Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Kampung Sri Kemunting, 16090 Gunong Bachok Kelantan

Oleh: Wan Sayuti Azma Bin Wan Ahmad

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan oleh Ustaz Abd. Aziz bin Harjin pada awal semester dulu dengan jayanya. Tugasan ini berkenaan tentang peranan dan fungsi masjid. Tugasan ini dijalankan di Masjid Kampung saya iaitu masjid kampung sri kemunting, 16090 Gunong Bachok Kelantan Darul Naim. Masjid ini merupakan masjid utama di kampung saya iaitu Kampung Sri kemunting Bachok. Kajian dijalankan pada 15 September 2005. Semasa kajian dijalankan, saya ditemani oleh beberapa orang rakan yang bertindak sebagai pembantu dan pelengkap kepada pertemuan saya dengan tuan iman.

Saya menemuramah Imam masjid tersebut iaitu Tuan Haji Zakaria bin Haji Mat Lazim. Beliau merupakan iman tua di kampung saya Beliau tinggal berhampiran dengan tempat saya tinggal dan ini memudahkan saya menjalankan kajian. Segala soalan yang saya ajukan dilayan dengan baik dan beliau memberikan kerjasama yang amat baik. Saya tidak mengalami sebarang masalah apabila menemuramah beliau. beliau telah menjadi iman di kampung saya selama 10 tahun. kini masjid di kampung saya telah mempunyai seorang iman muda, iatu dari golongan pemuda. Nama beliau ialah Haji hassan bin Haji Mahmud. beliau merupakan seorang bekas pelajar universiti Al_Azhar, Mesir. Beliau merupakan Tahfiz dan begitu hebat dalam berdebat.

Masjid ini dibina pada tahun 1982. Pada awal penubuhannya, masjid ini begitu simple, tiada kubah dan tiada tempat meletak kenderaan yang sesuai. Tetapi ia telah diubahsuai dan dicat semula pada tahun 2000 hasil derma dari orang ramai. Kawasan persekitaran masjid ini dijaga dengan baik oleh penduduk kampung. Gotong royong sering di anjurkan oleh pihak masjid dan mendapat sambutan baik dari penduduk kampung. Persekitarannya yang ceria dan bersih memberi keselesaan kepada orang ramai yang berkunjung untuk melakukan ibadah dengan tenang.

Masjid Kampung Sri Kemunting ini dipengerusikan oleh En. Abdullah bin Haji Ahmad. Beliau berumur 43 tahun dan tinggal di Kampung saya juga Rumahnya beralamat Lot212 Belakang Sekolah Sri Kemunting, 16090 Gunong, Bachok Kelantan. Beliau adalah seorang kerani di Sekolah Rendah Sri Kemunting. Beliau telah bertugas sebagai pengerusi masjid ini selama 3 tahun. Walaupun masih baru memegang jawatan sebagai pengurusi masjid, tetapi Sepanjang beliau bertugas sebagai pengerusi masjid, banyak perubahan yang telah dilakukan. Kawasan masjid menjadi semakin ceria dan kawasan ruang solat juga mengalami perubahan. Untuk lebih memakmurkan masjid tersebut, pelbagai aktiviti telah dilakukan. Antaranya ialah pengajian Ilmu Fardhu Ain, bacaan yassin pada setiap malam jumaat, bacaan Al_Quran secara berlagu dan Bacaan tajwid yang betul. pengajian Fardhu Ain ini di khususkan kepada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Kanak-kanak ini merupakan pelajar sekolah rendah disekitar Kampung saya terutamanya. Beliau juga ingin memperbanyakkan lagi perisian pengajian untuk kepentingan bersama. insyAllah. .

Setelah selesai menemuramah pengerusi masjid, saya dan rakan-rakan telah pergi ke rumah Imam masjid tersebut. Beliau ialah Tuan Haji Zakaria bin Haji Mat Lazim. Beliau tinggal di kediaman yang beralamat Lot 325 Kampung Sri Kemunting, Gunong Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang guru di Sekolah Agama di kampong saya. . Beliau berumur 58 tahun. Walaupun telah berumur, tetapi beliau masih kelihatan tegap. Beliau bertanggungjawab mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran. Sesi pembelajaran Al-Quran untuk orang dewasa warga tua juga terdapat di masjid ini.

Seseorang yang bertangggungjawab mencatat semasa mesyuarat diadakan dan menyediakan segala dokumen untuk tujuan formal ialah Setiausaha masjid. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dokumen dan kertas kerja sekiranya pihak masjid ingin meminta sumbangan daripada pihak kerajaan untuk membangunkan lagi masjid. Beliau ialah Haji Faiz bin Haji Samad. Beliau berumur 48 tahun dan beliau merupakan seorang petani. Disamping itu juga beliau menjalankan perniagaan runcit di kampung sayaRumah beliau beralamat di Lot 212 kampung Sri Kemunting, 16090 Gunong Bachok Kelantan. Sepanjang beliau menjadi setiausaha masjid di kampung saya beliau tidak mengalami sebarang masalah dalam menjalankan tugas sebagai Setiausaha di sini. Ini kerana, semua Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Baru ini memberikan kerjasama yang baik untuk memastikan masjid ini berfungsi sebagai tempat menimba ilmu dan tempat untuk mengeratkan tali silaturahim antara muslimin dan muslimat di kampung saya. Beliau juga begitu berbesar hati kerana diberi jawatan ini kerana beliau hanya seorang pekebun tetapi diberi kepercayaan untuk menjalankan tgas ini. beliau juga berjanji akan menjalankan tugas dengan begutu baik dan istiqamah.

Bendahari juga merupakan orang yang penting dalam sesuatu organisasi termasuk Organisasi Masjid ini. Tujuan bendahari dilantik adalah untuk mengetahui keadaan kewangan masjid ini dengan lebih terperinci. Bendahari masjid ini bernama En. Kamal bin Haji Salim. Beliau merupakan seorang kerani di sebuah syarikat swasta di Bandar Bachok. Beliau berumur 46 tahun. Sebagai seorang bendahari yang amanah, segala perbelanjaan dan hasil yang diperoleh direkod sambil diperhatikan oleh dua orang saksi yang boleh dipercayai dan cukup syarat untuk menjadi seorang saksi. Ini biasanya dilakukan selepas hasil kutipan dernma pada hari juamaat. Hasil yang diperoleh adalah dari Tabung Masjid yang diletakkan di dalam masjid. Tabung ini dikunci dan dimangga bagi memastikan tiada kecurian berlaku. Tetapi tabung pada hari jumaat hanya diletakkan di dalam botol plastic, bagi memudahkan orang ramai menderma ketika khatb sedang berkhutbah. Orang ramai yang datang ke masjid boleh menyumbang kearah pembangunan ummah melalui derma yang diberikan kepada masjid. Jumlah wang yang terkumpul biasanya dibelanjakan terhadap jamuaan, terutamanya menjamu anak-anak yatim makan di masjid. Wang itu juga biasanya digunakan untuk membeli alatan masjid, membayar kepada penceramah jemputan dan membuat sambutan Hari Maulidur Rasul dan lain-lain majlis.

Orang yang terakhir di temuramah ialah Bilal. Nama beliau ialah Haji Saifullah bin Haji Zulkiflie. Beliau tinggal dialamat Lot 25 Kampung Sri Kemunting, 16090 Gunong Bachok Kelantan. Beliau berumur 55 tahun dan telah menjadi bilal di masjid ini selama 8 tahun. Suara beliau begitu menusuk kejiwa apabila melaungkan azan, disebabkan itulah beliau dilantik menjadi bilal dalam tepoh yang lama Kebiasaannya beliau merupakan orang menegur kanak-kanak yang membuat bising di dalam masjid walaupun begitu beliau seorang yang peramah.

Kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di masjid ini boleh dikatakan agak memuaskan. Terdapat 2 tandas di kedua-dua bahagian iaitu lelaki dan perempuan. Manakala bilik mandi yang diperuntukkan hanya 1 buah pada setiap bahagian. Terdapat 15 pili air disebelah wudhuk wanita dan 25 pili air disebelah wudhuk lelaki. Terdapat juga sebilangan daripada pili air yang tidak berfungsi. Terompah dan selipar juga turut disediakan bagi memudahkan jemaah mengambil wudhuk dan pergi ke tandas. ini bagi mengelakkan keadaan kotor berlaku ketika para jemaah mengambil wudhuk dan ketandas. Terompah yang disediakan adalah lebih kurang 12 pasang. Di dalam tandas terdapat 3 cermin.

Ruang solat boleh memuatkan 500 jemaah pada satu-satu masa Antara 200 jemaah perempuan juga dapat di muatkan di masjid ini. permaidani yang berwarna telah disediakan, permaidani ini berwarna merah dan diselang seli dengan warna biru sebagai tanda saf. Bahagian ruang solat ini terbahagi kepada 2 iaitu lelaki dan perempuan. Ruang solat perempuan ditutupi dengan langsir. Langsir ini berwana hijau dan di depannya ada bahagian jarang, ini bagi memudahkan jemaah wanita melihat pergerakan iman ketika sembahyang, ia juga bagi menghalang pandangan kaum Adam. Di dalam ruang solat juga terdapat rak-rak untuk menyimpan Al-Quran, Surah Yassin dan buku-buku ilmiah kepada para jemaah. Rak-rak yang terdapat di dalam masjid ini kelihatan ada yang berkaeadaan baik dan ada yang sudah reput dan memerlukan rak yang baru kerana jumlah Al-Quran semakin bertambah. Pakaian sembahyang wakaf juga turut disediakan. Antaranya pakaian solat wanita dan lelaki seperti kopiah, kain pelikat dan baju melayu.

Dari segi penggunaan PA system, terdapat 5 buah speaker yang berfungsi untuk memudahkan Imam mengimamkan solat dan bagi memudahkan para jemaah mendengar dengan jelas bacaan iman. PA system ini disimpan di tempat yang paling selamat agar tidak dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab. PA system di masjid ini pernah dicuri orang ang tidak bertangungjawab. Hal ini diceritakam oleh tuan iman masjid itu sendiri. kini PA system dikunci dan diletakkan di dalam grail.

Keadaan persekitaran masjid ini amat menarik dan begitu nyaman. Kawasan sekitar masjid ini bebas dari sampah-sarap yang bertaburan. Terdapat papan-papan tanda yang melarang para jemaah membuang kotoran didalam masjid ini. pelbagai jenis bunga-bunga juga yang ditanam di sekitar kawasan masjid seperti bunga kertas, bunga raya, dan bunga the emas. Di luar kawasan masjid pula terdapat beberapa pokok rending seperti pokok tembesu dan pokok angsana, kebisaanya pemuda suka meletakkan kenderaan mereka di kawasan ini. Kawasan Parking juga disediakan dan mencukupi untuk semua kenderaan yang datang. Tetapi pada masa-masa tertentu seperti hari-hari perayaan tempat parking ini tidak mencukupi dan kenderaan terpaksa diletakan di bahu-bahu jalan. Selain dari parking lot, masjid ini juga menyediakan keranda, perkakas untuk memandikan jenazah, pinggan, mangkuk, gelas dan sebagainya. Perlatan ini disimpan di dalam stor masjid dan dgrilkan bagi mengelakkan kecurian.

Masjid ini dijadikan tempat menimba ilmu bagi semua golongan terutamanya kanak-kanak dan juga golongan dewasa dan warga tua. Aktiviti-aktiviti yang terdapat pada setiap minggu adalah seperti kelas Al-Quran bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa yang kurang arif dan fasih dalam membaca Al-Quran. Kelas ini biasanya bermula selepas solat Asar dan bagi kanak-kanak sekolah 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Sabtu. Manakala bagi orang dewasa, kelas bermula pada pukul 3. 00 petang dan berakhir pada pukul 4. 00 petang sekali kali seminggu iaituhanya pada hari Jumaat sahaja.

Selain daripada itu, pihak pengurusan masjid juga sering mengadakan jamuan dan menjemput orang ramai supaya hadir dan pada kebisaanya anak-anak yatim di jemput untuk bersama-sama memakmurkan dan memeriahkan masjid. Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan masjid juga sering di jalankan, biasnya masjid di kampong saya melakukan aktiviti ini sebulan sekali dan biasnya dilakukan pada hari jumaat, kerana pada hari itu orang kampong senang dikumpulkan.

Masjid ini juga melakukan majlis sambutan Hari Maulidur Rasul, Majlis Berbuka Puasa dan berbagai aktiviti untuk menarik perhatian orang ramai terutama golongan muda untuk hadir ke masjid dan bersama-sama mengimarahkan masjid.

Masjid di kampong saya ini merupakan sebuah masjid yang cantik dan indah. Seharusnya kita sebagai umat islam bersama-sama hadir ke masjid untuk mengimarahkannya. Masjid sebenarnya bukan sahaja tempat melakukan ibadah sembahyang semata-mata tetapi juga sebagai tempat berkumpulnya ummat Islam di sesebuah kawasan perkampungan atau Bandar. Melaluai masjid juga kita dapat mengetahuai kekuatan dan perpaduan diantara penduduk di sesutu kawasan itu Masjid juga dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama manusia. Justeru, kita sebagai umat Islam sepatutnya menjaga masjid dengan sebaik mungkin kerana masjid merupakan rumah Allah. Sesiapa yang pergi ke masjid merupakan tetamu Allah. Dan dibukakan pintu hati oleh Allah SWT. Kita sepatutnya memakmurkan masjid dengan beramai-ramai pergi sembahyang berjemaah dan mengadakan majlis ilmu. Masjid juga merupakan tempat istirehat bagi musafir dan golongan yang mencari ilmu kerana Allah SWT. Oleh itu, segala kerosakan yang terdapat harus diperbaiki semula agar ummat Islam boleh menggunakan masjid dengan lebih selesa.

Friday, October 14, 2005

No comments: