Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Ymasjid Taman Bukit Bendera

Oleh: Mohd Aizuddin Bin Ahmad

SEJARAH MASJID.
Masjid taman bukit bendera di bina pada tahun 1989. Sewaktu itu masjid bukit bendera masih lagi sebuah surau. Pada tahun 1994 surau taman bukit bendera telah di naikkan taraf menjadi sebuah masjid. Dimana ia di rasmikan oleh pegawai daerah Mentakab. Masjid taman bukit bendera terletak di mentakab Pahang. Masjid ini pada dulunya hanyalah sebuah surau kecil yang di bina daripada kayu. Tetapi ia telah di naik taraf dan dibina semula daripada batu. Ia telah di bina semula hasil daripada derma yang di terima daripada penduduk taman bukit bendera. Pada tahun lepas, 2004 masjid taman bukit bendera di perbesarkan lagi dan di tambah bahagian depannya. Pada tahun lepas juga, masjid bukit bendera dihadiahkan sebanyak 30 pokok bunga oleh seorang hamba allah.

KEMUDAHAN
Masjid taman bukit bendera dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang bertujuan untuk memudahkan jemaah-jemaah masjid untuk beribadah. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah seperti bilik air. Terdapat 2 buah bilik air dimasjid ini, 1 buah bilik air lelaki dan 1 buah bilik air wanita. Bagi bilik air lelaki terdapat 3 tandas, manakala bilik air wanita terdapat 2 tandas. Bagi kemudahan pili pula terdapat sejumlah 33 pili air di masjid bukit bendera. Dimana sebanyak 4 pili terdapat di bilik air lelaki dan 4 pili terdapat di bilik air wanita. Di tempat wuduk lelaki terdapat 19 pili air, tempat wuduk wanita terdapat 4 pili dan akhir sekali didapur terdapat 2 pili air. Bagi jumlah bilik mandi pula, terdapat 2 buah bilik mandi di masjid ini, 1 bagi bilik mandi lelaki dan 1 bagi bilik mandi wanita. Masalah-masalah bilik air pula ialah, bagi bilik air lelaki terdapat selak pintu yang rosak dan bagi bilik air wanita ia kotor dan tidak terurus. Bagi kemudahan trompah wakaf, terdapat sebanyak 8 pasang trompah. Sebanyak 6 pasang trompah bagi jemaah lelaki dan sebanyak 2 trompah pasang bagi jemaah wanita. Bagi kemudahan cermin muka pula, di masjid taman bukit bendera ia tidak menyediakan kemudahan cermin muka. Tiada cermin muka di masjid bukit bendera. Bagi tabung derma bil air juga tidak terdapat di masjid bukit bendera, dimana bil masjid di bayar menggunakan duit yang dikumpul. Walaubagaimanapun, masjid bukit bendera dilengkapi dengan susur gajah yang menghubungkan bilik air dan tempat wuduk dengan ruang solat.


RUANG SOLAT.
Bagi di ruang solat pula kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah seperti karpet. Terdapat sebanyak 20 karpet panjang yang disambung diantara satu sama lain. Karpet belang-belang ini telah di hadiahkan oleh jabatan agama islam sempena kenaikan taraf masjid taman bukit bendera. Manakala jumlah sejadah yang terdapat di masjid taman bukit bendera pula adalah sebanyak 128 helai. Sebenarnya tidak semua sejadah ini digunakan. Pada waktu-waktu biasa sebanyak 20 sejadah sahaja digunakan. Yang selebihnya hanya digunakan sewaktu soalat jumaat. Masjid taman bukit bendera amat mementingkan kebersihan terutamanya di ruang solat. Ruang solat masjid bukit bendera bersih dan teratur. Dimana siak masjid membersihkan dan menvakum masjid setiap hari. Sejadah-sejadah tersusun, begitu juga dengan kitab yasin dan quran. Sawang-sawng juga dibersihkan setiap hari. Bagi pengadang wanita pula, ia terdiri daripada langsir. Sebanyak 6 langsir yang digunakan bagi pengadang wanita. Pengadang berbentuk langsir ini baru sahaja di buat tahun 2004. Sebelum ini, pengadang wanita masjid taman bukit bendera berbentuk kayu pengadang. Bagi kemudahan telekong wakaf pula, terdapat sebanyak 10 pasang telekong wakaf yang di tempatkan di tempat wanita. Telekong ini di wakaf oleh jemaah-jemaah masjid yang tinggal disekitar masjid ini. Seterusnya, kain pelikat yang diwakafkan kepada masjid adalah sebanyak 3 helai. Kain pelikat ini juga diwakafkan oleh jemaah-jemaah yang tinggal sekitar masjid. Kemudahan songkok pula tidak terdapat di masjid taman bukit bendera. Sebenarnya, sebelum ini kemudahan songkok disediakan di masjid ini, tetapi setiap hari songkok yang disediakan hilang. Jadi ajk masjid memutuskan untuk tidak menyediakan kemudahan songkok di masjid ini. Dari segi kebersihan pakaian seperti telekong wakaf dan kain pelikat tidak perlu diragui, dimana pakian wakaf bersih untuk digunakan kerana ajk masjid mencuci dan menukar pakaian ini setiap hari. Ia boleh digunakan tanpa ragu. Manakala bagi kemudahan minyak wangi wakaf, ia tidak disediakan. Ini juga seperti factor-faktor, diman kanak-kanak membawa balik minyak wangi wakaf yang disediakan jadi ajk masjid mengambil keputusan untuk tidak menyediakan kemudahan minyak wangi.


BAHAN BACAAN
Dari segi bahan bacaan, terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang terdapat di masjid taman bukit bendera. Ini meliputi bahan bacaan yang berunsur agama dan juga buku-buku pendidikan sekolah seperti matematik, sains dan lain-lain. Jumlah rak buku yang terdapat dimasjid bukit bendera adalah sebanyak 3 buah rak. Rak ini terbahagi kepada bahagian fiksyen dan juga bahagian yang bukan fiksyen. Pada rak ini, buku disusun berdasarkan tajuk-tajuk dan bab-bab yang tertentu. Bagi jumlah Al-quran yang terdapat dimasjid taman bukit bendera adalah sebanyak 52 buah. Quran-quran ini terdiri daripada pelbagai jenis yang mana terdapat yang besar dan yang kecil. Sebahagian quran ini di beli menggunakan duit masjid dan yang sebahagian lagi telah diderma oleh jemaah-jemaah masjid. Quran disediakan dideapan masjid untuk sesiapa membaca. Ia juga dilengkapi dengan tempat meletakkan quran (kayu yang digunakan untuk mengalas al-quran) ini akan memudahkan pembaca membacanya. Jumlah quran terjemah adalah sebanyak 12 buah sahaja. Pada awalnya quran terjemah banyak disediakan, tetapi selepas melihat quran terjemah tidak berapa digunakan masjid mendermakan setengah quran kepada jemaah yang ingin memilikinya. Jumlah kitab yasin yang terdapat dimasjid bukit bendera adalah sebanyak 97 buah. Kitab yasin memang banyak digunakan terutamanya pada malam jumaat untuk digunakan. Kitab-kitab yasin ini banyak diderma oleh jemaah-jemaah masjid. Apabila mereka selesai membuat kenduri atau sebagainya yang berkaitan dengan bacaan yasin, mereka akan mendermakan yasin milik mereka kepada masjid. Jumlah buku-buku yang terdapat dimasjid ini adalah sebanyak 52 buah. Dimana terdapat sebanyak 20 buah majalah al-islam, 15 buah majalah mastika dan sebanyak 17 buah buku-buku agama lain. Sebenarnya kuantiti buku ini lebih dari ini, sebahagian besar kanak-kanak yang datang masjid telah membawa balik buku-buku tersebut. Majalah-majalah ini disediakan di luar masjid untuk bacaan umum. Buku-buku ini hanya disimpan sewaktu khutbah jumaat, supaya jemaah-jemaah tidak membaca buku sewaktu khatib menyampaikan khutubah. Seterusnya adalah perpustakaan, perpustakaan masjid taman bukit bendera lengkap dengan pelbagai jenis bahan-bahan bacaan yang bermanfaat. Perpustakaan masjid taman bukit bendra lengkap dengan pelbagai buku, seperti kisah-kisah nabi, tasawuf, penerangan ayat, akidah, ibadah, kisah-kisah teladan, tafsir al-quran, bab-bab perkahwinan dan lain-lain lagi. Perpustakaan ini dibuka pada setiap hari selepas zohor hingga pukul sepuluh malam. Pada hari jumaat, perpustakaan dibuka pada jam 2. 30 petang. Dari segi meja baca, terdapat sebanyak 2 meja didalam perpustakaan dan sebanyak 8 kursi diperuntukan. Jenis-jenis majalah yang terdapat dimasjid taman bukit bendera adalah majalah mastiak, majalah al-islam dan majalah-majalah agama lain. Terdapat juga risalah-risalah yang di tampalkan di papan kenyataan masjid seperti sebab-sebab berlakunya tsunami, tanda-tanda kiamat besar dan kecil, cir-ciri anak soleh, dosa-dosa meninggalkan solat dan lain-lain. Bagi kelengkapan P. A system, jumlah speker yang terdapat di masjid ini adalah sebanyak 4 speker. Dimana terdapat 2 speker didalam masjid dan 2 speker diluar masjid. 2 speker didalam masjid lebih besar dibandingkan dengan 2 speker diluar. Jumlah mikrofon yang terdapat di masjid bukit bendera adalah sebanyak 2. 1 mikrofon digunakan sewaktu azan dan 1 lagi di gunakan sewaktu sewaktu sembahyang. Seterusnya jumlah sound yang terdapat dimasjid ini adalah sebanyak 4. Setiap satu menghala ke setiap arah, utara, selatan, timur dan barat. Keselamatan P. A system yang terdapat di masjid taman bukit bendera boleh di jamin, kerana P. A system diletakkan di dalam bilik azan (bilik bilal) dan dikunci setiap masa. Ia hanya dibuka waktu azan, solat, waktu kuliah, ceramah dan waktu mengaji. Bagi kekerapan kecurian yang berlaku dimasjid ini tiada. Tiada kecurian yang berlaku di masjid ini sejak ia di buka. Dari segi kerosakan yang berlaku di masjid ini pula cuma pada PA system. Dimana alatan yang biasa rosak adalah PA system.

PERSEKITARAN
Bagi susunan lanskap masjid bukit bendera teratur dan tersusun. Dimana lengkap dengan semua tempat seperti tempat letak kereta, perkarangan masjid yang juga di buat tempat untuk ceramah atau aktiviti lain dan lain-lain. Bagi jumah pokok bunga yang terdapat dimasjid bukit bendera adalah sebanyak 50 pokok. 20 pokok bunga dengan pasu dan 30 pokok bunga tanpa pokok. Tempat letak kenderaan di masjid bukit bendera pula luas. Tempat letak kenderaan ini dapat memuatkan dalam lingkungan 40 buah kereta. Tempat letak kenderaan ini juga berfungsi sebagai perkarangan masjid yang digunakan jika ada apa-apa majlis seperti jamuan berbuka puasa pada bulan ramadhan dan ceramah agama. Bagi tiang bendera, terdapat 2. 1 tiang dipasang dengan bendera Malaysia dan tiang yang satu lagi dipasang bendera negeri Pahang. Kemudahan bilik tetamu tidak di sediakan setakat ini. Dan ada berita yang mengatakan ahli jawatan kuasa masjid telah membincangkan tentang isu bilik tetamu ini.

PERALATAN
Peralatan-peralatan dimasjid bukit bendera lengkap. Semua peralatan boleh didapati di masjid ini. Jumlah keranda yang terdapat ialah sebanyak 1 keranda. Disamping itu terdapat tempat untuk memandikan jenazah. Tempat untuk memandikan jenazah ini baru sahaja dibeli. Ini kerana tempat memandikan jenazah yang baru ini lebih senang digunakan untuk memandikan jenazah berbanding dengan yang lama. Pekakas-pekakas mayat pula telah disediakan oleh masjid. Dimana jika terdapat kematian keluarga jenazah tidak perlu menyediakan pekakas-pekakas mayat. Bagi jumlah pinggan yang terdapat di masjid ini adalah sebanyak 500 buah pinggan. Ia digunakan semasa jamuan-jamuan atau majlis-majlis yang diadakan oleh jemaah masjid. Disamping itu, ia juga disewa kepada orang-orang islam, jika mereka terdapat apa-apa kenduri atau majlis. Bagi mangkuk pula terdapat sebanyak 300 buah. Terdapat sebanyak 4 kawah, 8 periuk, 700 cawan dan terdapat juga kanopi. Semua peralatan ini boleh disewa seperti pinggan.

AKTIVITI
Dari segi pengajian pula, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Segala aktiviti ini di jalankan oleh ahli jawatan kuasa masjid dan segelintir orang luar seperti penceramah dan pengajar kanak-kanak tajwid. Bagi kuliah maghrib, ia diadakan setiap malam selasa dan malam khamis. Dimana pada malam selasa ustaz yang menberi kuliah adalah ustaz Zaini bin Awang. Pada malam selasa ustaz mengajar atau memberi kuliah berkaitan dengan akidah. Pada malam khamis, ustaz yang memberi kuliah adalah ustaz Karim bin Talib. Dimana malam khamis ustaz memberi kuliah berkaitan dengan bab ibadat. Semasa memberi kuliah ustaz Zaini mengunakan buku Dr. Yusuf Qardawi sebagai rujukan. Manakala bagi kuliah subuh, ia diadakan pada setiap pagi sabtu dan setiap pagi ahad. Pada kuliah subuh, kuliah disampaikan oleh imam sendiri. Pada kuliah subuh iamam banyak menceritakan kisah-kisah nabi dan cerita-cerita teladan zaman rasullullah s. a. w. Kemudian untuk kelas fardu ain bagi ibu-ibu diadakan setiap selasa dan sabtu selepas asar. Kelas fardu ain ini diajar oleh isteri pengerusi masjid yang juga seorang bekas ustazah. Kelas fardu ain ini menerima sambutan yang amat menggalakkan. Seterusnya adalah hari kebesaran seperti awal muharam. Pada awal muharam, masjid di meriahkan dengan ceramah-ceramah dan jamuan-jamuan makan. Contohnya pada tahun lepas, Penceramah bebas ustazah Siti Norbahyah Mahmud telah di jemput untuk memberikan ceramah sempena awal muharam. Pada program asyura pula gotong-royong untuk memasak asyura telah dilakukan oleh jemaah-jemaah masjid dari seluruh taman. Selepas itu ia diagih-agihkan kepada semua. Asyura yang dimasak juga dihantar kepada rumah anak-anak yatim dan rumah kebajikan yang berdekatan. Program ini sangat berguna kerana ia merapatkan hubungan ukhwah sesama penduduk taman. Walaupun mereka tidak bertemu di rumah, mereka bertemu di masjid. Bagi sambutan maulud nabi pula lebih kurang dengan sambutan awal muharam. Dimana ceramah telah diadakan. Seperti tahun lepas, penceramah agama ustaz akil hayy telah di jemput untuk menyampaikan ceramah. Ceramah ustaz Akil hayy dilihat telah banyak mengubah anak-anak mud ataman bukit bendera, dimana mereka lebih berakhlak. Ini mungkin dengan melihat ustaz ini telah berubah dari seorang penyanyi rock kepada seorang ulama. Disamping itu, selawat juga dilakukan setiap hari selepas solat 5 waktu. Bagi nuzul Al-qran pula, bacaan quran beramai-ramai dilakukan di masjid setiap hari selepas isyak. Pertandingan tilawah Al-quran juga diadakan bagi peringkat-peringkat tertentu. Yang terakhir adalah masalah tiada sambutan, masalah ini tidak berlaku dimasjid bukit bendera. Ini kerana masjid menerima sambutan yang mengalakkan dari golongan ibubapa dan juga anak-anak. Belia-belia juga banyak membantu dalam menjayakan sesuatu sambutan dimasjid taman bukit bendera.

ORGANISASI
Nama pengerusi : Encik Ghazali bin Ahmad
Alamat : no 3, lorong bendera 2A, Taman bukit bendera
No telefon : -
Pekerjaan : pesara (tentera) / peniaga
Pendapatan : RM 1000
Usia : 60 tahun
Lama berkhidmad : 10 tahun
Aktiviti yang diadakan : mengadakan pertandingan azan setiap tahun

Nama imam : Encik Zainuddin bin Sidik
Alamat : no 19, lorong bendera bendahara Taman bukit bendera
No telefon : -
Pekerjaan : pengetua sekolah
Pendapatan : RM 3000
Usia : 55 tahun
Lama berkhidmat : 8 tahun
Aktiviti yang diadakan : mengajar kanak-kanak dan belia menjadi imam

Nama siak : Encik Khairi bin Abdul Rahman
Alamat : no 30, lorong bendera besar, Taman bukit bendera
No telefon : -
Pekerjaan : Cikgu sekolah
Pendapatan : RM 1500
Usia : 50 tahun
Lama berkhidmat : 3 tahun
Aktiviti yang diadakan : mengajak belia dan kanak-kanak gotong-royong di masjid

Nama bilal : Encik Hamid bin Singah
Alamat : 23B, jalan karak 28400 Mentakab
No telefon : -
Pekerjaan : peniaga
Pendapatan : RM 2000
Usia : 57 tahun
Lama berkhidmat : 7 tahun
Aktiviti yang diadakan : mengajar kanak-kanak dan belia azan

Nama bendahari: Encik Dahlan bin Daud
Alamat : no 20 , lorong 2A1 Taman bukit bendera
No telefon : -
Pekerjaan : pesara / peniaga
Pendapatan : RM 2000
Usia : 59 tahun
Lama berkhidmat : 5 tahun
Duit yang terkumpul : RM 100 000 setahun

Kegunaan : menggunakan untuk membeli alatan masjid, derma kepada anak yatim dan ibu tunggal

KESIMPULAN
Masjid ini terdapat pelbagai kelebihan, diantara kelebihan-kelebihan masjid ini adalah ia mempunyai ahli jawatan kuasa yang rajin dan bertanggungjawab. Ia telah banyak membawa perubahan di taman bukit bendera berbanding sebelum masjid bukit bendera ini bertapak di sini. Walaupun masjid ini tidak besar tetapi ia mempunyai bilangan jemaah yang ramai dan persekitaran masjid ini menarik. Masjid ini bukan sahaja menarik umat islam disekitar taman bukit bendera malahan orang luar, dimana sewaktu solat jumaat, ramai orang luar yang datng solat disini. Cadangan-cadangan seterusnya adalah melengkapkan lagikemudahan-kemudahan yang tidak cukup seperti minyak wangi dan bilik tetamu. Komen kepada masjid ini adalah ia perlu mengambil berat tentang kebersihan pada tandas wanita. Masjid ini pernah dianugerahkan sebagai masjid paling aktif di daerah temerloh. Semoga ia akan terus berkekalan.


Monday, October 03, 2005

No comments: