Saturday, April 18, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Surau Parit 310 Kedai Empat, 34200 Parit Buntar

Oleh: Nazirah Bt Abd Raub
Sejarah penubuhan
Tapak surau ini mendapat tanah wakaf daripada seorang hamba Allah yang bernama Haji Muhammad. Surau ini didirikan dalam lingkungan tahun 60-an dan mencecah usia lebih kurang 40 tahun. Surau ini diberi nama surau Parit 310 sempena nama kampung saya iaitu Kampung Parit 310 dan ada ura – ura yang mencadangkan untuk menamakan surau ini sebagai surau Muhammadi. Surau ini sering membuat pelbagai aktiviti dan ia mendapat sambutan yang amat memberansangkan melibatkan 36 jumlah khariah.

Organisasi Surau Parit 310.
Surau ini dipengurusikan oleh orang lama di kampung ini bernama Hj. Abdul Rahman b. Hj. Amin. Semua organisasi surau ini adalah orang kampung Parit 310 yang beralamat Parit 310, Kedai Empat, 34200 Parit buntar, Perak. Hj. Abdul Rahman sudah tidak bekerja, berusia 64 tahun dan mula berkhidmat dari tahun 1989- 2005.

Seterusnya ialah timbalan pengurusi surau iaitu Shafei b. Hj. Hashim. Beliau bekerja sebagai pesawah padi dengan pendapatan RM 600 sebulan. Beliau kini berusia 62 tahun. Beliau mula berkhidmat dari tahun 1993 sehingga sekarang.

Setiausaha surau ini ialah Ahmad Husaini b. Mat Daud. Beliau merupakan bapa saudara saya. Beliau bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM 1200 sebulan. beliau boleh dihubungi di talian 05-7258655. Beliau telah berusia 40 tahun dan mula berkhidmat sebagai setiausaha pada tahun 1999 sehiggalah sekarang.

Timbalan setiausaha surau ini pula ialah Irshad b. Mat Isa. Beliau bekerja sebagai pesawah padi dengan pendapatan RM 1000 semusim. Beliau telah berusia 60 tahun dan mula memegang jawatan sebagai timbalan setiausaha bermula dari tahun 1999 sehigga sekarang. Beliau boleh dihubungi di talian 012-5539410.

Bendahari surau ini ialah Mat Isa b. Ismail. Beliau bekerja sebagai kerani di kilang Bernas di Parit Buntar dengan pendapatan RM 1200 sebulan. Beliau boleh dihubungi di talian 05-7259306. Usia beliau kini ialah 41 tahun dan mula berkhidmat sebagai bendahari surau ini bermula dari tahun 1999 sehiggalah sekarang.

Di sini terdapat beberapa orang ahli jawatankuasa (AJK) antaranya ialah Hj. Salleh b. Ali, Mat Daud b. Jaafar ( dtuk saya), Hajjah Fatimah bt. Idris ( satu- satunya wanita ), Jamaluddin Hj, Osman, Saad b. Osman, Ismail b. Hj. Ramli, M. halim Hafis b. Saad, M. Helmi b. Abd. Rahman, Abd. Latiff bin Sulaiman, Abdullah b. Ismail dan Hassan b. Ismail.

Manakala juru audit surau Parit 310 ialah Saad bin Hassan.

Seterusnya ialah siak surau Parit 310 iaitu M. Affendi b. Mat Daud, M. Faizal b. Abd Latif, Mazlan b. Abu Bakar, dan M. Khidir b. Ismail. Mereka baru berusia antara 18 dan 19 tahun. Walau bagaimanapun mereka telah berkhidmat selama lebih kurang 3 tahun.

Imam surau Parit 310 ialah Hj. Abdul Rahman, Abdullah b. Ismail, Shafie b. Hj. Hashim, Iamail b. Ramli, dan Mat Isa b. Ismail.

Bilal surau ini pula ialah Abd. Raub b. Sulaiman (bapa saya), Abd. Latif b. Sulaiman ( bapa saudara saya), Mat Isa b. Ismail dan Ahmad Husaini b. Mat Daud.

Jawatan seterusnya ialah hal ehwal pinggan mangkuk iaitu Abd. Latif b. Sulaiman dan Irshad b. Mat Isa.



KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI SURAU PARIT 310
Terdapat pelbagai kemudahan yang terdapat di surau di kampung saya seperti bilik air dan tandas. Selain itu terdapat juga 3 pili air, kolah untuk mengambil wuduk, stor tempat untuk menyimpan pelbagai barang kepunyaan surau ini dan terdapat juga gendang yang diperbuat daripada kulit lembu.

Selain itu, terdapat kemudahan – kemudahan di ruang solat seperti karpet, terdapat lebih kurang 25 helai sejadah, sederet kain pengadang wanita berwarna biru, 4 kipas angin, 4 lampu, jam dinding dan jam penunjuk waktu solat, almari, dan hiasan dinding dengan pelbagai khalimah suci yang memuji kebesaran dan kekuasaan Allah swt yang menghiasi ruang solat surau di kampung saya.

Terdapat pelbagai bahan bacaan seperti 10 Al-quran, 4 Al-quran terjemahan, 40 naskah yassin, pelbagai risalah serta buku yang tersusun dalam rak buku.

Surau ini terdapat P. A sistem dengan 2 speaker, 3 mikrofon dan 1 sound. Keselamatan P. A system adalah dijamin kerana terletak dalam sangkar besi yang bermangga.

Kawasan surau ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga yang terdapat diatas tanah dan juga pasu bunga. Persekitaran surau sentiasa bersih dan terdapat tong sampah. Selain itu terdapat juga parking dihadapan surau disebelah kanannya. Terdapat juga kerusi panjang untuk berehat dan berbual yang terletak dihadapan surau, terdapat juga beranda untuk orang-orang tua duduk, berbincang dan berbual. Terdapat gelanggang sepak takraw dan badminton(selalunya menjadi tempat anak-anak muda bermain waktu petang).

Selain itu terdapat juga kemudahan seperti peralatan kenduri kendara iaitu kira-kira 400 pinggan mangkuk, 4 periuk, 20 meja makan, 2 khemah, 2 kawah, 300 cawan dan 100 kerusi.

AKTIVITI SURAU
Pada setiap selepas maghrib ahad malam isnin diadakan kuliah fardu ain dan usuluddin oleh Hj Abdul Rahman manakala pada hari selasa malam rabu diadakan kuliah tajwid oleh Ustaz Abdullah.

Selain itu terdapat juga kuliah untuk kaum wanita pada setiap hari sabtu pagi pada pukul 9-11 pagi oleh Ustazah Halijah.

Pada setiap malam jumaat diadakan bacaan yasin selepas maghrib dan berzanji serta marhabban selepas isyak. Akhir sekali aktiviti ini diikuti oleh jamuan.

Pada setiap hari kebesaran seperti maulud nabi dan israk mikraj diadakan ceramah.

Selalunya penduduk kampung akan membuat gotong royong beramai-ramai apabila ingin menyambut ramadan dan hari raya.

Setiap tahun surau ini akan mengadakan mesyuarat agung untuk melantik jawatankuasa surau. Mesyuarat agung ini melibatkan Qariah lelaki dan perempuan.

Selain itu diadakan juga aktiviti sampingan seperti pertandingan sepak takraw yang bertujuan untuk memeriahkan dan mengimarahkan surau. Pada setiap bulan puasa diadakan tarawih, more, majlis berbuka puasa dan sambutan hari raya.


KEWANGAN
Surau ini tidak mendapat bantuan kewangan atau sumbangan daripada mana-mana pihak dan ia hanyalah mendapat kutipan pada setiap musim padi iaitu 2 kali setahun. Tahun ini mencatatkan jumlah kutipan tertinggi sebanyak RM710. Keseluruhannya sebanyak RM2710. Selain itu, terdapat juga sumbangan dan wakaf daripada individu yang datang melawat. Wang ini digunakan untuk membayar bil api, air, saguhati kepada tok guru dan untuk membaiki alatan surau yang rosak.


KESIMPULAN
Surau ini terdapat banyak keiistimewaan kerana ramai pelapis muda yang terdiri daripada kanak-kanak yang menunjukkan minat dalam setiap aktiviti surau. Surau ini terletak dipersimpangan 3 jalan yang dapat menarik minat orang untuk singgah dan beribadat. Surau ini terletak 500 meter dari rumah saya. Ia berwarna hijau dan kuning dan terdapat 2 tingkat.

MASALAH
Setakat ini didapati surau parit 310 tidak mempunyai banyak masalah. Ini kerana ia meliputi kawasan yang agak kecil dan mudah untuk mengendalikan setiap aktiviti yang diadakan.

CADANGAN :
Diharap di masa akan datang, pelbagai lagi aktiviti dapat dianjurkan oleh surau ini supaya dapat mengimarahkan lagi surau ini terutama aktiviti untuk golongan muda-mudi. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara seluruh penduduk setempat.

Walaubagaimanapun, setiap aktiviti ini mestilah diketahiui umum dengan cara membuat iklan dan poster supaya ia nampak lebih menarik dan mendapat penglibatan seluruh penduduk bukan sahaja didalam kampung saya malah turut melibatkan penyertaan orang luar yang berminat.

Selain itu diharap ada pihak yang dapat menyumbangkan bantuan dan juga peruntukan untuk surau ini agar ia dapat diperelokkan dan dipertingkatkan mana-mana yang tidak sempurna supaya dapat membina rasa seronok dan cintakan surau ini dalam setiap jiwa penduduk setempat.




Thursday, October 06, 2005


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


No comments: