beberapa buah pasu bunga kecil dan besar menghiasi persekitaran luar masjid ini. Di tengahnya terpacak 3 tiang bendera dimana warna benderanya sudah agak lusuh akibat hujan dan sinaran matahari. Sejak diusulkan oleh penduduk sekitar, 5 buah tempat duduk kerusi batu disediakan. Terdapat ruang tempat letak kenderaan berbumbung dan tidak berbumbung untuk kereta, motosikal dan basikal. Walaubagaimanapun, pengunjung masjid ini masih mengalami masalah tempat meletak kenderaan yang agak terhad memandangkan lokasinya di seberang jalan besar. Fenomena ini berlaku terutamanya pada hari Jumaat dan hari-hari perayaan seperti sambutan Aidilfitri dan Aidil Adha. Setakat ini, tiada tindakan yang diambil kerana masalah ini timbul pada hari-hari tertentu sahaja.

Bagi ‘menghidupkan’ Masjid Al-Amin ini, beberapa aktiviti telah dirancang dan dijalankan yang biasanya melibatkan penduduk di sekitar. Antara aktivitinya ialah kuliah maghrib & subuh, kelas pengajian Fardhu Ain untuk ibu-ibu, dan kelas Tajwid kanak-kanak. Aktiviti ini biasanya dibuat pada hari Isnin dan Sabtu selepas waktu Zuhur hingga masuk waktu Asar. Kebanyakan pesertanya terdiri daripada surirumah yang tidak bekerja. Selain daripada penceramah setempat, pihak pengurusan masjid ada menjemput penceramah dari luar seperti Ustaz Mohd . Fadzil Ghazali dan Ustaz Mohd. Noor Usman untuk kuliah maghrib. Selain itu, aktiviti tahunan yang wajib dibuat ialah gotong-royong. Aktiviti ini biasanya dibuat pada setiap hujung tahun sebelum menjelang bulan Ramadhan. Selain kaum Adam, kaum Hawa turut terlibat dalam menyediakan makan tengah hari dan sedikit kudapan. Pada tahun ini dijadualkan pada 18 September akan diadakan majlis bacaan Yassin sempena sambutan malam Nisfu Syaaban. Kepada mereka yang berkemampuan tempahan boleh dibuat kepada AJK yang dilantik sempena Majlis Korban/Aqiqah bersamaan sambutan Hari Raya Aidil Adha. Bayaran sejumlah RM 310 bagi 1 bahagian korban. . Bayaran secara tunai boleh dibuat secara ansuran atau penuh bagi yang mampu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Terdapat beberapa lagi agenda yang dianjurkan tetapi tidak berlokasi di masjid Al-Amin sendiri. Ini kerana beberapa aktiviti ini dibuat dengan kerjasama AJK dari kawasan berdekatan. Pada 6 September yang lalu ceramah Isra’ Mikraj dianjurkan tetapi dibuat dengan kerjasama AJK di Masjid Tuan Guru Hj. Saad, Permatang Tok Jaya yang terletak tidak jauh dari kawasan Sungai Dua. Dr. Al-Jamnul Azhar Mulkan, pakar Perubatan Hospital Kangar, Perlis dijemput khas bagi memberi ceramah pada malam tersebut. Bagi kemudahan penduduk sekitar kursus Haji & Umrah diperkenalkan bertempat di Madrasah An-Nur Bukit Indera Mua, Bukit Mertajam diperkenalkan. Penceramah yang dilantik ialah Ustaz Mohd . Abdullah B. Mat (Utz . Mat Tea O) juga merupakan peserta Muzakarah Haji Kebangsaan. Kursus ini diadakan pada hari Ahad selama 13 minggu. Keterangan hukum-hakam Haji & Umrah adalah dari kertas kerja Muzakarah Haji Kebangsaan. Kursus ini dijalankan dengan menggunakan alat-alat mengajar terkini, mudah dan senang untuk diikuti. Yang menariknya kursus ini dijalankan secara percuma kepada mereka yang berminat.

Pelbagai aktiviti yang dirancang dalam agenda setiap tahun pada setiap kali mensyuarat agong diadakan. Tidak semua aktiviti mendapat sambutan yang memberangsangkan seperti kuliah subuh dan maghrib. Kadangkala tidak sampai 2 sauf jemaah yang berjaya dipenuhi terutamanya pada waktu subuh. Walaubagaimanapun, apabila menjelang Ramadhan dan Syawal barulah ‘rumah Allah’ ini dibanjiri oleh para jemaah memandangkan ‘habuan’ moreh yang disediakan lazat-lazat belaka. Dari segi kewangan pula, AJK bendahari telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menguruskan wang untuk setiap aktiviti. Walaubagaimanapun kutipan tabung derma adalah kurang memberangsangkan kecuali hari-hari tertentu (perayaan) sahaja.

Kelebihan masjid ini ialah lokasinya yang terletak di tengah-tengah pekan Sungai Dua tempat tumpuan penduduk sekitar. Ia didirikan dalam satu kawasan dengan masjid lama, di mana ia dapat menampung bilangan kariah yang lebih ramai jika ada sebarang majlis anjuran masjid diadakan. Di sini juga saya ingin mencadangkan agar setiap aktiviti yang bakal dijalankan diuwar-uwarkan lebih awal dan lebih luas promosinya. Oleh yang demikian, lebih banyak kariah dapat menyertainya.

POLISI KEWANGAN DAN MANFAAT KEPADA AHLI.
1. 0 UNDANG-UNDANG PERSATUAN
Setiap ahli wajib membayar yuran RM 1. 00 setiap bulan (RM12. 00-setahun)
AJK boleh meluluskan perbelanjaan sehingga RM2500 bagi sesuatu bulan.
Pengerusi dan setiausaha boleh meluluskan perbelanjaan sehingga RM300 pada sesuatu masa.
Bendahari boleh menyimpang wang di tangan hingga RM1000 pada sesuatu masa.

2. 0 POLISI PERSATUAN
Dari masa ke semasa, AJK akan sentiasa menilai fungsi-fungsi, polisi, dan manfaat persatuan untuk ahli. Segala perbelanjaan kewangan dinilai mengikut keadaan semasa. Buat masa ini, manfaat bagi ahli pada dasarnya adalah seperti berikut:

2. 1 SUMBANGAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN
Beras atau wang tunai RM100 akan diberikan pada setiap kali ahli mengadakan majlis perkahwinan.

2. 2 SUMBANGAN KEMATIAN
Sejumlah RM400 diperuntukkan untuk waris jika ahli atau tanggungangan tinggal bersama ahli meninggal dunia. Ini bertujuan bagi meringankan waris dalam menguruskan perbelanjaan pengebumian.

2. 3 SUMBANGAN BAGI MENUNAIKAN HAJI
Persatuan akan menyumbangkan RM100 kepada ahli yang akan menunaikan haji. Sumbangan sekali seumur hidup walaupun sedikit namun, dapat memberi manfaat kepada ahli persatuan.

2. 4 SUMBANGAN ANAK CEMERLANG
Setiap tahun persatuan menyediakan peruntukan wang untuk anak-anak ahli yang cemerlang dalam akademik (UPSR, PMR, SPM, STPM dan yang diterima masuk ke IPT) layak menerima. Jumlah sumbangan akan berubah mengikut keadaan semasa.

2. 5 KHEMAH, KERUSI DAN KELENGKAPAN KENDURI.

2. 5. 1- Sewa yang telah ditetapkan ialah sebanyak RM50 bagi Sistem siaraya.

2. 5. 2-Khemah dan kelengkapan kenduri.
-Jika ahli menggunakan semua atau sebahagian kelengkapan untuk majlis kenduri bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100 termasuk bayaran penyelenggaraan.

-Jika suami/iseri yang menjadi ahli atau ibu tunggal yang berpendapatan sendiri tanpa sumber lain, bayaran sewa tidak dikenakan kecuali bayaran penyelenggaraan RM30 perlu dibayar.

2. 5. 3-Khemah, kerusi dan meja untuk majlis tahlil.
-Percuma tetapi bayaran penyelenggaraan dikenakan.
RM10 untuk satu khemah
RM20 untuk lebih dari 1 khemah(kanopi).

2. 5. 4-Seandainya berlaku kematian, pemasangan khemah, kerusi dan meja yang disediakan tidak dikenakan sebarang sewa.

SENARAI ORGANISASI PENGURUSAN

Penasihat :
Tuan Haji Farouk B. Omar

Imam :
En. Mohd. Yusuf B. Che Mat
En. Mohd. Baharin B. Jawi

Bilal :
Tuan Hj. Ahmad B. Yusuf
En. Bidin B. Mahmud
En. Hassan B. Wahab

Siak :
En. Abd. Rahman B. Osman
En. Dailami Hj. Jalaludin
En. Ali B. Din

Ahli Jawatan Kuasa

Pengerusi : En. Mohd. Ilhami B. Hj. Ahmad
N. Peng. : En. Mat Isa B. Othman

Setiausaha : En. Radzi B. Abdullah
N. Setiausaha : En. Razami B. Mohd. Noor

Bendahari : En. Zaki B. Othman

ORGANISASI
Nama Pengerusi : Tn. Hj. Mohd. Hilmi B. Hj. Ahmad
Alamat : 64, Lrg. Murni 5, Tmn. Desa Murni Sg. Dua.
No. Telefon : 04-3564564
Pekerjaan : Pesara –Penyelia Kilang Malayan Water
Pendapatan : -
Usia : 62 thn.
Tempoh Berkhidmat : 12 thn.
Sbg. Pengerusi


Nama Imam : Tuan Hj. Abd. Halim B. Ibrahim
Alamat : 6, Kampung Masjid, Sungai Dua
Sg. Dua.
No. Telefon : 04-3567009
Pekerjaan : Pesara Tentera
Pendapatan : -
Usia : 55thn
Tempoh Berkhidmat : 8 thn
Sbg. Imam

Nama Siak : En. Md Yusuf B. Yassin
Alamat : 35, Kampung Masjid,
Sg. Dua.
No. Telefon : 04-3561223
Pekerjaan : Pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Pendapatan : RM 1000
Usia : 43 thn
Tempoh Berkhidmat : 8thn.
Sbg. Siak

Nama Bilal : En. Dailami B. Jalaluddin
Alamat : 19, Lrg Murni 5, Tmn. Desa Murni,
Sg. Dua.
No. Telefon : 04-3561191
Pekerjaan : Pekerja Swasta
Pendapatan : RM 1400
Usia : 45thn.
Tempoh Berkhidmat : 10thn.
Sbg. Bilal


Nama Bendahari : En. Mohd. Zaki B. Othman
Alamat : 3, Lrg. Murni 6, Tmn. Desa Murni
Sg. Dua.
No. Telefon : 04-356778
Pekerjaan : Pegawai JPJ
Pendapatan : RM 1900
Usia : 48thn
Tempoh Berkhidmat : 7thn.
Sbg. Bendahari

Monday, October 03, 2005


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


1 comment:

anne_ZMia said...

does it right the writer for this article is nor-aainaa md zandar?
she know nothing about this article anwy