Saturday, April 18, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Al-Amin Sungai Dua, Butterworth Pulau Pinang

Oleh: Nor Aainaa Binti Md Zandar

PENDAHULUAN
Tanggal Januari 1975 Masjid Al-Amin telah didirikan. Ianya terletak di Sungai Dua, Butterworth Pulau Pinang. Majoriti penggunanya terdiri daripada penduduk-penduduk Taman Desa Murni dan perkampungan Sungai Dua serta penduduk di sekitarnya. Memandangkan kedudukannya yang strategik di sebelah jalan besar di tengah-tengah pekan Sungai Dua, maka tidak hairanlah pada waktu-waktu tertentu terdapat pengunjung dari luar selain daripada penduduk sekitarnya datang menunaikan solat. Masjid ini menjadi tumpuan para jemaah terutamanya untuk Solat Jumaat dan hari-hari tertentu seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha. Pada awal tahun 2002, sebuah masjid baru yang lebih besar dibina bersebelahan tapak masjid yang lama yang sudah menjangkau 30 tahun usianya. Walaubagaimanapun, masjid lama masih digunakan bagi menunaikan solat Zuhur dan Asar serta kelas-kelas Fardhu Ain, Iqra’ dan Tajwid.

Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan seperti bilik air, ruang solat, bahan bacaan, P. A system dan beberapa lagi kelengkapan lain bagi kemudahan dan keselesaan pengguna umumnya serta para jemaah khasnya. Disediakan 5 bilik tandas, 2 bilik mandi, 5 buah sinki beserta cermin muka. Terdapat juga ruang berwuduk bersebelahan bilik air dilengkapi dengan 15 pili air. Di samping itu, terdapat 7 pasang kasut trompah yang diwakafkan di sebelah kawasan lelaki dan wanita. Terdapat beberapa masalah yang timbul pada bahagian ini dimana kebersihan tandas kurang memuaskan. Didapati masalah ini berpunca daripada sikap penggguna yang tidak bertanggungjawab membuang tisu dan bahan lain ke dalam mangkuk tandas lalu menyebabkan mangkuk tandas tersumbat. Ini mungkin juga disebabkan tiada tong sampah yang disediakan di dalam bilik air itu sendiri.

Ruang solat yang disediakan adalah cukup selesa untuk para jemaah. Kira-kira 25 jemaah dapat memenuhi setiap sauf. Hampir keseluruhan dalam masjid dilengkapi dengan karpet sembahyang. Terdapat lebih kurang 40 helai sejadah wakaf disediakan. Rona hijau lembut cukup sesuai dijadikan pengadang bagi mengasingkan bahagian jemaah lelaki dan wanita. Disamping itu, hampir 20 pasang kain dan telekung wanita disediakan. Terdapat 7 helai kain pelikat dan 7 songkok yang diwakafkan bagi kemudahan jemaah yang bermusafir. Pada 2 bahagian utama di sebelah lelaki dan perempuan disediakan 2 rak buku bercermin. Terdapat hampir 20 buah Al-Quran, 7 buah Al-Quran terjemahan, 35 buah kitab Yaasin pada setiap rak buku. Disamping itu, terdapat juga buku-buku panduan sembahyang dan ibadah, majalah-majalah berunsurkan Islam seperti Al-Islam serta risalah-risalah berkaitan isu-isu terkini yang bermanfaat bagi pengetahuan umum. Pihak masjid masih membincangkan agar beberapa ruang pada masjid lama dibuat perpustakaan dan bilik tetamu. Terdapat 2 buah tabung masjid yang berkunci rapi disediakan di belakang ruang solat lelaki dan wanita.

Peralatan P. A sistem sangat penting bagi sesebuah masjid sama ada untuk melaungkan azan atau membuat sebarang pengumuman. Terdapat 6 buah ‘speaker’ pada setiap penjuru dalam dan luar masjid, dan sebuah ‘speaker’ utama di tengah-tengahnya. 4 buah pembesar suara (mikrofon) disediakan. Alat-alat ini bersama alat elektrik penting yang lain disimpan di dalam sebuah bilik kecil yang berkunci. Malangnya, terdapat beberapa kes kecurian barangan elektrik seperti pembesar suara dan ‘speaker’ oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab pernah berlaku. Walaubagaimanapun, kes ini sudah jarang berlaku kini kerana ciri-ciri keselamatan telah diambil oleh ahli-ahli jawatankuasa seperti setiap malam terdapat AJK yang ditugaskan untuk meninjau keadaan masjid sebelum pulang (menjadi orang terakhir). Bilik alatan P. A sistem terutamanya dipastikan berkunci setelah digunakan. Sekiranya berlaku kerosakan pada alat pembesar suara (microphone), AJK yang bertugas akan membaikinya secepat mungkin. Tetapi masalah ini jarang berlaku. Sementara itu, peralatan seperti keranda dan perkakas mayat turut disediakan seandainya berlaku kematian di kawasan sekitar. Terdapat satu bilik khas untuk menyimpan pinggan, mangkuk, kawah, periuk, cerek air, cawan dan lain-lain peralatan yang berkaitan. Kebanyakan peralatan ini adalah bertanda bagi menandakan ianya hak milik masjid.

Berdasarkan pemerhatian, lanskap di sekitar masjid berada dalam keadaan baik tetapi kurang menarik hiasannya. Beberapa buah pasu bunga kecil dan besar menghiasi persekitaran luar masjid ini. Di tengahnya terpacak 3 tiang bendera dimana warna benderanya sudah agak lusuh akibat hujan dan sinaran matahari. Sejak diusulkan oleh penduduk sekitar, 5 buah tempat duduk kerusi batu disediakan. Terdapat ruang tempat letak kenderaan berbumbung dan tidak berbumbung untuk kereta, motosikal dan basikal. Walaubagaimanapun, pengunjung masjid ini masih mengalami masalah tempat meletak kenderaan yang agak terhad memandangkan lokasinya di seberang jalan besar. Fenomena ini berlaku terutamanya pada hari Jumaat dan hari-hari perayaan seperti sambutan Aidilfitri dan Aidil Adha. Setakat ini, tiada tindakan yang diambil kerana masalah ini timbul pada hari-hari tertentu sahaja.

Bagi ‘menghidupkan’ Masjid Al-Amin ini, beberapa aktiviti telah dirancang dan dijalankan yang biasanya melibatkan penduduk di sekitar. Antara aktivitinya ialah kuliah maghrib & subuh, kelas pengajian Fardhu Ain untuk ibu-ibu, dan kelas Tajwid kanak-kanak. Aktiviti ini biasanya dibuat pada hari Isnin dan Sabtu selepas waktu Zuhur hingga masuk waktu Asar. Kebanyakan pesertanya terdiri daripada surirumah yang tidak bekerja. Selain daripada penceramah setempat, pihak pengurusan masjid ada menjemput penceramah dari luar seperti Ustaz Mohd . Fadzil Ghazali dan Ustaz Mohd. Noor Usman untuk kuliah maghrib. Selain itu, aktiviti tahunan yang wajib dibuat ialah gotong-royong. Aktiviti ini biasanya dibuat pada setiap hujung tahun sebelum menjelang bulan Ramadhan. Selain kaum Adam, kaum Hawa turut terlibat dalam menyediakan makan tengah hari dan sedikit kudapan. Pada tahun ini dijadualkan pada 18 September akan diadakan majlis bacaan Yassin sempena sambutan malam Nisfu Syaaban. Kepada mereka yang berkemampuan tempahan boleh dibuat kepada AJK yang dilantik sempena Majlis Korban/Aqiqah bersamaan sambutan Hari Raya Aidil Adha. Bayaran sejumlah RM 310 bagi 1 bahagian korban. . Bayaran secara tunai boleh dibuat secara ansuran atau penuh bagi yang mampu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Terdapat beberapa lagi agenda yang dianjurkan tetapi tidak berlokasi di masjid Al-Amin sendiri. Ini kerana beberapa aktiviti ini dibuat dengan kerjasama AJK dari kawasan berdekatan. Pada 6 September yang lalu ceramah Isra’ Mikraj dianjurkan tetapi dibuat dengan kerjasama AJK di Masjid Tuan Guru Hj. Saad, Permatang Tok Jaya yang terletak tidak jauh dari kawasan Sungai Dua. Dr. Al-Jamnul Azhar Mulkan, pakar Perubatan Hospital Kangar, Perlis dijemput khas bagi memberi ceramah pada malam tersebut. Bagi kemudahan penduduk sekitar kursus Haji & Umrah diperkenalkan bertempat di Madrasah An-Nur Bukit Indera Mua, Bukit Mertajam diperkenalkan. Penceramah yang dilantik ialah Ustaz Mohd . Abdullah B. Mat (Utz . Mat Tea O) juga merupakan peserta Muzakarah Haji Kebangsaan. Kursus ini diadakan pada hari Ahad selama 13 minggu. Keterangan hukum-hakam Haji & Umrah adalah dari kertas kerja Muzakarah Haji Kebangsaan. Kursus ini dijalankan dengan menggunakan alat-alat mengajar terkini, mudah dan senang untuk diikuti. Yang menariknya kursus ini dijalankan secara percuma kepada mereka yang berminat.

Pelbagai aktiviti yang dirancang dalam agenda setiap tahun pada setiap kali mensyuarat agong diadakan. Tidak semua aktiviti mendapat sambutan yang memberangsangkan seperti kuliah subuh dan maghrib. Kadangkala tidak sampai 2 sauf jemaah yang berjaya dipenuhi terutamanya pada waktu subuh. Walaubagaimanapun, apabila menjelang Ramadhan dan Syawal barulah ‘rumah Allah’ ini dibanjiri oleh para jemaah memandangkan ‘habuan’ moreh yang disediakan lazat-lazat belaka. Dari segi kewangan pula, AJK bendahari telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menguruskan wang untuk setiap aktiviti. Walaubagaimanapun kutipan tabung derma adalah kurang memberangsangkan kecuali hari-hari tertentu (perayaan) sahaja.

Kelebihan masjid ini ialah lokasinya yang terletak di tengah-tengah pekan Sungai Dua tempat tumpuan penduduk sekitar. Ia didirikan dalam satu kawasan dengan masjid lama, di mana ia dapat menampung bilangan kariah yang lebih ramai jika ada sebarang majlis anjuran masjid diadakan. Di sini juga saya ingin mencadangkan agar setiap aktiviti yang bakal dijalankan diuwar-uwarkan lebih awal dan lebih luas promosinya. Oleh yang demikian, lebih banyak kariah dapat menyertainya.

POLISI KEWANGAN DAN MANFAAT KEPADA AHLI.
1. 0 UNDANG-UNDANG PERSATUAN
Setiap ahli wajib membayar yuran RM 1. 00 setiap bulan (RM12. 00-setahun)
AJK boleh meluluskan perbelanjaan sehingga RM2500 bagi sesuatu bulan.
Pengerusi dan setiausaha boleh meluluskan perbelanjaan sehingga RM300 pada sesuatu masa.
Bendahari boleh menyimpang wang di tangan hingga RM1000 pada sesuatu masa.

2. 0 POLISI PERSATUAN
Dari masa ke semasa, AJK akan sentiasa menilai fungsi-fungsi, polisi, dan manfaat persatuan untuk ahli. Segala perbelanjaan kewangan dinilai mengikut keadaan semasa. Buat masa ini, manfaat bagi ahli pada dasarnya adalah seperti berikut:

2. 1 SUMBANGAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN
Beras atau wang tunai RM100 akan diberikan pada setiap kali ahli mengadakan majlis perkahwinan.

2. 2 SUMBANGAN KEMATIAN
Sejumlah RM400 diperuntukkan untuk waris jika ahli atau tanggungangan tinggal bersama ahli meninggal dunia. Ini bertujuan bagi meringankan waris dalam menguruskan perbelanjaan pengebumian.

2. 3 SUMBANGAN BAGI MENUNAIKAN HAJI
Persatuan akan menyumbangkan RM100 kepada ahli yang akan menunaikan haji. Sumbangan sekali seumur hidup walaupun sedikit namun, dapat memberi manfaat kepada ahli persatuan.

2. 4 SUMBANGAN ANAK CEMERLANG
Setiap tahun persatuan menyediakan peruntukan wang untuk anak-anak ahli yang cemerlang dalam akademik (UPSR, PMR, SPM, STPM dan yang diterima masuk ke IPT) layak menerima. Jumlah sumbangan akan berubah mengikut keadaan semasa.

2. 5 KHEMAH, KERUSI DAN KELENGKAPAN KENDURI.

2. 5. 1- Sewa yang telah ditetapkan ialah sebanyak RM50 bagi Sistem siaraya.

2. 5. 2-Khemah dan kelengkapan kenduri.
-Jika ahli menggunakan semua atau sebahagian kelengkapan untuk majlis kenduri bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100 termasuk bayaran penyelenggaraan.

-Jika suami/iseri yang menjadi ahli atau ibu tunggal yang berpendapatan sendiri tanpa sumber lain, bayaran sewa tidak dikenakan kecuali bayaran penyelenggaraan RM30 perlu dibayar.

2. 5. 3-Khemah, kerusi dan meja untuk majlis tahlil.
-Percuma tetapi bayaran penyelenggaraan dikenakan.
RM10 untuk satu khemah
RM20 untuk lebih dari 1 khemah(kanopi).

2. 5. 4-Seandainya berlaku kematian, pemasangan khemah, kerusi dan meja yang disediakan tidak dikenakan sebarang sewa.

SENARAI ORGANISASI PENGURUSAN

Penasihat :
Tuan Haji Farouk B. Omar

Imam :
En. Mohd. Yusuf B. Che Mat
En. Mohd. Baharin B. Jawi

Bilal :
Tuan Hj. Ahmad B. Yusuf
En. Bidin B. Mahmud
En. Hassan B. Wahab

Siak :
En. Abd. Rahman B. Osman
En. Dailami Hj. Jalaludin
En. Ali B. Din

Ahli Jawatan Kuasa

Pengerusi : En. Mohd. Ilhami B. Hj. Ahmad
N. Peng. : En. Mat Isa B. Othman

Setiausaha : En. Radzi B. Abdullah
N. Setiausaha : En. Razami B. Mohd. Noor

Bendahari : En. Zaki B. Othman

ORGANISASI
Nama Pengerusi : Tn. Hj. Mohd. Hilmi B. Hj. Ahmad
Alamat : 64, Lrg. Murni 5, Tmn. Desa Murni Sg. Dua.
No. Telefon : 04-3564564
Pekerjaan : Pesara –Penyelia Kilang Malayan Water
Pendapatan : -
Usia : 62 thn.
Tempoh Berkhidmat : 12 thn.
Sbg. Pengerusi


Nama Imam : Tuan Hj. Abd. Halim B. Ibrahim
Alamat : 6, Kampung Masjid, Sungai Dua
Sg. Dua.
No. Telefon : 04-3567009
Pekerjaan : Pesara Tentera
Pendapatan : -
Usia : 55thn
Tempoh Berkhidmat : 8 thn
Sbg. Imam

Nama Siak : En. Md Yusuf B. Yassin
Alamat : 35, Kampung Masjid,
Sg. Dua.
No. Telefon : 04-3561223
Pekerjaan : Pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Pendapatan : RM 1000
Usia : 43 thn
Tempoh Berkhidmat : 8thn.
Sbg. Siak

Nama Bilal : En. Dailami B. Jalaluddin
Alamat : 19, Lrg Murni 5, Tmn. Desa Murni,
Sg. Dua.
No. Telefon : 04-3561191
Pekerjaan : Pekerja Swasta
Pendapatan : RM 1400
Usia : 45thn.
Tempoh Berkhidmat : 10thn.
Sbg. Bilal


Nama Bendahari : En. Mohd. Zaki B. Othman
Alamat : 3, Lrg. Murni 6, Tmn. Desa Murni
Sg. Dua.
No. Telefon : 04-356778
Pekerjaan : Pegawai JPJ
Pendapatan : RM 1900
Usia : 48thn
Tempoh Berkhidmat : 7thn.
Sbg. Bendahari

Monday, October 03, 2005


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Ar-Ridzuan, Alor Pongsu

Oleh: Nurul Ainie Bt Shuhaimi.

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan saya membuat kajian mengenai masjid di kampung saya. Masjid ini dirasmikan oleh Hj, Yunus bin Hj. Alias selaku Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Serai dan diberi nama Masjid Ar-Ridzuan. Dahulunya, tapak asal masjid ini adalah ladang kelapa sawit, kemudian dipindahkan dan tanah tersebut diwakafkan oleh pengusaha ladang itu sendiri untuk membina masjid. Sebelum pembinaannya, penduduk kampung berjemaah di surau yang berhampiran dengan rumah saya. Pembinaannya memakan belanja hampir 64, 000, hasil kutipan derma dan sumbangan orang ramai dan sokongan pelbagai pihak.

Sejurus kemudian, masjid ini diterajui oleh barisan kepimpinan yang mantap bermula pada tahun1964, yang pada ketika itu dibarisi oleh 5 orang sahaja ahli jawatankuasa dan 2 oran imam yang salah seorangnya datuk saya sendiri. Kemudian, tahun demi tahun, pelbagai pengubasuaian yang dilakukan sehinggalah yang menerajui kepimpinan sekarang. bagai’ patah tumbuh, hilang berganti’, begitulah dapat saya gambarkan dengan kepimpinan masjid ini. Masjid ini diterajui oleh penasihat, Tn, Hj. Shaari bin Faker yang juga Penghulu Mukim Beriah, pengerusi masjid, Tn. Hj. Naim bin Hj Asmuni, dibantu oleh En. Mat Radzi bin Hj Ali sebagai naib pengerusi. Di bawahnya pula, ialah tugasnya mencari dan merekod maklumat serta menguruskan majlis dan surat rasmi, iaitu setiausaha masjid, En, Shuhaimi bin Hj Azizan (guru) dan di bantu oleh En. Saleh, sebagai penolong setiausaha. pengurus kewangan yang bijak mengira iaitu En. Abdul Razak selaku bendahari masjid.

Di samping itu, bagi melicinkan pentadbiran masjid, juga diwujudkan ahli jawatankuasa tugas-tugas khas yanng terdiri daripada 8 orang leleki iaitu, Tn Hj. Motari, Tn, Hj Sarikawi, Tn. Hj. Mat Isa, En. Shariff, Mohd Nor, En. Mat Taris, Abd. Rani dan Mad Rashid. bagi jawatankuasa wanita pula ialah terdiri daripada 2 orang iaitu Pn. Hjh. Rosminah dan rakannya, Pn. Sarimah.

Pentadbiran masjid tidak lengkap jika tiada pegawai-pegawai masjid yang begitu komited dengan tugas mereka, oleh itu 4 orang imam khas dilantik bagi mengimamkan para jemaah secara bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan. Antaranya ialah Tn. Hj Sabran bin Hj Asmawi, Tn. Hj Hhmad bin Awang, En. Eussof bin Din dan Encik Arshad bin Hassan(yang merupakan guru mengaji saya). manakala, imam dibantu oleh 4orang bilal, iaitu, En. Mohd Arshad b. Jab, En. Mat Desa bin Salleh, Tn. Hj. Abd Rahim Mat Zain dan Tn. Hj. Othman bin Ahmad. manakala siak juaga dilantik bagi memastikan peralatan dan kebersihan masjid terjamin, terdiri daripada 2 orang iaitu, En. Abd. Wahab bin Dollah Sani dan En. Ahmad Kassim bin Hj Darmawi.

Tambahan lagi, setia kariah mempunyai amilnya tersendiri, yang terdiri daripada 11 kariah iaitu, kariah simpang lima, kariah parit simpang lima, kariah parit abu hassan, khariah parit simpang empat, kariah parit lebai kadir, kariah lebai kadir 2, kariah parit haji taib, kariah parit hj ali, kariah parit haji kasim1 dan2 serta kariah jalan stesyen.

VISI MASJID
MASJID CEMERLANG, INSAN TERBILANG DAN KARIAH GEMILANG

MISI MASJID
KE ARAH MERIALISASIKAN INSTITUSI MASJID SEBAGAI PUSAT ILMU DAN

KOMUNITI KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN, MENJANA EKONOMI

MENGIKUT SYARIAT

BERSAMA MENEGAKKAN SYIAR ISLAM

ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA
MASJID AR-RIDZUAN ALOR PONGSU

PENASIHAT
Tn. Hj. Shaari bin Faker(Penghulu Mukim Beriah)

PENGERUSI
Tn. Hj. Naim bin. Hj. Mohd. Asmuni

NAIB PENGERUSI
En. Mat Radzi bin Haji Ali

SETIAUSAHA
Shuhaimi bin Hj Azizan

PEN. SETIAUSAHA
Salleh bin Mat Isa

BENDAHARI
Abdul Razak bin Lebai Hamid

JAWATANKUASA

Tn. Hj. MatoridiBin Zakaria
Tn. Hj. SarikawiBin. Hj. Adam
Tn. Hj. Mat IsaBin Anang
En. Shariff bin Mat

Mohd. Nor binHamzah
Mat Taris binSaal
Abd. Rani bin Mihat
Md. Rashid binSalim

WANITA

Pn. Hjh. Rosminah bt. Kader Pn. Sarimah bt. Saidi

ORGANISASI PEGAWAI MASJID
MASJID AR-RIDZUAN ALOR PONGSU


IMAM
TN. HJ. SABRAN BINHJ. ASMAWI
TN. HJ. AHMAD BIN AWANG

EN. EUSOFF BIN DIN
EN. ARSHAD BIN HASSAN

BILAL
EN. MOHD. ARSHAD B. JAB
EN. MAT DESA B. SALLEH

TN. HJ. ABD. RAHMAN BIN MAT ZAIN
TUAN HJ. OTHMAN BIN AHMAD


SIAK
EN. ABD. WAHAB BIN DOLLAH SANI
EN. AHMAD KASSIM BINHJ. DARMAWI

SENARAI AMIL KARIAH MASJID AR-RIDZUAN ALOR PONGSU

KARIAH SIMPANG LIMA
ENCIK MOHD. NOR BIN HAMZAH

KARIAH PT. SPG LIMA
TN. HJ. ABD. RAHIM BINMAT ZAIN


KARIAH PT. ABU HASSAN
EN. HABIL BIN HJ. DIN

KARIAH PT. SPG. EMPAT
HJ. AHMAD PUAD BIN HJ ARSHAD


KARIAH PT. LEBAI KADIR
EN. ABDUL RAZAK BIN LEBAI HAMID

KARIAH PT. LEBAI KADIR 2
EN. ABDULLAH BIN MOHAMMAH

PARIT HJ. TAIB
TN. HJ. AHMAD BIN AWANG

PARIT HJ. ALI
TN. HJ. MAT ISA BINANANG


PARIT HAJI KASIM 1
TN. HJ. ARSHAD BIN HJ. ALI

PARIT HAJI KASIM 2
EN. SHAHIDAN BINMAT

JALAN STESYEN
ENCIK ABDUL RAHIM

BIODATA IMAM-IMAM
TN. HJ. SABRAN B. HJ ASMAWI

Beliau dilahirkan pada16. 9. 1952 di Selama, Perak dan sekarang menetap di Alor Pongsu, 34300 Bagan Serai, Perak. Beliau merupakan anak ke7 daripada 10 orang adik beradik. Pendidikan beliau bermula di sekolah kebangsaan changkat lobak, kemudian meneruskan pengajian beliau di kolej islam(kisas) sehingga tingkatan 6. Kemudian beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir selepas menamatkan persekolahan dengan keputusan jaid jiddan. Beliau merupakan pelajar cemerlang dan meneruskan kecemerlangan hingga ke menara gading. Bakat beliau dalam pidato dan bahas terselah dari awal pembabitannya di sekolah menengah lagi. Setelah menamatkan pelajaran di sana, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di sekolah menengah sabar, bagan serai, perak. Disamping itu, beliau juga mengajar kelas agama di masjid untuk kanak-kanak. Beliau melangkah ke alam rumah tangga ketika berusia 24 Tahun dan hingga sekarang mempunyai 6 orang cahaya mata. Hasil didikan yang baik melahirkan anak-anak yang cemerlang dan kini semuanya mempunyai kerjaya yang boleh dikagumi. Beliau seorang yang dedikasi dan lemah lembut. Sifat yang ada dalam diri beliau inilah yang menjadi tunggak kecermelangan beliau dan dihormati orang ramai dan istiqamah dalam membuat sebarang pekerjaan. Beliau sudah berkhidmat sebagai imam masjid dan surau selama hampir menjangkau 30 tahun.

TN. HJ. AHMAD BIN AWANG
Dilahirkan pada 12. 3. 1960 di Parit Lebai Kadir, Alor Pongsu. Memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. kemudian di Sekolah Menengah Alor Pongsu. seterusnya, beliau terpaksa menolak tawaran belajar ke universiti awam kerana masalah kewangan. beliau meneruskan usaha dakwah di kampung-kampung. 2 tahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di sekolah darul ulum, kedah. Setelah menamatkan pengajiannya di sana. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di sekolah agama di kampung ini. Sudah berumah tangga dan kini mempunyai 5 orang anakKhidmatnya di masjid alor pongsu amatlah dihargai dan telah bertugas selama 23tahun. Beliau juga menyampaikan kuliah subuh dan magrib .

EN. ARSHAD BIN HASSAN
Pada 13. 5. 1958, lahirlah sorang insan dari kampung Simpang Lima, Alor Pongsu yang diberi nama Arshad. beliau adalah anak ke 4dari 8 orang adik beradik dan seorang yang pendiam tetapi tegas. prinsip yang beliau pegang ialah ikhlaskan hati dalam sesuatu pekerjaan. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, kemudian meneruskan pengajian ke sekolah tahfiz di kelantan. Hal ini kerana minatnya yang mendalam untuk menghafal dan mengkaji Al-quran dengan lebih mendalam. Pernah bekerja di pejabat agama daerah kerian. Melangkah ke alam pernikahan ketika berusia 25 tahun danmempunyai6 orang cahaya mata. Beliau kini, selain menjadi imam, juga menjadi guru di sekolah agama dikampung saya atas permintaan penduduk kampung. Beliau juga mengajar mengaji Al-quran dan pernah menjadi guru mengaji saya.

AKTIVITI-AKTIVITI MEMAKMURKAN MASJID
1426 HIJRAH / 2005 MASIHI

# MAJLIS ILMU, KULIAH, GOTONG ROYONG, BULAN RAMADHAN, NUZUL QURAN, SUMBANGAN ANAK YATIM, PERTANDINGAN TILAWAH DAN HAFAZAN, HARI RAYA AIDIL FITRI DAN QURBAN, SAMBUTAN MAAL HIJRAH, HARI ASYURA, MAULIDUR RASUL DAN BULAN KEMERDEKAAN.

Masjid Ar-Ridzuan ini mempunyai pelbagai aktiviti. Diantaranya ialah majlis ilmu . Majlis ilmu ini terbahagi kepada 3 kategori. Pertamanya majlis ilmu khas untuk kaum ibu dan kaum bapa. Keduanya, majlis ilmu umum dan yang ketiga, khas untuk kanak-kanak dan remaja. Semua majlis ilmu ini diadakan 2 kali dalam seminggu dan mempunyai pengisian yang berbeza. Bagi kaum ibu, pihak masjid akan menjemput ustazah-ustazah dari pejabat agama yang bergilir-gilir memberikan kuliah . Melalui program ini, para ibu dapat berinteraksi secara terbuka dengan gurunya berhubung persoalan tentang hal berumah tangga. kewanitaan dan tanggungjawab dalm islam. Bagi kaum bapa pula, lebih tertumpu kepada aspek masuliah dan peranan dalam pembangunan islam sejagat. Sehubungan itu, kanak-kanak lebih tertumpukepada hal-hal berkaitan solat, berwuduk yang betul danpenekanan dalam aspek Al-Quran. Saya turut menghadiri majlis ilmu khas untuk remaja yang membincangkan aspek kerohanian, tanggungjawab dan turut menerangkan aspek munakahat dan muamalat dalam kontek yang sebenar. Saya juga turut diberi peluang untuk memberi pandangan dan hujah untuk aktiviti yang dilakukan. Sabda Rasulullah s. a. w. :

Bermaksud: Keutamaan seorang yang berilnu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.

Selain itu juga diadakan kuliah subuh, maghrib dan jumaat. Apa yang dapat saya lihat, semua kuliah yang diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli kariah . Hal ini kerana cara penyampaian yang menarik seperti berucap, forum dan bahas serta penduduk diberi peluang untuk memberikan pandangan masing-masing. Orang yang dipertanggungjawabkan untuk ini ialah Ustaz Haji Sabran, imam masjid ini. Ceramah bercorak keilmuan seringkali dijalankan untuk mendidik jiwa penduduk tentang fardu ain dan fardu kifayah.

Sehubungan itu, seringkali juga diadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan masjid. Aktiviti ini dijalankan seminggu sekali iaitu pada hari ahad pagi diantara pukul 8 hingga 11 pagi dan turut disediakan jamuan untuk sesiapa yang sudi berkorban masa dan tenaga. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan daintara penduduk kampung. Kawasan yang terlibat ialah di dalam dan sekitr masjid juga kawasan perkuburan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, bersemperna dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan, pihak masjid merancang program untuk mengimarakkan bulan tersebut. Diantaranya ialah majlis tahlil setiap petang sebelum berbuka puasa yang melibatkan semua pendudu kampung. Selain itu, turut diadakan majlis berbuka puasa yang melibatkan semua ahli khariah dimana setiap ahli khariah akan membuat kutipan di kariah masing-masing untuk menganjuran majlis. Penyertaan melibatkan individu. Ianya dimulakan dengan jamuan ringan dan hidangan berat selepas solat maghrib berjemaah. Dijalankan secara bergotong-royong. Selepas itu, solat Tarawikh(Imam dari Tahfiz selama 10 malam dari MADIWA). Pada bulan itu juga diadakanmajlis tadarus Al-Quran yang diketuai oleh En. Ahmad bin Mokhtar. Sembahyang sunat tasbih setiap malam selepas sunat Tarawikh .

Bagi Nuzul Al-Quran pula dijalankan pada 1 Ramadhan - malam ke 27 (menghabiskan 30 Juzuk). Majlis ini melibatkan orang dewasa dan remaja. Saguhati turut diberi kepada ahli kariah pada hari kemuncak 27 Ramadhan. Program ini bertujuan untuk mendidik jiwa dengan bacaan Al-Quran.

Semperna menyambut Hari Raya Aidil Fitri, diadakan jamuan untuk semua ahli kariah setelah solat sunat hari raya. Sehubungan itu, diadakan kunjungan dari rumah ke rumah bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan penduduk khasnya kaum muslimin. Sumbangan kepada anak yatim turut diberikan. Semua senarai anak yatim dikumpul melalui amil- amil dan diberikan kepada jawatankuasa pengelola. Sumbangan adalah berupa kewangan dan pakaian.

Tambahan pula, semperna menyambut Hari Raya Qorban pula diadakan majlis qurban pada hari pertama qurban. Permohonan penyertaan qurban dibuka pada ahli kariah bermula selepas Hari Raya Qurban. Sumbangan adalah berupa bulanan (30) ataupun sekali gus. Setiap penyertaan sebanyak 250. 00 dan 100 kupon diagihkan kepada fakir miskin mengikut kawasan dalam kariah. Sebelah petang pula diadakan bacaan Yassin untuk jemaah haji yang diketai oleh Ustaz Sabran. Bakal-bakal haji diberi cenderahati dan jamuan) dan Tahlil dan jamuan selepas isyak. Selepas itu juga diadakan ceramah Qurban oleh Pegawai Tadbir Agama.

Maulidur Rasul merupakan hari kelahiran Rasulullah dan sambutan dijalankan mengikut peringkat mukim. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah oleh Tuan Hj. Nor Azam(Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai). Atucara bermula pada pukul 6-7 dengan bacaan Yassin dan tahlil kemudian solat Maghrib berjemaah. Seterusnya berzanji, solat Isyak danceramah berserta jamuan . Sumbangan yang diberi sejumlah RM 1800.

Sambutan bulan kemerdekaan juga dilakukan dimana kemuncaknya bacaan Yassin dansolat hajat. Majlis kesyukuran dijalankan setiap tahun dan melibatkan ibu bapa, remaja dan kanak-kanak.

Maal Hijrah, malam Nisfu Syaban diadakan bacaan Yassin sebanyak 3 kali agar dimurahkan rezeki dan semperna Israk dan Mikraj pula diadakan kuliah kesedaran(Sirah secara bersiri) dan slide show khas.

Mesyuarat Agong Masjid dijalankan 2 kali seminggu bagi memberi peluang kepada AJK untuk mengutarakan pandangan dan masalah serta diselesaikan bersama. Konsep syura diterapkan dalam mesyuarat ini.

DAN PEMBANGUNAN MASJID

AR-RIDZUAN ALOR PONGSU

KEMUDAHAN MASJID AR-RIDZUAN
Masjid Ar-Ridzuan merupakan masjid yang serba lengkap. Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, masjid ini menyediakan tempat yang selesa kepada jemaah yang hadir sama ada untuk beribadah mahupun majlis ilmu. Antaranya ialah:

TEMPAT KHAS MAJLIS ILMU
Di dalam masjid tersebut menyediakan 3 buah bilik ataupun ruang khas untuk penduduk kampung menjalankan aktiviti keilmuan. Pertama, ruang untuk muslim yang terletak di bahagian kiri masjid, kedua, di sebelah kanannya pula terdapatruang untuk muslimah. Pengasingan ini bertujuan untuk memudahkan muslimin dan muslimat berhubung dengan guru mereka dan lebih terbuka. Manakala, ruang seterusnya pula untuk kanak-kanak. Di sini, kanak-kanak boleh mengikuti kelas mengaji dan fardu ain khusus dimana menitikberatkan cara solat yang betul, berwuduk dan pelbagai lagi.

RUANG BERWUDUK DAN TANDAS
Masjid ini telah menyediakan 2 tandas lelaki, 2 tandas wanita, dan 2 bilik mandi . Setiap[ tandas mempunyai 3 kepala paip dan kolah di bahagian luarnya. Begitujuga keadaannya dengan tandas wanita. Di bahagiannya juga disediakan 5 batang paip secara memanjang di kedua-dua bahagian iaitu di bahagian muslimin dan muslimat.

MINI LIBRARI
Pelbagai bahan bacaan yang disediakan . Tujuan penubuhannya ialah untuk menanam sikap membaca dikalangan penduduk kampung selain bahan rujukan di masjid. Sumber bacaan terbahagi kepada 3 iaitu buku agama, buku berkaitan pelajaran dan majalah serta isu semasa. Bahan bacaan ini kebanyakannya dari peruntukan pejabat agama, manakala selebihnya adalah dari derma ikhlas penduduk kampung yang sama-sama ingin melihat kemajuan di. masjid. Ini juga bertujuan untuk menari minat penduduk datang ke masjid untuk berjemaah.

RAK AL-QURAN DAN HADIS
Terdapat 4 buah rak, 2 dibahagian wanita dan selebihnya dibahagian lelaki. Pelbagai jenis kitab dan hadis yang disediakan dan sentiasa dijaga rapi. Setiap sudut juga diletakkan hadis dan Al-quran.

TELEKUNG DAN SEJADAH

RUANG UNTUKMEMANDIKAN MAYAT DAN KERANDA

STOR BARANGAN
Penduduk juga boleh menyewa barang yang terdapat dalam stor untuk perkahwinan.

TEMPAT LETAK KENDERAAN

PAPAN TANDA DAN SUDUT RENUNGAN
Setiap tempat diletakkan arah agar memudahkan pengunjung dan penduduk. Selain itu, di setiap jalan disediakan kata-kata hikmah dan peraturan masjid. Terdapat juga ruang renungan dan kesedaran.

KAWASAN REHAT DAN KECERIAAN
Kawasan rehat juga disediakan dan sebuah taman untuk menceriakan masjid dengan hiasan yang begitu cantik dan teratur.

BILIK SISTEM KAWALAN
Di dalam bilik ini, semua peralatan yang berkaitan elektrik dan p. a. sistem ditempatkan di sini.

TEMPAT PERNIKAHAN DAN PERBINCANGAN
Ruang ini disediakan bertujuan untuk memudahkan penduduk melakukan aktiviti perbincangan dan urusan tanpa gangguan

PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PRASARANA
MASJID AR-RIDZUAN, ALOR PONGSU

PEMBANGUNAN YANG TELAH DISIAPKAN
BIL JENIS PEMBANGUNAN PENCAPAIAN
1. Sistem Lengkap Siaraya RM 2400. 00(Sumbangan Individu)
2. Tambahan Tempat Wuduk RM 500. 00(Wang Tabung)


PEMBANGUNAN DALAM PERLAKSANAAN
BIL JENIS PEMBANGUNAN PENCAPAIAN
1. 2 Tandas dan 1 bilik Mandi Lelaki Dalam pembinaan
2. Ubah suai Tempat Wuduk Muslimat Dalam pembinaan
3. Ubah suai saluran kolah Dalam pembinaan


PEMBANGUNAN DALAM PERANCANGAN
BIL JENIS PEMBANGUNAN PENCAPAIAN
1. Melengkapkan pejabat Perancangan
2. Sistem Penghawa Dingin Perancangan
3. Ubah suai kolah Perancangan
4. Keceriaan Hadapan Masjid Perancangan

SUMBER KEWANGAN MASJID AR-RIDZUAN

Sumber Kewangan Jangka Pendek

Bil Sumber
1. Kutipan hari jumaat (Anggaran Jumlah Kutipan)Setiap minggu (RM2 – RM300)
2. Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri-( RM 500. 00 – RM 800. 00 )
3. Sumbangan Hari Raya Aidil Adha( RM 400. 00- RM 500. 00 )
4. Sewa Bendang ( RM 300. 00 setahun )
5. Sumbangan Individu

SUMBER KEWANGAN JANGKA PANJANG
Pembelian Rumah Kedai Dua Tingkat. Perjajian Jual Beli Telah Dibuat dengan Pihak Maybank untuk Jangkamasa 20 tahun. Kadar pembayaran sebulan ialah RM 960. 00 sebulan. Pembayaran bulanan adalah ditampung oleh sewa bulanan rumah dan bakinya adalah dari penyumbang tetap bulanan. Adalah dijangkakan pelaburan jangka panjang ini akan memantapkan sumber kewangan tanpa terlalu bergantung kepada sumber sumbangan ahli kariah semata-mata. InsyaAllah.

KOMEN:
1. Kebersihan masjid tidak memuaskan, terdapat banyak najis(tahi cicak) di ruang solah.
2. Susunan buku di rak adalah tidak teratur.
3. Kurang kemudahan dari aspek teknologi seperti
4. Kecerian masjid hanya tertumpu di ruang hadapan tetapi di ruang belakang tidak terjaga dengan rapi
5. Kawasan kubur yang terbiar dengan lalang dan rumput yang panjang
6. Kurang pelbagaikan aktiviti masjid untuk mendekati para remaja dan kurang aktiviti khas untuk remaja.
7. Ada dikalangan ahli jawatankuasa masjid yang masih tidak faham akan tugas sebenar mereka sehinggakan melakukan kerja diluar bidang tugas yang sebenar.

CADANGAN:
1. AJK dan ahli kariah harus mencari altenatif bagi menambah sumbangan terutama pada hariJumaat bagi menampung kos bayaran bulanan rumah kedai di Taman Sri Pongsu dimana pendahuluan sebanyak RM30, 000. 00 diwakafkan oleh Tn. Hj. Othman, pemilik tanah.
2. Membina ruang pejabat yang selesa beserta penambahan kemudan seperti komputer untuk kelincinan organisasi dan sistem pentadbiran
3. Memastikan organisasi kepimpinan sekarang di bawawah jawatankuasa kariah lebih berfungsi sebagai penggerak kearah mengimarakkan dan memakmurkan institusi masjid dengan kursus tertentu.
4. Mendekati kaum belia dan kesedaran merekalah pelapis yang akan menerajui kepimpinan masjid dengan aktiviti seperti kem imam dan bilal.
5. Meningkatkan majlis ilmu untuk pelbagai peringkat umur dengan menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan.
6. Menambah kutipan tabung wakaf tanah perkuburan melalui kutipan 2 kali setahun.
7. Memagar kawasan perkuburan demi keselamatan dan adakan gotong –royong setiap minggu.
8. Menjadikan kawasan masjid ceria dan menarik melalui program yang ditetapkan.
9. Mempelbagaikan fungsi masjid sebagai tempat ibadah, rujukan, musyawarah.
10. Menjadikan institusi masjid sebagai tempat menyatupadukan ummah tanpa mengira perbezaan fahaman.
11. Memastikan aktiviti yang dijankan ditingkatkan dan berfaedah kepada semua pihak.
12. Mengadakan rombongan ke masjid lain dan memberi cenderahati kepada semua ajk bagi menghargai tugas mereka.


Monday, October 03, 2005

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Kariah Pekan Gurun

Oleh: Umi Rusyaida Bt Ariffin

SEJARAH
Masjid Kariah Pekan Gurun ini terletak dalam Mukim Gurun di daerah Kuala Muda/Yan, Kedah. Masjid ini dibina pada awal tahun 1930an dan terletak disebuah kampung yang merupakan tapak lama masjid ini. Kampung tersebut dinamakan sebagai Kampung Masjid Lama bersempena dengan kewujudan masjid itu satu ketika dulu. Sekitar tahun 1948, iaitu selepas berakhirnya Perang Dunia ke-2. Masjid baru telah dibina dikedudukan masjid sekarang dan kekal sehingga hari ini. Masjid ini pada mulanya dibina separuh papan dan separuh batu. . Pada tahun 1995, masjid ini telah diubahsuai menjadikannya sebuah bangunan berasaskan blok batu sepenuhnya. Kedudukan masjid ini yang terletak ditepi jalan memudahkan ia dikunjungi oleh orang ramai yang singgah sama ada untuk menunaikan solat atau menggunakan kemudahan asas yang telah disediakan disini.

KEMUDAHAN ASAS
Masjid ini mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Tandas di masjid ini baru siap dibina dengan mengandungi 8 buah bilik air untuk tandas lelaki dan perempuan. Terdapat 2 buah bilik mandi bagi kegunaan lelaki dan perempuan. Sekitar kawasan masjid terdapat sebanyak 20 pili air yang disediakan untuk kemudahan orang ramai mengambil wuduk. Selain itu terdapat juga sebuah tempat mengambil wuduk khas yang baru dibina untuk keselesaan jemaah terutama pada waktu solat Jumaat dan majlis-majlis tertentu. Sebanyak 20 pili terdapat ditempat wuduk lelaki dan perempuan. Disediakan juga sebanyak 4 pasang terompah termasuk selipar didalam tandas untuk kegunaan orang ramai supaya tidak mengotorkan kawasan tandas. Cermin muka juga turut dilekatkan ke dinding berhampiran sinki dalam tandas lelaki dan perempuan. Setakat ini tiada sebarang masalah atau kerosakan berkaitan dengan tandas di masjid ini kerana ia baru dibina menggantikan tandas yang lama.

Kawasan ruang solat didalam masjid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas. Terdapat hampir 40 keping sejadah yang dihampar dan tersusun rapi diatas permaidani. Pengadang wanita yang disediakan didalam masjid berasaskan kayu dan bukan lagi menggunakan kain seperti dahulu. Sebuah almari diletakkan disatu sudut ruang solat wanita yang mengandungi telekung-telekung yang diwakafkan untuk kegunaan jemaah. Sebanyak 10 pasang telekung dan kain pelikat yang telah diwakafkan dan disimpan kemas.

Perpustakaan turut terdapat didalam masjid ini. Perpustakaan yang berhawa dingin ini mengandungi pelbagai jenis bahan bacaan untuk tatapan pengunjung. Ia turut dilengkapi dengan sistem komputer. Terdapat hampir beribu bahan bacaan seperti majalah, risalah dan buku-buku lain didalam perpustakaan ini. Semua bahan bacaan ini adalah ihsan daripda Jabatan Penerangan Negeri Kedah disamping sumbangan orang ramai. Selain itu, terdapat sebanyak 100 buah Al-Quran dan 10 buah Al-Quran terjemahan disediakan dalam masjid ini untuk kegunaan jemaah dan orang ramai. Kitab Yasin yang disediakan setakat ini di masjid ini adalah sebanyak 400 buah.

Sistem P. A yang disediakan dimasjid ini agak lengkap. Terdapat 6 buah speaker yang dipasang disekitar bangunan masjid ini. Selain itu, sebanyak 3 mikrofon yang digunakan terutama untuk solat Jumaat dan majlis-majlis seumpamanya. Sistem keselamatan turut dipasang untuk mengelakkan sebarang kecurian. Terdapat sebuah bilik yang berkunci disediakan untuk menyimpan barang-barang ini termasuk pagar besi.

Susunan lanskap disekitar kawasan masjid ini kurang menarik kerana masih dalam proses pengubahsuaian. Namun begitu. kawasan parking dimasjid ini boleh memuatkan sebanyak 50 buah kereta dan 200 buah motosikal pada satu-satu masa. Terdapat juga 6 buah kerusi rehat disediakn disekitar kawasan masjid ini. Terdapat 2 tiang bendera yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri.

Peralatan lain turut disediakan didalam masjid ini seperti peralatan untuk mandi mayat dan pengebumian. Selain itu, masjid ini turut menyediakan peralatan untuk mengadakan kenduri seperti khemah, kawah, pinggan mangkuk, meja, kerusi dan lain-lain sama ada untuk kegunaan masjid sendiri ataupun disewa untuk kegunaan orang ramai.

AKTIVITI-AKTIVITI MASJID
Masjid ini meskipun berada dalam kawsan pekan kecil, tetap menjalankan pelbagai aktiviti berunsur keagamaan untuk anak-anak kariah mahupun orang ramai. Pelbagai bidang pengajian yang disediakan dimasjid ini yang diadakan setiap hari, setiap minggu dan bulanan. Kelas Al-Quran untuk kanak-kanak diadakan setiap hari pada waktu petang dan diajar oleh 2 orang ustazah yang berpengalaman. Pada setiap minggu, iaitu pada malam Selasa diadakan kelas pengajian Tafsir dan Fekah. Pada malam Rabu, kelas Tauhid dan pada malam Sabtu diadakan kelas tajwid. Semua ketiga-tiga kelas ini dadakan setiap minggu selepas solat Maghrib dan diajar oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman contohnya kelas tafsir diajar oleh Ustaz Fadzil Hj Awang yang merupakan guru di Maahad Alor Setar. Kelas pengajian Tasawuf diadakan sebulan sekali dan diajar oleh Ustaz Ahmad Yahaya dari Tok Keling. Kebanyakan pelajar-pelajar ini terdiri daripada kaum ibu dan bapa. Kuliah subuh diadakan setiap pagi Jumaat. Ustaz-ustaz yang mengendalikan kuliah ini adalah seramai 5 orang dan bertugas bergilir-gilir termasuklah tuan imam sendiri.

Kutipan khairat dimasjid ini dikelolakan oleh Badan Kebajikan Am Masjid Gurun. Tugas ini adalah dibawah tanggungjawab Cikgu Haji Said bin Bakar. Kutipan tahunan khairat ini adalah sebanyak RM20. Sumbangan khairat ini akan diberikan kepada setiap anak-anak kariah dan isteri sebanyak RM500 dan RM100 untuk anak-anak. Selain itu, ia turut disumbangkan kepada balu dan anak-anak yatim.

Gotong-royong dijalankan 2 kali setahun bagi membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan. Hampir 200 anak-anak kariah dan orang ramai yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong ini. Setiap kali diadakan aktiviti ini, sedikit jamuan ringan disediakan. Selain dari itu, hari-hari kebesaran islam turut diraikan dimasjid ini. Antaranya ialah Awal Muharam, Nisfu Sya’aban, Maulud Nabi, Nuzul Quran, Hari Raya Qurban dan lain-lain lagi. Setiap kali Hari Raya Qurban, sebanyak 7 ekor lembu akan disembelih dan dagingnya diedarkan kepada orang ramai. Sepanjang bulan Ramadhan, setiap petang, sebanyak 5 kawah bubur lambuk dimasak. Jamuan moreh turut diadakan pada setiap malam selepas solat tarawikh untuk meraikan jemaah-jemaah yang hadir.


ORGANISASI MASJID

Nama Pengerusi : Tuan Haji Mustafa b. Haji Saad (imam)
Alamat : Kampung Guar Nenas,
08300 Gurun, Kedah.
Telefon : -
Pekerjaan : Petani
Pendapatan : RM500
Usia : 71 tahun
Lama berkhidmat : 1992-sekarang


Nama Setiausaha : Tuan Haji Yusof b. Ismail AMN. BKM
Alamat : Kampung Jelatang,
08300 Gurun , Kedah
Telefon : 04-4686078
Pekerjaan : Pesara guru
Pendapatan : RM1000
Usia : 71 tahun
Lama berkhidmat : 35 tahun ke atas


Nama Bendahari : Haji Yusuf b. Abdullah
Alamat : Taman Gurun
08300 Gurun, Kedah.
Telefon : 04-4680025
Pekerjaan : Pesara (ustaz)
Pendapatan : RM500
Usia : 60 tahun
Lama berkhidmat : 3 tahun

Nama Siak : Haji Bakar b. Jasin
Alamat : Kampung Sungai Badak 2,
08300 Gurun, Kedah.
Telefon : -
Pekerjaan : Berniaga sendiri
Pendapatan : RM 400
Usia : 76 tahun
Lama berkhidmat : 45 tahun


Nama Bilal : Haji Abu Bakar b. Mat
Alamat : 148, Kampung Masjid Lama,
08300 Gurun, Kedah.
Telefon : 04-4686958
Pekerjaan : Pesara guru
Pendapatan : RM1000
Usia : 68 tahun
Lama berkhidmat : 1992-sekarang

ULASAN BENDAHARI
Pendapatan bulanan masjid hasil daripada kutipan tabung setiap bulan dianggarkan sebanyak RM2600. Selain itu, terdapat lagi sumber pendapatan lain yang meningkatkan kutipan wang masjid seperti sewa kedai iaitu sebanyak RM900 sebulan dan sewa tanah wakaf. Setakat ini sejumlah wang besar telah digunakan untuk mengubahsuaikan masjid serta membina tandas baru iaitu sebanyak RM73000. Perbelanjaan membina menara baru masjid turut menelan wang sebanyak RM93000. Jumlah kutipan wang yang belum digunakan lagi adalah sebanyak RM200, 000. Wang ini akan digunakan untuk keperluan masjid pada masa akan datang.

AHLI JAWATANKUASA KARIAH MASJID

Pengerusi : Tuan Haji Mustafa B. Hj Saad
N/Pengerusi : Tuan Haji Yusuf B. Lebai Hassan
Setiausaha : Tuan Haji Yusof B. Ismail (Amn. Bkm)
P/Setiausaha : Tuan Haji Abd. Hamid B. Hj Zakaria
Bendahari : Tuan Haji Yusof B. Abdullah

Ajk :
• Tuan Haji Sabaris B. Hj Sharib
• Tuan Haji Mohd Nazir B. Hj Yusof

Audit :
• Tuan Haji Johari B. Md Isa
• Tuan Haji Yahya B. Hj Abu Hassan
Pegawai-Pegawai Masjid

Imam :
Tuan Haji Mustafa B. Haji Saad

Bilal :
1) Haji Md Isa B. Haji Husin
2) Haji Abu Bakar B. Mat

Siak :
1) Haji Abu Bakar B. Jasin
2) Mohd Zainol B. Haji Ahmad

P/Bilal :
1) Haji Md Isa B. Mat
2) Mohd Saad B. Hashim

P/Siak :
1) Haji Yaakob B. Arshad
2) Haji Abu Seman B. Haji Husin
3) Haji Mohd Daud B. Abdul

KELEBIHAN-KELEBIHAN MASJID
• Mempunyai jemaah yang ramai pada setiap masa kerana kedudukan masjid yang berada di tepi jalan memudahkan orang ramai singgah sama ada untuk mengerjakan solat ataupun menggunakan kemudahan yang disediakan.
• Mempunyai sebuah menara masjid yang baru setinggi 60 kaki
• Perpustakaan yang berhawa dingin, lengkap dengan sistem pengkomputeran.
• Sistem tanah wakaf yang disewakan dapat menambahkan jumlah kutipan wang masjid.
• Mendapat sumbangan sebuah rumah wakaf yang terletak dibelakang masjid. Rumah ini digunakan sebagai tempat aktiviti kaum hawa dan tempat pengajian al-Quran bagi kanak-kanak.
• Terdapat sebuah tabika yang mempunyai guru-guru yang berkaliber mengajar disana.


MASALAH-MASLAH YANG DIHADAPI
• Bumbung masjid bocor
• Majlis-majlis dan aktiviti yang dianjurkan masjid kurang mendapat sambutan orang ramai
• Kurangnya sumbangan daripada syarikat dan kilang-kilang sekitarnya untuk membiayai apa-apa keperluan masjid.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, masjid ini mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi keperluan ibadah penduduk sekitar kawasan ini. Aktiviti yang dijalankan di masjid ini turut mendapat sambutan orang ramai daripada pelbagai peringkat umur dan pengajian. Aktiviti-aktiviti ini juga dapat mengeratkan persaudaraan sesama islam yang melibatkan pelbagai golongan masyarakat.

Monday, October 03, 2005

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Al-Firdaus Yang Terletak Di Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Oleh: Siti Norasyma Bt Baharuddin.

SEJARAH PENUBUHAN
Pelajar UiTM Perlis.Masjid al-Firdaus yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada awal tahun 1997. Masjid ini di bina untuk menggantikan surau di kawasan tersebut yang tidak dapat menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah.

KEMUDAHAN ASAS

BILIK AIR
Masjid ini mempunyai 2 buah bilik air untuk lelaki dan wanita. Setiap bilik air mempunyai masing-masing 3 buah tandas, 5 pili air dan 2 buah cermin muka. Terdapat juga 2 buah bilik mandi pada setiap bilik air untuk memudahkan para jemaah membersihkan diri. Pihak pengurusan masjid juga menyediakan sebanyak 14 buah terompah untuk kemudahan para jemaah mengambil air sembahyang.

RUANG SOLAT
Ruang solat yang agak luas dihampari dengan karpet yang telah dipasang siap. Terdapat 50 helai sejadah, 15 helai telekung wakaf, 15 helai kain pelikat wakaf, 10 songkok wakaf dan sebuah mimbar. Kebersihan pakaian solat adalah memuaskan kerana pada setiap sebulan sekali, ajk masjid tersebut akan membersihkan pakaian solat tersebut. Masjid tersebut juga menyediakan beberapa buah kerusi plastik khas untuk warga tua yang tidak dapat mengerjakan sembahyang secara berdiri.

BAHAN BACAAN
Masjid ini juga mempunyai 3 buah rak buku untuk menempatkan buku, al- Quran, kitab Yasin dan lain-lain lagi. Terdapat 30 buah al-Quran, 20 buah tafsir al-Quran, dan 120 buah kitab yasin. Selain itu, terdapat juga majalah-majalah agama seperti Islam, Annur dan lain-lain lagi. Kebanyakkan majalah-majalah agama tersebut di dermakan oleh masyarakat di kawasan masjid tersebut. Di satu sudut masjid tersebut disediakan sebuah perpustakaan mini yang menempatkan 4 buah meja bacaan. Di sudut itu juga terdapatnya sebuah papan kenyataan dan ditampal dengan risalah-risalah tentang cerita nabi dan juga carta organisasi.

P. A SISTEM
Terdapat 2 buah speaker dan 2 mikrofon di dalam masjid ini. Setakat ini hanya berlaku sekali sahaja kecurian iaitu pada tahun 2000. sebuah speaker telah di curi oleh seorang lelaki( penagih dadah ). Selain itu, mikrofon di masjid ini telah beberapa kali rosak namun telah dibaiki semula.


PERSEKITARAN
Kawasan masjid yang agak terhad membuatkan orang yang datang ke masjid terpaksa meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan masjid. Terdapat 5 buah kerusi batu yang diletakkan di pekarangan masjid. Susunan lanskap di kawasan masjid ini agak sedikit kerana keluasan yang agak terhad.

PERALATAN
Masjid ini mempunyai 2 buah keranda, sebuah tempat mandi mayat dan juga sebuah kereta mayat(van). Semua perkakas mayat di letakkan dalam sebuah bilik di masjid tersebut. Masjid ini juga mempunyai peralatan-peralatan memasak untuk digunakan oleh penduduk setempat semasa mengadakan kenduri seperti kenduri doa selamat, kenduri kahwin, majlis tahlil dan sebagainya. Antara peralatan yang terdapat di masjid ini ialah 5 buah kawah, 4 buah periuk besar, masing-masing 150 buah pinggan, mangkuk dan gelas.

AKTIVITI MASJID

PENGAJIAN
Pada kebiasaannya, tidak ramai jemaah yang hadir untuk kuliah subuh tetapi sebaliknya untuk kuliah maghrib. Setiap sebulan sekali, AJK masjid akan menjemput penceramah jemputan untuk memberi kuliah maghrib. Seramai 32 orang wanita yang kebanyakkannya suri rumah menyertai kelas pengajian fardhu ain. Kelas ini bermula pada tahun 2000. tidak ramai yang menyertai kelas fardhu ain ini kerana kebanyakkan wanita di kawasan ini bekerja. Di samping itu, seramai 97 orang kanak-kanak iaitu 43 orang lelaki dan 54 orang perempuan menyertai kelas tajwid yang di ajar oleh 2 orang ustaz dan seorang ustazah. Kelas ini diadakan pada setiap hari isnin hingga jumaat pada pukul 3 petang hingga 5 petang.

KHAIRAT
Pada setiap bulan, beberapa wakil akan mengutip duit khairat kematian di kawasan perumahan di kawasan masjid ini. Selain itu, sumbangan untuk anak yatim dan juga janda juga turut di kutip terutamanya menjelang hari raya. Masjid ini juga memberi sumbangan berupa peralatan sekolah seperti beg, baju dan alat tulis kepada anak-anak yatim.

GOTONG-ROYONG
Setiap sebulan atau 2 bulan sekali akan diadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan masjid. Jamuan makan kecil akan disediakan setiap kali diadakan gotong-royong. Makanan tersebut di sumbangkan oleh seorang penduduk yang membuka perniagaan catering makanan. Selain itu, ada juga beberapa orang penduduk yang turut menyumbangkan makanan. Setiap kali gotong-royang diadakan, lebih kurang 80-100 orang yang hadir untuk menyumbangkan tenaga.

HARI KEBESARAN
Setiap kali tibanya hari kebesaran seperti Awal Muharam, ‘Asyura, Nisfu Sya’ban, Maulud Nabi, Nuzul al-Quran dan lain-lain lagi, AJK masjid akan mengadakan sambutan. Surat pekeliling akan dikeluarkan dan diedarkan ke rumah-rumah di kawasan masjid ini. Namun, tidak ramai yang menghadiri sambutan ini.

MASALAH
Tidak ramai penduduk yang datang setiap kali diadakan apa-apa aktiviti memandangkan ramai yang bekerja dan kawasan tersebut juga tidak ramai orang Melayu.

ORGANISASI MASJID AL-FIRDAUS

PENGERUSI
HAJI KAMARUZAMAN BIN HAJI AHMAD

BENDAHARI
ENCIK OTHMAN BIN MD ALI

IMAM / BILAL
HAJI FAZILAH BIN ABDUL RAHMAN

SIAK
ENCIK SYARIFF BIN MUSTAPHA

PENGERUSI
Pengerusi masjid ini, Haji Kamaruzaman Bin Haji Ahmad, telah berkhidmat selama 8 tahun sejak masjid ini ditubuhkan. Beliau ialah seorang pesara tentera yang berumur 62 tahun. Beliau tinggal di Wangsa Maju. Pendapatan sebulannya ialah sebanyak RM 950.

BENDAHARI
Bendahari masjid ini, Encik Othman Bin Md Ali, telah berkhidmat selama 7 tahun. Beliau ialah seorang pesara kerajaan yang berumur 55 tahun dan tinggal di Wangsa Maju. Pendapatannya sebulan ialah sebanyak RM 750. duit yang terkumpul pada bulan Ogos ialah sebanyak RM 825. duit tersebut dikumpul dari derma para jemaah yang datang untuk sembahyang Jumaat.

IMAM / BILAL
Haji Fazilah Bin Abdul Rahman bertugas sebagai imam merangkap bilal di masjid ini. Beliau telah berkhidmat sejak masjid ini ditubuhkan lagi. Beliau berumur 68 tahun dan seorang pesara tentera. Pendapatan sebulannya ialah RM 1350 ( elaun RM 450)

SIAK
Siak masjid ini ialah Encik Syariff Bin Mustapha. Beliau telah berkhidmat selama 5 tahun. Beliau berumur 45 tahun. Pendapatannya sebulan ialah RM 700.

KESIMPULAN

KELEBIHAN MASJID INI
Kelebihan masjid ini ialah menyediakan perkhidmatan memasak makanan untuk kenduri doa selamat, kahwin dan sebagainya. Sebahagian AJK akan membantu jika ada penduduk yang mengadakan kenduri.

CADANGAN
Saya mencadangkan supaya diadakan satu kawasan khas untuk meletakkan kenderaan kerana masjid ini tiada tempat parking. Selain itu, tandas yang bermasalah perlulah dibaiki.

Monday, October 03, 2005

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Nurrusaadah

Oleh: Norshafiza Bt Kelana


AHLI JAWATANKUASA PENTADBIR MASJID

NAZIR
Tuan Hj. Mohd Nuh Bin Abdul Rahman PJK

TIMBALAN NAZIR
Tuan Hj. Samsuri Bin Reta

SETIAUSAHA
En. Shamsul Bahari Bin Thambishah

PENOLONG SETIAUSAHA
En. Zainor Abidin Bin Hassan

BENDAHARI
Kol (B) Hj. Hamdan Bin Jais, KMN, PPT, PJK


PEGAWAI-PEGAWAI MASJID

IMAM
Tuan Hj. Zainudddin Bin Hj. Mohd Taib PJK
Tuan Hj. Sarjat Bin Hj, Ali

BILAL
Tuan Hj. Suratman Bin Hj. Sulaiman

SIAK
Tuan Hj. Said Bin Hj. Mohd Zain

KETUA KAMPUNG
Hj. Razali bin Abu Bakar
Alamat : 310 Lorong 52B, Bukit E Kg Cheras Baru 56100 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-42942354
Usia : 65 tahun
10 tahun berkhidmat sebagai ketua kampung.

NAZIR
Hj. Mohd Nuh Bin Abd Rahman PJK
Alamat : Lot 270 Jalan 49 Kg Cheras Baru 56100 Kuala Lumpur
No. Telefon : 016-3612844
Usia : 64 tahun
14 tahun berkhidmat sebagai nazir masjid
Masalah yang dihadapi adalah kedatangan ahli kariah yang kurang.

SETIAUSAHA
Shamsul Bahari Bin Thambishah
Alamat : 73 Jalan 49 Bukit E Kg Cheras Baru 56100 Kuala Lumpur
No. Telefon : 019-2993991
Pekerjaan : Berniaga sendiri (RM1500. 00)
Usia : 44 tahun
2 tahun berkhidmat sebagai setiausaha masjid.
Aktiviti yang dianjurkan banyak berbentuk kebajikan bagi membentuk insane yang solehah.
Masalah yang dihadapi adalah remaja kurang ke masjid. Pelbagai aktiviti dijalankan bersama pihak sekolah dan belia.

PENOLONG SETIAUSAHA
Hj. Zainor Abidin Bin Hassan
Alamat : Lot 152 Jalan 45 Bukit D Kg Cheras Baru 56100 Kuala Lumpur
No. Telefon : 013-6695367
Pekerjaan : Pesara Kerajaan (RM1000. 00)
Usia : 60 tahun
5 tahun berkhidmat sebagai penolong setiausaha masjid.
Aktiviti yang dianjurkan ialah membantu dalam mengimarahkan masjid dan bersama jawatankuasa membantu nazir dan pegawai masjid dalam aktiviti keagamaan.


BENDAHARI
Kol (B) Hamdan Bin Jais
Alamat : Lot 16 Jalan 41 Kg Cheras Baru 56100 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-42944933
Pekerjaan : Pesara (RM2250. 00)
Usia : 63 tahun
5 tahun berkhidmat sebagai bendahari masjid
Masalah yang dihadapi adalah masalah kewangan dari segi perbelanjaan yang mana kadang-kala melebihi pendapatan.

IMAM
Hj. Zainuddin Bin Mohd Taib
Alamat : Lot 2 Jalan 41 Kg Cheras Baru 56100 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-42947534
Usia : 71 tahun
22 tahun berkhidmat sebagai imam masjid.

Penyata Kira-kira Pada 30 Jun 2005
Masjid Nurrusaadah
Kampung Cheras Baru
Selangor Darul Ehsan

No. Nama A/C Pendapatan (RM) Perbelanjaan (RM)

AM

a. Angka Pembukaan 107, 887. 68
b. Pendapatan Baru 24, 098. 45 29, 006. 06

ANAK YATIM
a. Angka Pembukaan 41, 024. 44
b. Pendapatan Baru 3, 514. 20 4, 500. 00

BIRO KORBAN ATAU AQIQAH
a. Angka Pembukaan 1, 381. 70
b. Pendapatan Baru -

BIRO KUBUR
a. Angka Pembukaan 11, 592. 80
b. Pendapatan Baru -


WAKAF MASJID
a. Angka Pembukaan 971. 57
b. Pendapatan Baru 874. 30 5, 695. 00

HARTA
a. Angka Pembukaan -
b. Pembelian Baru -
c. Susut Nilai Harta


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN ASAS DI MASJID NURRUSAADAH
Terdapat 3 tandas di masjid ini iaitu 1 tandas khas untuk lelaki, 1 tandas khas untuk wanita dan 1 tandas di luar masjid. Terdapat 24 pili air di tempat mengambil air sembahyang wanita manakala di sebelah lelaki, kolah digunakan. Anggaran 3 bilik mandi di sebelah lelaki dan begitu juga di sebelah wanita. Kedua-dua bilik air dan tandas tidak mempunyai sebarang masalah. Trompah wakaf tidak banyak kelihatan, yang jelas kelihatan hanya sepasang atau 2 pasang trompah wakaf bewarna hitam. 2 cermin muka yang agak besar saiznya kelihatan dan ianya terletak di bahagian sembahyang wanita. Di dalam kawasan solat masjid terdapat lebih kurang 8 tabung derma. Di luar iaitu disekeliling kawasan solat masjid terdapat 2 lagi tabung yang dikhaskan untuk anak yatim dan untuk masjid.

Di ruang solat masjid pula, ianya dipenuhi dengan bentangan karpet bewarna biru. Bagi ruang lebihan atau pun ruangan yang digunakan apabila ramai jemaah, tikar akan dihamparkan di bahagian berkenaan. Anggaran jumlah sejadah melebihi 50 helai. Ianya jarang digunakan kerana corak karpet masjid dan digunakan apabila tikar turut digunakan. Kebersihan masjid adalah amat baik kerana kekukuhan organisasi masjid. Bagi penghadang wanita pula, terdapat 9 penghadang bewarna biru. Terdapat lebih kurang 50 pasang telekung wakaf yang di tempatkan di dalam satu almari khas. Masjid ini tidak menyediakan kain pelikat, songkok dan minyak wangi wakaf. Pakaian solat yang disediakan atau pun pakaian solat wakaf adalah bersih dan selesa untuk digunakan.

Bagi bahan bacaan pula, terdapat 9 rak bacaan yang satu daripadanya adalah rak besar. Anggaran jumlah Quran yang ada adalah 100 naskah, Quran terjemahan ialah 25 naskah dan kitab Yasin adalah lebih kurang 120 naskah. Buku-buku ilmiah yang lain tidak diletakkan dirak-rak terbuka. Ianya diletakkan di bilik mesyuarat sebagai pengganti ketiadaan perpustakaan. Keselamatan PA system di masjid adalah terjamin begitu juga dengan bilangan kes kecurian yang berlaku. Ini adalah kerana kawasan masjid terpelihara kerana ahli jawatankuasa masjid sentiasa ada di kawasan masjid. PA system masjid ini adalah dalam proses pembaikan.

Persekitaran masjid juga adalah bersih. Kebanyakan pasu bunga yang ada adalah dari jenis empat segi yang tertanam di atas jalan. Parking yang disediakan adalah cukup banyak untuk menampung jemaah harian, tetapi jika ada sambutan hari kebesaran tepi-tepi jalan sekeliling masjid juga terpaksa digunakan sebagai tempat meletak kenderaan. Terdapat juga parking khas untuk ahli jawatankuasa pentadbir masjid dan pegawai-pegawai masjid. Terdapat beberapa kerusi dipersekitaran masjid dan juga satu pondok kecil. Di laman masjid itu juga terdapat 3 tiang bendera.

Bagi peralatan pengurusan jenazah seperti keranda dan perkakas mayat, di masjid ini sememangnya sudah tertubuh satu badan khas iaitu Badan Khairat Kematian. Kelengkapan lain seperti pinggan, mangkuk, kawah, periuk dan cawan untuk kegunaan, sememangnya ada dan ditempatkan di satu rak khas dan ianya kelihatan kemas, teratur dan bersih.

AKTIVITI-AKTIVITI MASJID
Masjid Nurrusaadah ini sememangnya telah menyediakan jadual untuk pengajian, kuliah selepas maghrib dan subuh serta kelas fardhu ain untuk wanita bagi setiap bulan. Kuliah subuh diadakan setiap pagi Ahad dan kadang-kala pada hari Sabtu manakala ceramah, berzanzi dan tajuid diadakan setiap hari Jumaat, Rabu dan berselangan pada hari Isnin dan Selasa. Masjid ini turut mengadakan bacaan Yasin dan Tahlil pada setiap hari Khamis.

Khairat kematian masjid ini adalah di bawah satu badan berdaftar yang dipanggil Badan Khairat Kematian. Sumbagan untuk anak yatim dan janda adalah daripada sumbangan pusat zakat dan terdapat juga tabung-tabung khas yang disediakan. Bagi pembersihan kubur pula, 2 orang khas ditugaskan untuk menguruskan kubur tersebut.

Bagi aktiviti gotong-royong, ianya adalah satu kemestian bagi masjid ini untuk mengadakan gotong-royong sekurang-kurangnya sekali setahun, Sumbangan makanan sewaktu gotong-royong ini adalah sepenuhnya ditanggung oleh pihak masjid. Kebiasaan bilangan yang ikut serta dalam aktiviti gotong-royong ini adalah kurang daripada 50 orang.

Masjid Nurrusaadah ini menyambut boleh dikatakan kesemua hari kebesaran Islam seperti Awal Muharam, Asyura, Nifsu Sya’ban, Maulud Nabi dan Nuzul Al-Quran. Sambutan Ramadhan di masjid ini juga adalah begitu meriah. Bagi sambutan Hari Raya AidilAdha setiap kali korban, sekurang-kurangnya 10 ekor lembu akan dikorbankan.

Antara masalah yang dihadapi oleh masjid ini ialah kadang-kala apabila ada aktiviti di masjid, kurang jemaah atau kariah yang hadir untuk memakmumkan masjid.

KESIMPULAN
Pada 8hb September 2005, setelah melakukan pelbagai cubaan, saya telah berjaya menghubungi Nazir Masjid Nurrusaadah iaitu Tuan Hj. Mohd Nuh Bin Abdul Rahman PJK. Saya telah dijemput untuk menyertai mesyuarat ahli jawatankuasa yang kebetulan akan diadakan pada malam tersebut. Hal yang paling utama yang diperbincangkan adalah mengenai sambutan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini, hal-hal berbangkit dan pembukaan penyata kira-kira yang saya sediakan. Penyata kira-kira masjid ini akan dibuka 6 bulan sekali.

Antara kelebihan masjid ini adalah walaupun secara luarannya ia adalah sebuah masjid yang sudah tua, tetapi boleh dikatakan masjid ini merangkumi semua aspek. Sama ada dari segi kuliah subuh, kelas tajwid untuk kanak-kanak dan kelas fardhu ain untuk ibu. Tidak cukup dengan itu, masjid ini juga ada menubuhkan badan khas untuk kematian yang dipanggil Badan Khairat Kematian. Mereka juga dalam perancangan dan akan melaksanakan pembelian van mayat. Selain itu, binaan masjid ini juga adalah unik kerana ianya adalah masjid 2 tingkat dan tingkat kedua masjid itu adalah berupa sayap kanan dan sayap kiri. Ini sedikit sebanyak dapat membantu menampung jemaah yang ramai.

Cadangan yang dapat saya berikan adalah cuma agar masjid ini dibaik pulih dan dipercantikkan sahaja. Dari aspek lain, Masjid Nurrusaadah ini adalah masjid yang serba lengkap dan ada terutamanya dari segi organisasi yang mantap.




Monday, October 03, 2005

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Al-Jamiah 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.

Oleh: Zairidzaton Bt Zainal

PENDAHULUAN
Masjid ini ditubuhkan pada 1992. Masjid ini merupakan kemudahan bagi penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini. Masjid ini terletak di tempat yang strategik iaitu di tengah-tengah bandar Kulim. Masjid ini juga terletak bersebelahan Jabatan Agama Islam bagi memudahkan pentadbiran. Masjid ini bukan sahaja digunakan bagi tujuan mengadakan solat berjemaah tetapi juga untuk aktiviti-aktiviti keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul, Ceramah-Ceramah Keagmaan dan Politik, Upacara Pernikahan dan Kematian.

KEMUDAHAN ASAS
Masjid ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti bilik air. Terdapat 2 bilik air iaitu untuk lelaki dan wanita. Bagi setiap bilik air terdapat 7 bilangan mangkuk tandas. Bilangan pili pula sebanyak 20 bagi tujuan mengambil wuduk. Bagi lelaki, kolam wuduk disediakan dan 10pili air sahaja. Bilik mandi pula terdapat 2 bagi setiap bilik air. Terompah wakaf sebanyak 30 pasang. Kemudahan lain seperti cermin muka sebanyak 11 buah dan tabung derma sebanyak 20. Setakat ini tiada masalah bilik air dilaporkan.

Bagi ruang solat pula, karpet telah ditaja oleh sebuah syarikat pengeluaran karpet. Jumlah sejadah pula sebanyak 256 helai dan bilangan ini semakin meningkat kerana disedekah oleh orang ramai. Kain langsir digunakan sebagai pengadang wanita. Telekong wakaf sebanyak 15 dan songkok sebanyak 5. Kebersihan ruang solat dicuci setiap 2 minggu oleh pekerja di sini.

Bahan bacaan juga disediakan. Terdapat 2 buah almari yang muat diisi buku, Al-Quran dan Kitab-kitab. Terdapat 5 buah terjemahan dan 31 buah Al-Quran. Yassin sebanyak 67 buah dan terdapat juga risakah-risalah lain. Masjid ini tidak menyediakan perpustakaan dan hanya terdapat sebuah meja bacaan.

Terdapat juga P. A Sistem. Sebanyak 7 buah speaker dan 3 buah microphone dan 5 buah microphone kecil bagi tujuan aktiviti yang diadakan. Bagi tujuan Keselamatan, ia disimpan dalam almari berkunci. Kerosakan jarang berlaku.

Kawasan persekitaran dipenuhi dengan pokok-pokok bunga. Sebanyak 30 buah pasu bunga. Di perkarangan masjid pula terdapat tempat meletak kereta yang hanya bokeh memuatkan 45 buah kenderaan. Terdapat juga 3 batang tiang bendera dan 213 buah kerusi.

Peralatan lain seperti 5buah keranda dan perkakas lain seperti kereta sorong sebanyak 2, tetapi jarang digunakan kerana ramai yang menggunakaan servis kenderaan jenazah. Tempat mandi mayat sebanyak 2 buah. Di sebelah masjid ini pula terdapat kawasan kubur. Oleh sebab itu, masjid ini menjadi tumpuan penduduk setempat. Untuk majlis kenduri juga, pinggan mangkuk disediakan. Sebanyak 400 buah pinggan mangkuk dan 2 buah periuk besar serta 5 buah periuk sederhana. Manakala terdapat 500 biji cawan disediakan.

AKTIVITI
Masjid ini juga menyediakan aktiviti pengajian seperti Kelas KAFA bagi murid sekolah rendah. Selain itu bagi dewasa, kuliah Maghrib diadakan setiap malam Isnin dan Khamis. Kuliah Subuh pula pada setiap pagi Jumaat. Terdapat juga Kelas Fardhu Ain bagi lelaki dan perenpuan dewasa pada setiap hari Selasa dan Rabu. Kursus Haji pula diadakan pada hari Ahad dan Selasa petang.

Khairat kematian pula dikutip setiap bulan sebanyak RM3 setiap orang. Setakat ini sebanyak RM963 bagi 321 orang yang menyertai. Sumbangan Anak Yatim adalah sebanyak RM150 setiap bulan. Kutipan bagi Janda dan Orang Miskin hanya sekali pada setiap bulan Ramadhan, Syawal dan pada Hari Raya Korban bergantung pada kemampuan orang yang menerima. Upah bagi membersih kubur adalah RM50 setiap bulan.

Bagi Sambutan Hari Kebesaran, biasanya Marhaban dilakukan pada waktu malam dan ceramah yang berkaitan. Pada siangnya, kenduri diadakan seperti kenduri bubur Syura bagi perayaan Assyura, Awal Muharam, Nisfu Syaaban, Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Tarawikh.

Masalah yang biasa dihadapi ialah kekurangan peruntukan kewangan. Sambutan tiada masalah kerana setiap aktiviti semuanya mendapat sambutan hebat.

ORGANISASI

PENGERUSI
Nama:Ustaz Haji Rahman Bin Haji Thaib
Alamat:Taman Desa Impian
Pekerjaan:Penasihat di Jabatan Agama Islam Daerah Kulim
Usia:48 Tahun
Tempoh berkhidmat:7 tahun
Masalah:Tiada
Aktiviti:Mengadakan mesyuarat

IMAM
Nama:Ustaz Ismail Bin Che Ya
Alamat:No:149, Kampung Keladi
Pekerjaan:Pesara
Usia:62
Tempoh berkhidmat:11 tahun
Masalah:Sakit tua
Aktiviti:Mengetuai sembahyang jemaah

SIAK
Nama:Haji Yahya Bin Md Ali
Alamat:No:48 Lorong Bangau, Taman Tunku Putra
Pekerjaan:Guru
Usia:51
Tempoh berkhidmat:8 tahun
Masalah:Tiada

BENDAHARI
Nama:Haji Zainal Bin Abdullah
Alamat:Lot. 148k, Simpang 3 Keladi
Pekerjaan:Polis
Usia:52 tahun
Tempoh berkhidmat:6 tahun
Duit yang terkumpul:RM3025
Aktiviti:Membaik pulih masjid dan peralatan

KESIMPULAN
Masjid yang baru dibina ini sememangnya mendapat sambutan dari orang ramai. Oleh kerana usia yang masih muda, jarang sekali berlaku kerosakan. Masjid ini mampu memuatkan 1000 lebih jemaah kerana masjid ini mempunyai 2 tingkat. Masjid ini dibekalkan juga dengan telefon awam dan gerai. Segala peralatan adalah mencukupi. Oleh kerana kedudukannya yang strategik, ia menjadi persinggahan oleh musafir-musafir.

Namun begitu, dikhuatiri masjid ini tiada barisan pelapis untuk mengganti tempat-tempat dalam organisasi yang kebanyakannya didominasi oleh orang yang sudah berusia lanjut. Selain itu juga, masjid ini memerlukan pekerja yang ramai. Dari segi kewangan pula, dikhuatiri tidak mencukupi jika masjid ini sering kali mengadakan aktiviti dan membaik pulih. Oleh itu, pihak masjid akan berusaha untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri. Pihak masjjid juga akan mengadakan kelas bagi melatih bakat-bakat baru untuk mengganti tempat jika terdapat kemalangan.

Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan terus berkekalan demi melahirkan insan-insan yang berhati mulia dan semoga Agama Islam terus berkembang maju dalam pelbagai aspek.

Monday, October 03, 2005

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Jamek Darul Sakinah

Oleh:Mohd Amirul Adha Bin Rozlan

Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj. Baginda merupakan Tengku Mahkota bagi negeri Johor yang disifatkan sebagai Sultan Berjiwa Rakyat dikalangan penduduk negeri ini.

Masjid ini telah dirasmikan oleh Baginda pada 17 Jamadilawal 1425 Hijrah yang mana bersamaan dengan 24 Jun 2005 Masihi. Pada asalnya, masjid ini dinamakan sebagai Masjid Jamek Kg Seri Belahan Tampok namun setelah dirasmikan oleh Yang Mulia Tengku Mahkota, masjid ini telah diberi nama baru iaitu Masjid Jamek Darul Sakinah.

Masjid ini terletak di Kg Seri Belahan, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor yang merupakan kampung terakhir bagi daerah Batu Pahat dan bersempadan dengan daerah Pontian. Kampung ini seperti kebanyakan kampung lain yang terdapat di negeri Johor iaitu terbahagi kepada 3 jalan kampung yang diberi nama berbeza bagi memudahkan orang luar datang ke kampung kami. Nama tersebut ialah
Kg Seri Belahan Laut
Kg Seri Belahan Tengah
Kg Seri Belahan Darat

Setiap bahagian kampung ini terdapat beberapa buah surau. Bilangan kesemua surau yang sedia ada sebanyak 4 buah surau. Walaupun memiliki 4 buah surau tetapi induk bagi segala aktiviti yang berkaitan perihal keagamaan bagi penduduk kampung kami semuanya tertumpu kepada Masjid Darul Sakinah.

Antara aktiviti paling besar dan menjadi kenangan manis bagi setiap penduduk di sini adalah kesudian Tengku Mahkota Johor datang menziarahi kampung kami sekaligus merasmikan masjid yang baru siap di bina ini. Tengku yang ketika itu di dalam program KEMBARA MAHKOTA JOHOR telah menjadikan masjid kami sebagai salah satu tempat persinggahan baginda untuk menyampaikan bantuan-bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan seperti beca, basikal dan lain-lain lagi. Disamping itu, Tengku juga sempat beramah mesra bersama rakyat jelata sehingga jam 12 malam.

Bilangan penduduk kampung yang semakin bertambah merupakan antara faktor Masjid Darul Sakinah ini dibesarkan agar dapat menampung bilangan jemaah pada satu-satu masa. Ketika dalam pembangunan semula masjid ini, Surau 1 di Kg Seri Belahan Darat telah dijadikan sebagai masjid sementara bagi kesemua urusan seperti setiap kali sembahyang Hari Raya atau Jumaat atau sembahyang lima waktu bagi menunaikan kewajipan mereka.

Pengubahsuaian masjid ini mengambil masa lebih kurang 2 tahun dengan anggaran kos sebanyak RM1. 25 juta. Justeru dengan tersergam indahnya masjid ini, maka ditubuhkan satu organisasi baru agar perjalanan masjid ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sejajar dengan fungsi masjid-masjid lain di luar sana. Ahli-ahli organisasi Masjid Jamek Darul Sakinah ini telah dipilih sendiri oleh penduduk kampung berdasarkan kemampuan mereka memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Ahli-ahli yang dimaksudkan ialah setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa yang lain.

Sebagai masjid utama, banyak aktiviti yang telah dijalankan malahan aktiviti yang bakal dilaksanakan dan masih dalam perbincangan juga pastinya akan tertumpu pada Masjid Jamek Darul Sakinah ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menerusi pengajian dan pendidikan setiap hari , selepas solat fardhu subuh dan maghrib juga diadakan kuliah bagi para jemaah. Kuliah ini boleh diikuti semua jemaah samada lelaki atau perempuan.

Namun begitu keistimewaan jemaah wanita tetap tidak terpinggir kerana masjid ini mengadakan kelas fardhu Ain untuk ibu-ibu yang dianjurkan Biro Hal Ehwal Wanita dengan kerjasama Biro Pendidikan & Dakwah. Kelas Fardhu Ain ini diadakan setiap hari Rabu dan Khamis jam 3. 00 hingga 5. 00 petang. Selain itu, kelas Tajwid juga diadakan bagi golongan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 12 tahun. Kelas ini pula diadakan setiap Jumaat malam Sabtu dan Sabtu malam Ahad selepas menunaikan solat Isyak hingga jam 10. 00 malam.

Selain itu, masjid ini mempunyai sistem Khairat seperti Khairat Kematian. Oleh itu, setiap kali selepas solat Jumaat akan diadakan kutipan derma oleh ahli-ahli kariah masjid kepada para jemaah. Setelah selesai semuanya, duit tersebut akan dikira dan di simpan ke dalam peti khas dan diserahkan kepada bendahari masjid untuk disimpan. Setelah cukup sebulan wang kutipan tersebut akan di keluarkan bertujuan membuat kebaikan dan amal jariah seperti memberi bantuan kepada keluarga miskin yang memerlukan, bantuan persekolahan untuk anak-anak yatim, balu-balu kematian suami yang telah uzur, membersihkan kubur dan juga mengadakan kenduri kesyukuran dan doa keselamatan bagi kesejahteraan hidup sekampung agar sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni bermasyarakat. Jumlah kutipan tersebut boleh mencecah sehingga RM1, 000. 00 hingga RM2, 000. 00 sebulan. Segala aktiviti tersebut dijalankan bersama-sama bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim yang telah sedia terjalin. Seperti kata pepatah “BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH”.

Biro Kebersihan dan Keceriaan juga melaksanakan tugas mereka dengan bergotong-royong. Aktiviti ini diadakan sebulan sekali dan ianya mendapat sambutan dari penduduk kampung tidak kira yang muda dan yang tua turut serta menjayakannya. Kumpulan gotong-royong ini akan dibahagikan beberapa bahagian bagi memastikan semuanya dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menceriakan lagi persekitaran masjid. Selain bahagian membersihkan persekitaran masjid, terdapat juga bahagian penyediaan makanan dan minuman bagi peserta gotong-royong. Ada juga di kalangan penduduk yang bermurah hati menyediakan makanan sendiri bagi menjamu peserta gotong-royong.

Seperti diawal keterangan tadi, Masjid Jamek Darul Sakinah ini akan melaksanakan beberapa hari kebesaran seperti Maulidur Rasul. A’syura, Nisfu Syaaban, Nuzul Quran dan yang terbaru Israk Mikraj. Dalam majlis sebegini, bantuan tenaga daripada penduduk kampung amat diperlukan bagi menjayakan majlis gilang gemilang ini. Setiap kali majlis besar ini diadakan ramai juga penduduk yang bermurah hati menderma kambing atau lembu bagi menjayakan lagi majlis ini. Namun masih terdapat juga masalah dimana sesetengah majlis tersebut tidak mendapat sambutan terutama daripada golongan muda dewasa ini. Peruntukan wang yang terhad juga mengurangkan lagi kemeriahan suasana sesuatu majlis itu berlangsung.

Masjid ini boleh dianggap sempurna kerana terdapat kemudahan asas yang baik. Di masjid ini terdapat 2 bilik air utama iaitu bilik air wanita dan lelaki.

BILIK AIR LELAKI
Dindingnya dicat berwarna biru. Manakala jubinnya turut berwarna biru. Bilik air tersebut mempunyai tandas sebanyak 6 tandas dan 2 bilik mandi. Jumlah pili untuk mengambil wuduk pula 10 batang. Di bilik air ini juga terdapat 3 sinki untuk membasuh tangan tetapi tiada cermin muka disediakan. Selain itu juga trompah wakaf juga turut disediakan bagi pengguna bilik air ini.

BILIK AIR WANITA
Dindingnya dicat berwarna merah jambu (pink). Manakala jubinnya turut berwarna merah jambu (pink). Bilik air tersebut mempunyai tandas sebanyak 6 tandas dan 2 bilik mandi. Jumlah pili untuk mengambil wuduk pula 10 batang. Di bilik air ini juga terdapat 3 sinki untuk membasuh tangan tetapi tiada cermin muka disediakan. Selain itu juga trompah wakaf juga turut disediakan bagi pengguna bilik air ini.

Tabung bagi derma khusus untuk bilik air turut diletakkan di luar pintu bilik air. Selain daripada kemudahan tersebut, terdapat juga masalah yang timbul iaitu gangguan bekalan air yang kerap dihadapi penduduk kampung kami. Ini menyukarkan penduduk kampung untuk menggunalan tandas dan terpaksa pulang ke rumah untuk menunaikan hajat masing-masing.

Bagi ruang solat di dalam masjid disediakan kemudahan karpet bertujuan menggantikan sejadah. Sejadah hanya disediakan untuk kegunaan IMAM sahaja. Namun begitu jika ramai jemaah yang hadir maka tikar mengkuang akan digantikan sebagai sejadah bagi mereka yang bersolat di luar masjid seperti di kaki-kaki lima masjid seperti ketika menunaikan solat Hari Raya setiap tahun. Manakala ¼ daripada masjid ini digunakan sebagai tempat jemaah bagi kaum wanita pula. Papan pengadang wanita digunakan sebagai perantara bagi jemaah lelaki dan wanita. Di masjid ini tidak disediakan kain pelikat wakaf lelaki tetapi disediakan kain telekung wakaf. Kebersihan pakaian solat ini terjamin kebersihannya kerana ianya dibasuh oleh siak masjid yang dipertanggungjawabkan.

Menurut perancangan ahli kariah masjid, minyak wangi dan songkok akan diwakafkan untuk kegunaan jemaah tidak lama lagi. Selain itu, terdapat juga beberapa kabinet yang sederhana besarnya bertujuan meletakkan bahan bacaan seperti Al-Quran untuk kegunaan jemaah yang hadir. Sebagai permulaan, bahan-bahan bacaan yang terdapat di masjid ini ialah terdiri daripada Al-Quran dan Terjemahannya dan kitab suci YASSIN. Tetapi pada masa akan datang akan bertambah bahan bacaan berunsurkan keagamaan seperti majalah dan risalah-risalah. Jumlah Al-Quran yang terdapat di sini ialah 150 buah kitab, manakala Al-Quran dan Terjemahannya pula terdapat 100 buah dan juga kitab surah Yassin sebanyak 250 buah kitab.

Di masjid ini juga terdapat ‘sound’ kira-kira 10 buah dan pembesar suara atau ‘speaker’ termasuk di menara masjid ialah sebanyak 10 buah juga. Manakala mikropon pula terdapat 5 biji sahaja yang di gunakan setiap kali khutbah jumaat dan majlis-majlis tertentu. Terdapat juga kerosakan yang dihadapi oleh P. A sistem ini ialah kesilapan sewaktu penyambungan wayar sehingga menjejaskan fungsi pembesar suara itu sendiri. Tetapi keselamatan P. A ini terjamin kerana sehingga kini belum ada berlaku kecurian ataupun rompakan.

Persekitaran masjid ini dihiasi indah dengan susunan landskap yang teratur dan cantik. Pasu bunga yang digunakan sebanyak 30 buah bagi menghiasi persekitaran masjid dan selebihnya di tanam terus ke tanah.

Tempat meletak kenderaan di kawasan masjid ini boleh dikatakan luas. akan tetapi hanya tempat meletak motosikal sahaja yang disediakan bumbung atau garaj. Ini kerana penduduk kampung lebih selesa menunggang motosikal untuk ke masjid.

Di masjid ini disediakan 2 bilik khas iaitu Pejabat Pentadbiran masjid dan Bilik Tetamu (bagi penceramah-penceramah undangan atau tetamu luar). Pasti tetamu atau sesiapa sahaja akan rasa selesa dengan bilik-bilik berkenaan kerana dijaga dengan baik. Manakala peralatan untuk kenduri kendara atau bergotong-royong seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, kawah, cawan dan lain-lain di simpan di stor barangan yang disediakan. Barangan-barangan tersebut biasanya dipinjam oleh penduduk kampung bagi yang ingin mengadakan kenduri kahwin atau kenduri-kendara di rumah mereka. Tiada bayaran dikenakan kecuali khemah dan kayu api. Peralatan seperti keranda, perkakasan mayat disediakan di Surau 1 kerana surau tersebut lebih dekat dengan tanah perkuburan lantas memudahkan waris simati dan penduduk kampung menyempurnakan jenazah simati.

Bersempena bulan Kemerdekaan , masjid ini tidak ketinggalan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera-bendera dari negeri lain. Sebanyak 14 tiang bendera dipacakkan di kawasan luar pagar masjid bagi menceriakan lagi suasana masjid. Pada setiap pagar pula, diletakkan lampu-lampu berbagai warna yang berupaya menerangi laluan masuk serta kawasan masjid. Jumlah lampu-lampu tersebut adalah lebih kurang 12 buah lampu.
Kelebihan masjid ini ialah dapat memuatkan sehingga 1500 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Saya sebagai salah seorang anak jati kampung ini mencadangkan agar masjid ini menyediakan sebuah kelas tadika berunsurkan Islam seperti Taski untuk anak-anak kecil sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan sebenar. Saya juga berharap agar pihak masjid lebih menitik beratkan kebersihan bilik air dan tempat mengambil wuduk kerana kelihatan kotor dengan tanah liat dan pasir serta tahi-tahi cicak yang bertaburan di sana sini. Akhir sekali saya berharap serikanlah lagi masjid ini dengan aktiviti keagamaan dan semoga anak-anak muda kampung dapat bersama-sama menyertai setiap aktiviti yang diadakan.


Monday, October 03, 2005