Thursday, April 10, 2008

Kajian Pengurusan Masjid Negeri Perlis

PENDAHULUAN

1.1 Mukadimah.

Menerusi bab ini penyelidik akan membicarakan beberapa tajuk berhubung dengan penyelidikan ini seperti latar belakang kepada permasalahan kajian ini, pengertian tajuk, skop kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, metodologi penyelidikan serta definisi terma / konsep dalam objektif dan kesimpulan.

1.2 Latar Belakang Masalah.

Jika dibandingkan dengan institusi-institusi lain, didapati institusi masjid seolah-olah agak ketinggalan. Amnya masjid hanyalah dijadikan tempat solat oleh segelintir jemaah yang terlalu rendah peratusan kehadirannya berbanding dengan jumlah anak-anak kariah. Fungsi masjid sebagai tempat solat perlu dihakis daripada tanggapan masyarakat umum. Oleh itu suatu sistem pentadbiran dan pengurusan masjid yang efektif dan efisyen perlu diwujudkan bagi mengembalikan peranan masjid sebagai pusat kegiatan ilmu, dakwah, bimbingan, ukhuwah, penyatuan ummah dan sebagainya.

Selama ini masjid tidak diperkenalkan dengan suatu bentuk sistem pentadbiran dan pengurusan yang tersusun dan bersistematik. Pengamalan sistem urusan pentadbiran hanya dilaksanakan secara tradisional tanpa melakukan sebarang pindaan atau perubahan. Perubahan semata-mata berlaku dari segi bangunan dan segala kelengkapan prasarana sahaja telah menyebabkan fungsi institusi masjid tidak berkembang. (Sidi Gazalba, 1975 : 323).

Maka wajarlah sesebuah masjid ditadbir dan diurus secara teratur oleh yang berkelayakkan berdasarkan kepada hadith Rasulullah (s.a.w) yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah seperti berikut : Daripada Abu Hurairah (r.a) telah berkata : Seorang Arab Badwi telah bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) berhubung dengan hari kiamat, dan Rasulullah (s.a.w) pun memberitahukan kepadanya : “Apabila amanah itu telah dikhianati maka tunggulah hari kiamat”Arab Badwi itu bertanya lagi : “Bagaimana amanah itu dikhianati?”Jawap baginda (s.a.w) : “Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat”. (Hadith riwayat al-Bukhari).

Hadith ini menjelaskan bahawa segala urusan perlulah diserahkan kepada mereka yang benar-benar berkebolehan dalam urusan itu untuk mengelakkan bencana kemusnahan yang akan menimpa.

Ini kerana tugas seorang pengurus adalah bertanggung jawab untuk merancang, membentuk polisi, strategi, mengkoordinasi dan mengawal segala gerak kerja organisasi supaya objektif organisasi berkenaan tercapai (al-Habshi, 1989 : 65). Sekiranya tugas yang sebegini berat diserahkan kepada yang tidak berkebolehan sudah pasti objektif organisasi tersebut tidak tercapai.

Pada umumya tidak terdapat nas-nas al-Quran mahupun al-Hadith secara langsung menuntut supaya diwujudkan suatu sistem tertentu untuk mentadbir dan mengurus masjid. Walau pun begitu telah menjadi suatu tanggung jawab ke atas umat Islam untuk memperbaiki segala kelemahan yang wujud seterusnya memikirkan bagaimanakah institusi masjid ini boleh dimakmurkan semula.

Pelbagai kajian telah dilakukan untuk memastikan masjid kembali berfungsi sebagai pusat ibadah dan kebudayaan Islam. Zainal Abidin Jamaris telah membuat kajian di Sumatera Utara untuk menyatu padukan antara masjid-masjid. Menurut beliau bagi mencapai objektif berkenaan perlulah diwujudkan pengurusan dakwah yang cekap dan bersistematik bagi sesebuah masjid, menerusi cita-cita ini beliau telah mewujudkan suatu metodologi yang diistilahkan sebagai “persaudaraan masjid”. Melalui kaeadah ini suatu sistem pengurusan yang bertanggung jawab ke atas usaha-usaha dakwah ke setiap buah masjid telah diwujudkan. (1986 : 18).

Selain daripada itu segala objektif yang diinginkan perlulah mendapat sokongan dan kerjasama sepenuhnya dari anggota-anggota organisasi dan masyarakat. (Sidi Gazalba, 1975 : 326).

Sementara itu suatu kajian yang telah dilakukan di negeri Perlis ada menyatakan tentang wujudnya pentadbiran dan pengurusan masjid di seluruh negeri Perlis. Walau bagaimana pun kajian tersebut tidak menjelaskan tentang kaedah-kaedah atau metodologi-metodologi yang diamalkan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan masjid. Sebaliknya kajian tersebut lebih terarah kepada aspek-aspek asas pengurusan pengimarahan masjid. (Idris, 1998 : 35).

Kesimpulannya terdapat kajian-kajian lalu yang menyentuh peranan masjid dan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh umat Islam untuk mengembalikan semula fungsi institusi masjid. Walau bagaimanapun ianya masih diperingkat awal dan tetap memerlukan suatu usaha pengorbanan yang besar untuk memastikan institusi masjid kembali kepada kedudukan dan fungsinya yang sebenar.

1.3 Pengertian Tajuk.

Untuk menjamin penyelidikan ini mudah difahami beberapa perkataan yang terkandung dalam tajuk “Pengurusan Masjid Negeri Perlis : Suatu Tinjaun” perlu didefinisikan terlebih dahulu. Perkataan-perkataan tersebut adalah “pengurusan”dan “masjid”.

Pengurusan : Perkataan “pengurusan” dari segi etimologinya adalah berasal daripada perkataan “urus” yang bererti “menyelenggarakan sesuatu dengan baik atau secara teratur”. Apabila penggunaan imbuhan “peng” dan “an” digunakan pada perkataan “urus” ia bereti “perihal (kerja dan sebagainya) mengurus (syarikat, badan perniagaan dan lain-lain). (Kamus Dewan, 1997 : 1529).

Manakala perkataan “pengurusan” secara terminologinya sehingga kini tiada suatu pun definisi tentang “pengurusan” telah disepakati oleh ahli-ahli pengurusan. Oleh itu penyelidik telah mengambil inisiatif untuk memilih beberapa definisi tentang “pengurusan” yang dirasakan dapat membantu memahami kajian ini. Berikut adalah definisi-definisi tersebut :

1. Mary Parker Follet mendefinisikan “ pengurusan ” sebagai “seni melakukan perkara-perkara tertentu melalui orang lain”. (James A.F. Stoner dan Charles Wankel, 1994 : 4).
2. “Pengurusan” didefinisikan oleh Taji (sarjana India) sebagai “melaksanakan perintah dan menyelaraskan kegiatan bersama kelompok”. (Mustafa Hj Daud,1994 : 2).
3. Muhammad A. al-Buraey mendefinisikan “pengurusan” pula sebagai “menyelaraskan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain”. (Ibid).
4. I.D. White pula menyatakan “pengurusan” ialah “menyelaraskan tenaga kerja untuk mencapai matlamat negara”. (Ibid).

Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut di atas bolehlah disimpulkan bahawa perkataan “pengurusan” bermaksud “ suatu usaha atau proses mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi, merancang dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi (kewangan, masyarakat dan lain-lain) bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang ditetapkan.

Masjid : Secara etimologi perkataan “masjid” adalah berasal daripada bahasa Arab yang diambil dari kata pokoknya iaitu “sajada”, “yasjudu” dan “sujudan” bererti “hal atau keadaan meletakkan dahi ke bumi”. Apabila dimasukkan huruf “mim” pada permulaan perkataan tersebut ia berubah menjadi nama tempat. Oleh itu perkataan “masjid” bererti sebagai tempat untuk sujud ataupun sebagai tempat melakukan ibadah”. (Ibn Manzur, Tanpa tarikh : 204).

Menurut “Kamus Dewan” perkataan “masjid” amnya telah diistilahkan kepada “bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat jumaat dan ibadah-ibadah lain”. (Kamus Dewan, 1997 : 864).

Sidi Gazalba pula telah mendefinisikan perkataan ”masjid” secara terminologi sebagai “pusat ibadah dan kebudayaan Islam”. (Sidi Gazalba, 1975 : 116).

Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut di atas perkataan masjid boleh diertikan sebagai “bangunan khas tempat umat Islam melakukan ibadah-ibadah keagamaan serta menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan Islam”.

Kesimpulannya tajuk “Pengurusan Masjid Negeri Perlis : Suatu Tinjauan” bererti “suatu usaha untuk mengkaji, meneliti dan menilai apakah kaedah atau metodologi yang digunakan oleh sesebuah masjid di dalam usaha mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi, merancang dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi (kewangan, masyarakat dan lain-lain) dan sejauhmanakah keberkesanannya dalam mencapai matlamat pengimarahan masjid dari segi kerohanian dan kebudayaan Islam”.

1.4 Skop Kajian.

Ruang lingkup kajian adalah seluruh masjid di Negeri Perlis, dan untuk memastikan kajian ini lebih menjurus dan terarah serta mencapai matlamatnya penyelidik telah membahagikan kajian ini kepada enam aspek pengurusan :

1.4.1 Pengurusan Kepegawaian.

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah kaedah yang digunakan untuk memilih, melantik dan mengorganisasikan ahli jawatan kuasa bagi sesebuah masjid, di samping itu cuba mengenal pasti tugas-tugas dan tanggung jawab pegawai-pegawai masjid sebenarnya serta masalah-masalah yang berlaku dalam sistem pentadbiran sesebuah masjid.

1.4.2 Pengurusan Kebersihan.

Hampir kebanyakkan masjid menghadapi masalah kebersihan terutamanya tandas yang kotor dan harta benda masjid tidak disusun dengan teratur. Melalui kajian ini segala punca masalah akan dapat dikenal pasti.

1.4.3 Pengurusan Waktu.

Dewasa ini kita dapati sebahagian daripada masjid gagal berfungsi sebagai pusat kebudayaan bagi masyarakat setempat hasil kegagalan pihak pengurusan masjid memanfaatkan waktu-waktu yang terluang. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah tersebut.

1.4.4 Pengurusan Kewangan.

Hasil daripada sistem pengurusan kewangan yang lemah hampir kebanyakkan masjid gagal menjana program-program pengimarahan serta pembangunan dari pelbagai aspek. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimanakah pihak pentadbiran sesebuah masjid menguruskan tabung kewangan mereka samada dari segi pengurusan sumber kewangan atau pun perbelanjaannya serta mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku dalam hal ini.

1.4.5 Pengurusan Perkaderan.

Sehingga kini pihak masjid tidak pernah merancang untuk membimbing dan melatih bakal-bakal peneraju masjid pada masa akan datang, hal ini telah menyebabkan hampir keseluruhan masjid diterajui oleh golongan yang tidak berkebolehan. Sewajarnya kajian ini dilakukan agar segala masalah dapat dikenal pasti.

1.4.6 Pengurusan Kemudahan Asas.

Kajian tentang pengurusan kemudahan asas berhubung dengan beberapa masalah yang dihadapi oleh jemaah masjid iaitu dari segi tempat berwuduk, bilik mandi, tandas, bilik persalinan pakaian, bilik penginapan sementara untuk musafir, ruang sembahyang dan sebagainya sewajarnya dilakukan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku dalam hal ini.

1.5 Pernyataan Masalah.

Kajian lalu mendapati bahawa jabatan Agama Islam Negeri Perlis telah pun mempunyai satu struktur pengurusan masjid untuk seluruh negeri Perlis. Walau bagaimana pun tidak diketahui apakah kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk mentadbir dan menguruskan masjid. Apa yang jelas ialah jawatan kuasa pengurusan masjid adalah terdiri daripada mereka yang dilantik oleh ahli kariah. Perkara yang menjadi masalah ialah pemilihan jawatan kuasa adalah lebih cenderung kepada memilih calon-calon tertentu sahaja. (Idris, 1998 : 18). Pada hal calon-calon yang dipilih adalah mereka yang berkelulusan rendah berdasarkan kepada kajian tersebut mendapati tahap pencapaian akademik 58.6 % daripada para imam dan ahli jawatan kuasa masjid adalah setakat darjah enam. (Ibid : 22).

Kajian tersebut juga mendapati pihak jabatan Agama Islam Negeri Perlis menghadapi masalah pentadbiran khususnya mengenai kawalan orang bawahan (Idris, 1998 : 20). Tanpa pengawalan yang rapi, apa-apa penyelewengan yang berlaku mungkin tidak dapat dikesan. Ini tentulah amat berbahaya kerana dalam segala proses bermatlamat penyelewengan adalah pembaziran yang merugikan dan akhirnya mungkin menjejaskan matlamat (Abdul Rahim Said, 1986 : 6).

Daripada kenyataan di atas jelas memberi gambaran kepada kita bahawa sewajarnya suatu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan metodologi yang digunakan untuk mentadbir dan mengurus masjid-masjid di negeri Perlis.

1.6 Kepentingan Kajian.

Walau pun ada pihak yang mendakwa bahawa pengurusan masjid yang ada sekarang telah ditadbir dan diurus dengan begitu baik namun belum ada kajian dibuat untuk meninjau sejauh manakah keberkesanan pengurusan berkenaan.

Kegagalan institusi masjid memainkan peranan sebagai pendidik dan pembimbing kepada masyarakat sekeliling telah menjadi salah satu daripada punca-punca kerutuhan sosial di kalangan masyarakat. Sesungguhnya Allah telah memberi amaran kepada umat manusia keseluruhannya berdasarkan firmanNya yang bermaksud :

Terjemahan: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan hanya akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksaNya. (al-Anfal, 8 : 25).

Peringatan Allah ini merupakan galakkan kepada orang-orang beriman supaya sentiasa bergerak cergas mengatasi masalah-masalah umat Islam keseluruhannnya. Oleh itu usaha mengkaji, menyelidik dan menilai semula sistem pengurusan masjid wajar dilaksanakan untuk mengembalikan fungsi institusi masjid ke kedudukan asalnya sebagai pusat pembangunan spiritual dan jasmani demi keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

Untuk menarik minat masyarakat setempat khasnya dan umum supaya sentiasa mendampingi masjid akan berhasil sekiranya usaha-usaha pengimarahan masjid dilaksanakan secara terancang dan teratur.

Oleh itu kajian seumpama ini wajar dilakukan untuk memberi penilaian semula terhadap sistem-sistem pentadbiran yang diguna pakai oleh pihak-pihak pentadbiran masjid seterusnya cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat pada sistem tersebut serta cuba menemukan suatu sistem pentadbiran dan pengurusan yang benar-benar berkesan yang boleh dijadikan panduan oleh semua masjid di negeri Perlis khasnya dan di seluruh Malaysia amnya.

1.7 Objektif Kajian.

Berdasarkan kepada beberapa kenyataan yang tersebut di atas, objektif dan tujuan kajian ini adalah untuk :
1.7.1 Mengenal pasti kaedah dan struktur pengurusan masjid.
1.7.2 Mengenal pasti masalah dalam pengurusan masjid.
1.7.3 Mengenal pasti kaedah penyelesaian dalam pengurusan masjid.

1.8 Metedologi Penyelidikan.

Dalam usaha mengkaji, menyelidik, menyusun, menulis dan menyiapkan kajian ini, penyelidik akan menggunakan dua asas penyelidikkan berikut iaitu penyelidikkan kepustakaan (library research) dan penyelidikkan lapangan (field research). Melalui dua asas utama tersebut, penulis akan menggunakan metod-metod berikut bagi tujuan menyiapkan kajian ini.

1.8.1 Metod dokumentasi.

Menerusi penyelidikkan kepustakaan penyelidik telah menggunakan metod ini untuk mendapatkan data-data yang releven. Cara penyelidikkan ini digunakan kerana sebahagian data-data adalah berbentuk dokumentasi seperti buku, majalah, jurnal dan sebagainya, terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan masjid.

Penyelidikan cara ini digunakan diperingkat awal kajian sebagai pembuka gambaran tentang isi tajuk dan sumber-sumber rujukkan yang releven. Metod ini juga digunakan untuk mengkaji hasil-hasil penulisan terdahulu yang mempunyai kaitan dengan kajian ini sebagai pembuka jalan bagi penyelidik mendapat gambaran awal terhadap permasalahan kajian.

Amnya penyelidikkan perpustakaan ini hanya menyediakan maklumat-maklumat yang berbentuk teori bagi kerangka teoritik tajuk kajian penyelidik.

1.8.2 Metod penentuan subjek

Bagi melengkapkan lagi kajian dan penyelidikkan, penyelidik akan menggunakan cara kedua yang dikenali sebagai kajian lapangan. Dalam rangka penyelidikkan ini penyelidik telah memilih tiga metod utama sebagai landasan menyiapkan kajian ini. Metod-metod tersebut ialah metod penentuan subjek.

Menerusi metod ini penyelidik telah menentukan subjek penyelidikkan bagi memudahkan kajian supaya tidak terlalu luas skopnya dan lebih terarah. Kawasan tertentu telah dipilih sebagai subjek penelitian. Penyelidik telah memilih negeri Perlis yang terletak di Utara Malaysia sebagai subjek kajian.


1.8.3 Metod pengumpulan data

Tujuan metod ini digunakan adalah untuk memperolehi maklumat-maklumat tepat, konkrit dan bernilai dari aspek objektivasi dan validitasinya. Menerusi metod ini penyelidik akan menggunakan beberapa metod untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan, antaranya ialah :

Metod wawancara ; Kaedah ini merupakan usaha untuk mendapatkan keterangan secara lisan dari responden atau infomer.

Metod soal selidik ; Melalui metod ini satu daftar berisi soalan-soalan yang perlu dijawab oleh responden akan disediakan oleh penyelidik. Solan-solan yang telah dijawab akan dianalisis oleh penyelidik.

1.8.4 Metod analisis data.

Metod ini merupakan metod terakhir yang digunakan dalam kajian ini setelah semua data-data berjaya dikumpulkan. Penyelidik akan menganalisis dan melihat hubung kait antara fakta-fakta, menginterpretasi data dan seterusnya membuat kesimpulan dan saranan sebagai hasil penemuan kajian.

Akhirnya penyelidik berharap metod-metod tersebut di atas benar-benar dapat membantu penyelidik mencapai tujuan dan objektif kajian ini.

1.9 Definisi Terma / Konsep Dalam Objektif.

Berikut adalah beberapa istilah penggunaan bahasa yang akan digunakan dalam penulisan kajian ini :

1.9.1 Masjid.

Masjid ertinya tempat sujud. Iaitu tempat umat Islam mengerjakan solat, zikir kepada Allah (s.w.t) dan untuk hal-hal yang berhubungan dengan dakwah Islamiyah.

1.9.2 Kariah.

Berasal daripada bahasa Arab bermaksud kampung. Dalam konteks ini bererti satu kawasan semua penduduk yang tinggal dalam kariah itu dikehendaki bersembahyang jumaat dalam kariahnya dan tidak boleh bersembahyang jumaat di kariah lain sekiranya bilangan penduduk yang layak bersembahyang berjumlah empat puluh orang sahaja.

1.9.3 Anak kariah.

Seseorang yang tetap duduk atau yang lazimnya duduk di dalam mana-mana satu kariah masjid.


1.9.4 Jawatan kuasa masjid.

Beberapa orang yang dilantik oleh ahli kariah kemudian dipersetujui oleh jabatan Agama Islam. Ia terdiri daripada jawatan-jawatan pengerusi, imam, penolong imam, setiausaha, bendahari, bilal, siak, penjaga kawasan dan beberapa orang lain sebagai ahli jawatan kuasa biasa.

1.9.5 Pegawai masjid.

Pengerusi, imam, khatib, dan bilal bagi sesebuah masjid jika ada pada ketika itu.

1.9.6 Bilal.

Mereka yang dilantik sebagai tukang azan.

1.9.7 Siak.

Orang yang ditugaskan menjaga kebersihan masjid, tandas dan lain-lain tugas.

1.9.8 Mengimarah.

Memakmurkan masjid dengan sembahyang lima waktu dan segala aktiviti yang boleh membawa kebajikan kepada umat Islam.
1.9.9 Pegawai takmir.

Mereka yang dilantik oleh jabatan Agama Islam bagi menyelaras kelas-kelas takmir masjid.

1.9.10 Temubual.

Mereka yang diajukan dengan soalan-soalan khas bagi mendapatkan maklumat tambahan selain daripada kertas soal selidik.

1.9.11 Responden.

Individu yang dipilih secara rawak terdiri daripada ahli jawatan kuasa masjid, pegawai jabatan Agama Islam Perlis, ahli kariah lelaki dan wanita.

1.9.12 Populasi.

Semua ahli jawatan kuasa atau pegawai-pegawai masjid negeri Perlis.

1.9.13 Sampel.

Kumpulan unsur populasi yang terpilih untuk pengukuran atau pemerhatian.

1.10 Kesimpulan.

Kegagalan institusi masjid memainkan peranan sebagai pendidik dan pembimbing kepada masyarakat sekeliling telah menjadi salah satu daripada punca-punca kerutuhan sosial di kalangan masyarakat. Sehingga kini pelbagai perbincangan dan persoalan telah dikemukakan berhubung dengan kegagalan istitusi masjid membendung gejala sosial seterusnya membentuk suatu generasi yang seimbang dari segi rohani dan material.

Sesungguhnya kajian ini cuba mengesan di antara punca-punca yang menyebabkan institusi masjid gagal melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya sebagai pusat pembangunan rohani dan jasmani. Dan adalah sukar bagi penyelidik untuk mengkaji dan menilai semua perkara yang menjadi penyebab kepada institusi ini gagal melaksankankan tugasnya dalam membentuk masyarakat persekitaran ke arah suatu kehidupan yang lebih bermakna.

Berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman lalu, amnya kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi itu adalah bergantung kepada sistem-sistem atau kaedah-kaedah yang digunakan serta yang diamalkan secara tersusun dan teratur.

Oleh itu kajian ini lebih menjurus untuk memberi penilaian semula terhadap sistem-sistem pentadbiran yang diguna pakai oleh pihak-pihak pentadbiran masjid seterusnya cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat pada sistem tersebut serta cuba menemukan suatu sistem pentadbiran dan pengurusan yang benar-benar berkesan yang boleh dijadikan panduan oleh semua masjid di negeri Perlis khasnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Hakikatnya kajian ini masih lagi berada diperingkat permulaan dan kejayaan kajian ini adalah bergantung kepada segala kerjasama yang akan diperolehi daripada pihak-pihak yang terlibat.


KONSEP PENGURUSAN MASJID

2.1 Pengenalan

Menerusi bab ini penyelidik akan cuba memperjelaskan tentang konsep pengurusan dan pentadbiran masjid secara amnya berdasarkan kepada al-Quran dan al-Hadith Rasulullah (s.a.w).

2.2 Pengurusan Kepegawaian.

Umat Islam dituntut supaya sentiasa bergerak dan berkerja dalam bentuk berjamaah. Oleh itu suatu penubuhan organisasi untuk menguruskan dan memelihara hal ehwal umat Islam adalah menjadi suatu kewajipan ke atas umat Islam tidak kira di mana juga mereka berada berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad (s.a.w) yang telah diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri (r.a) yang bermaksud :

Terjemahan: Bahawasanya Rasulullah (s.a.w) telah bersabda : “Apabila tiga orang keluar rumah untuk suatu perjalanan, maka hendaklah salah seorang di antara mereka dilantik sebagai ketua rombongan yang mengurusi hal mereka”. (Abu Daud, 1992, jil . 3 : 350).

Kepentingan wujudnya sesebuah organisasi berdasarkan kepada hadith tersebut di atas adalah bertujuan untuk menyatupadukan segala usaha dan tindakkan seterusnya memberi kekuatan dan kejayaan kepada umat Islam. Dan organisasi ini mestilah ditadbir dan diuruskan berdasarkan kepada prinsip-prinsip pengurusan yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.

2.2.1 Asas Pengurusan Dan Pentadbiran Islam.

Tidak terdapat sebarang nas daripada al-Quran mahupun al-Hadith yang menjelaskan tentang suatu sistem pentadbiran yang mesti dipatuhi oleh umat Islam, sebaliknya Islam telah menggalakkan umat Islam mewujudkan sebuah organisasi untuk mentadbir dan mengurus segala urusan mereka serta memberikan garis kasar tentang konsep-konsep atau prinsip-prinsip yang mesti dipatuhi oleh umat Islam di dalam melaksanakan sesuatu sistem pentadbiran. Prinsip-prinsip tersebut ialah :

2.2.1.1 Kepatuhan Kepada Allah Dan RasulNya.

Asas pentadbiran Islam ialah keimanan dan tunduk kepada peraturan Allah s.w.t. seperti mana firmanNya;

Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (al-Imran, 3 : 32).

Ayat tersebut menjelaskan bahawa segala perkerjaan yang dilaksanakan oleh umat Islam samada yang memimpin atau yang dipimpin hendaklah didasarkan kepada perintah al-Quran dan al-Sunnah.

Menerusi konsep ini akan lahir pentadbir, pengurus, pekerja dan masyarakat yang melaksanakan tugas-tugas mereka kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan apa-apa kepentingan duniawi sejajar dengan firman Allah ta’ala yang bermaksud :

Terjemahan: Dan tidak diperintahkan melainkan supaya beribadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan. (al-Bayyinah, 98 : 5).

2.2.1.2 Syura (Permusyuaratan).

Syura merupakan suatu proses perbincangan, perundingan atau permusyuaratan bagi mencapai permuafakatan dan persetujuan dalam membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu polisi dan agenda tindakkan. Sistem syura ini bertujuan untuk mendapatkan suatu keputusan yang terbaik hasil daripada pandangan dan pendapat daripada pelbagai pihak. Sesungguhnya Allah ta’ala telah memerintahkan hal ini di dalam firmanNya;

Terjemahan: Dan urusan mereka hendaklah diputuskan dengan bermusyuarat sesama mereka. (Syura, 42 : 38).


Terjemahan: Dan bermusyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. (al-Imran, 3: 159).

2.2.1.3 Persamaan (al-musawah).

Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks pentadbiran dan pengurusan adalah mengenai kedudukan setiap pentadbir atau pengurus di sisi undang-undang atau peraturan, dalam hak-hak asasi, pada taraf dan status kemanusiaan adalah sama berdasarkan kepada firman Allah ta’ala;

Terjemahan: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (al-Hujurat, 49 : 10)

Dan juga firmaNya yang lain;

Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat, 49 : 13).

2.2.1.4 Keadilan.

Perintah supaya menegakkan keadilan dalam masyarakat terkandung dalam beberapa pengertian ayat al-Quran seperti firmanNya;

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (al-Nisa’, 4 : 58).

Seterusnya firman Allah yang lain;

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan. (al-Nahl, 16 : 90).

2.2.1.5 Kebebasan.

Kebebasan yang dimaksudkan ialah seseorang individu itu diberi hak, peluang dan pilihan untuk beragama sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah ta’ala di dalam firmanNya;

Terjemahan: Tiada paksaan dalam beragama (memeluk agama Islam). (al-Baqarah, 2 : 256).

Seterusnya setiap individu itu diberi hak kebebasan untuk berfikir dan menyatakan pendapat masing-masing berdasarkan kepada firman Allah ta’ala;

Terjemahan: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (al-Imran, 3 : 104).

Selain daripada itu individu-individu masyarakat juga diberi kebebasan untuk memiliki dan mengumpul harta kekayaan melalui kaedah yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah ta’ala menerusi firmanNya;

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (al-Nisa’, 4 : 29).

Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut di atas kebebasan yang dimaksudkan ialah seseorang individu masyarakat diberi hak, peluang dan pilihan untuk beragama, berfikir, bersuara, memiliki harta, menuntut ilmu, bergerak dan sebagainya mengikut batas-batas undang-undang yang telah ditetapkan.

2.2.2 Ciri-Ciri Utama Pegawai.

Selain daripada prinsip-prinsip dasar ini Islam juga telah menggariskan beberapa keriteria-keriteria dasar yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang bertanggung jawab untuk mentadbir dan mengurus. Kriteria-kriteria tersebut ialah:
2.2.2.1 Berilmu Pengetahuan.

Seorang pengurus hendaklah mempunyai ilmu pengurusan. Jawatankuasa masjid mesti mempunyai ilmu pengurusan jika inginkan masjid terurus dengan baik. Sesungguhnya tidak sama masjid yang diuruskan oleh mereka yang kurang berpengetahuan dengan yang mempunyai pengetahuan pengurusan. Hal ini dapat diambil iktibar berdasarkan firman Allah s.w.t.;

Terjemahan: Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ?”. (al-Zumar, 39 : 9).

Dan firman Allah ta’ala lagi di dalam menjelaskan ketinggian kedudukan orang yang berilmu berbanding dengan yang lain;

Terjemahan: ....Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (al-Mujadilah, 58 : 11).

Oleh itu menurut pandangan Dr. Sidi Gazalba orang yang paling berhak untuk menjadi imam (pemimpin) itu adalah yang paling mendalam ilmu pengetahuannya dan memiliki sifat-sifat yang terbaik. (Sidi Gazalba, 1975 : 178).

2.2.2.2 Amanah.

Amanah adalah sifat yang penting menjamin pengurusan masjid berjalan dengan baik. Tanpa amanah institusi masjid tidak akan mencapai objektif seperti yang dikehendaki dalam Islam. Firman Allah s.w.t.;

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diberi kepercayaan kepada kamu, sedang kamu mengetahui. (al-Anfal, 8 : 27).

Sebuah hadith yang telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik (r.a) bahawasanya Rasulullah (s.a.w) telah bersabda :

Terjemahan: Tidak ada iman bagi seseorang yang tidak amanah. (Imam Ahmad, 1994, jil. 4 : 501).

Sebuah hadith yang telah diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar al-Muzani menyebut;

Terjemahan: Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: Diriwayatkan daripada Hasan r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga. (Muslim, 1994, jil. 3 : 545)

2.2.2.3 Adil.

Selain memiliki sifat amanah, setiap orang yang dilantik untuk menerajui negara atau mana-mana organisasi mestilah mampu bersikap adil. Sesungguhnya Allah ta’ala telah menegaskan tentang kepentingan sikap ini di dalam beberapa firmanNya di antaranya;

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya menetapkannya dengan adil. (al-Nisa’, 4 : 58).

Seterusnya firman Allah s.w.t. yang lain;

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan. (al-Nahl, 16 : 90).

Firman Allah ta’ala lagi;

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi yang dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah itu lebih dekat kepada takwa”. (al-Maidah, 5 : 8).

2.2.2.4 Berkebolehan.

Seterusnya seseorang yang ingin dilantik sebagai peneraju atau anggota sesebuah organisasi itu mestilah terdiri daripada mereka yang berkebolehan (berpengetahuan) dalam bidang tersebut bagi menjamin tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik.

2.2.2.5 Berakhlak Mulia.

Berakhlak mulia merupakan di antara keriteria-keriteria yang harus dimiliki oleh mana-mana pemimpin atau anggota organisasi untuk menarik minat masyarakat setempat khasnya dan umum seterusnya dapat memelihara keharmonia dan keutuhan sesebuah organisasi. Dalam hal ini Allah ta’ala telah menjelaskan menerusi fimanNya;

Terjemahan: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. (Surah al-Imran, 3 : 159).

2.2.2.6 Pembimbing Masyarakat.

Selain daripada itu para pemimimpin atau anggota mana-mana organisasi mestilah berperanan sebagai pendidik dan pembimbing kepada masyarakat sekitar ke arah kebaikkan hidup di dunia dan akhirat. Ma’qil bin Yasar telah meriwayatkan sebagai berikut :

Terjemahan: Aku pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Setiap pemimpin yang menguasai urusan kaum muslimin, namun dia tidak mahu memberikan nasihat dan tidak mahu pula berkerja keras atau bersusah payah untuk meraka, maka dia tidak layak untuk masuk syurga bersama mereka”. (Muslim, 1994, jil .3 : 545).

2.2.3 Tugas Dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa.

Keutuhan, keharmonian dan kejayaan sesebuah organisasi tidak akan tercapai sepenuhnya sekiranya tidak mendapat kerjasama yang secukupnya dari ahli jawatan kuasa sesebuah organisasi dan masyarakat sekeliling. Menyedari akan kepentingan hal ini Rasulullah (s.a.w) telah menjelaskan di dalam sabdanya diriwayatkan daripada Ibn Umar (r.a)

Terjemahan: Sesungguhnya beliau (s.a.w) telah bersabda : “Kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan dan taat terhadap apa yang disukai mahupun yang tidak disukai, kecuali kalau dia diperintah melakukan maksiat. Apabila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak ada alasan sama sekali untuk patuh dan taat“. (Muslim, 1994, jil. 3 : 560).

2.2.4 Kesimpulan.

Kesimpulannya segala urusan pentadbiran dan pengurusan adalah terletak pada diri umat Islam sendiri untuk memilih atau menentukan sistem pentadbiran yang difikirkan perlu dan bersesuaian dengan keadaan dan semasa, di samping itu umat Islam perlu mematuhi segala prinsip-prinsip pentadbiran dan pengurusan yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Umat Islam juga dituntut supaya memilih dan melantik sesiapa yang memiliki ciri-ciri kepegawaian yang telah digariskan oleh Islam. Selain daripada itu segala kerjasama dari semua pihak adalah amat diharapkan dalam memastikan segala objektif yang diharapkan tercapai.

2.3 Pengurusan Kebersihan.

Memelihara kebersihan sama ada dari aspek material mahupun spiritual merupakan suatu perkara yang dituntut oleh Islam terhadap para pengganutnya. Rasulullah (s.a.w) telah menegaskan bahawa kebersihan itu merupakan di antara elemen-elemen pelengkap kepada kesempurnaan keimanan seseorang, hal ini dijelaskan oleh Baginda (s.a.w) menerusi hadith yang telah diriwayat oleh Abu Malik al-Asy’ari sebagai berikut :

Terjemahan: Rasulullah (s.a.w) telah bersabda, “Kebersihan itu setengah (sebahagian) daripada iman.” (Muslim, 1994, jil.1 : 324).

2.3.1 Tuntuan Supaya Memelihara Kebersihan Masjid.

Suasana persekitaran yang bersih bagi sesuatu tempat memberi ketenteraman dan ketenangan kepada para pengunjungnya untuk melakukan segala bentuk aktiviti dan sebagainya, menyedari hakikat ini Rasulullah (s.a.w) telah memerintahkan umat Islam supaya sentiasa memelihara kebersihan masjid berdasarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah (r.a):

Terjemahan: Nabi (s.a.w) telah memerintahkan supaya didirikan masjid-masjid pada kabilah-kabilah dan hendaklah masjid itu dibersihkan dan diberi wangi-wangian”. (al-Tarmizi, 1993, jil. 1 : 722).

2.3.2 Tuntutan Membersihkan Masjid Dari Kekotoran.

Telah menjadi tanggung jawab ke atas umat Islam supaya membersihkan segala kekotoran yang terdapat di masjid walaupun kekotoran yang bukan najis, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik (r.a);

Terjemahan: Nabi (s.a.w) telah bersabda, meludah dalam masjid adalah merupakan satu kesalahan dan dendanya ialah menimbusnya (membersihkannya)”. (al-Bukhari , jil. 2 : 47)

Lebih-lebih lagi kekotoran yang berbentuk najis sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Anas bin Malik (r.a) berhubung dengan pengurusan yang dilaku Rasulullah (s.a.w) dalam memastikan masjid sentiasa berada dalam keadaan bersih;

Terjemahan: Daripada Anas bin Malik telah berkata : “Ketika kami sedang berada di masjid bersama-sama Rasulullah (s.a.w) tiba-tiba datang seorang Arab Badwi, ia berdiri lalu kencing di dalam masjid, maka para sahabat Rasulullah berkata : “Jangan, jangan”. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda : “Jangan kamu hentikan dia, biarkan sahaja”. Para sahabat membiarkannya sampai ia selelsai, kemudian Rasulullah (s.a.w) memanggilnya lalu bersabda kepadanya (Arab Badwi): “Sesungguhnya masjid-masjid itu tidak patut untuk kencing atau kotoran lainnya. Ia hanya untuk berzikir kepada Allah Azza Wa Jalla, sembahyang dan membaca al-Quran” atau sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah (s.a.w).Anas berkata : “Kemudian Rasulullah (s.a.w) memerintahkan salah seorang di antara mereka agar mengambilkan air, orang itu datang dengan membawa setimba air, lalu beliau (s.a.w)menjiruskannya pada air kencing tadi”. (Muslim, 1994, jil. 1 : 386).

2.3.3 Tuntutan Menghindarkan Bau Busuk Dari Masjid.

Selain daripada memelihara kebersihan masjid dari segala bentuk kekotoran umat Islam juga dituntut supaya memastikan masjid terhindar dari bau-bauan yang kurang menyenangkan. Berdasarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibn Umar (r.a) telah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) melarang orang-orang yang memakan bawang putih dari hadir ke masjid kerana ia mendatangkan bau yang kurang menyenangkan terhadap orang lain.

Terjemahan: Daripada Ibn Umar (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) telah bersabda dalam peperangan Khibar : “Barang siapa yang memakan tumbuh-tumbuhan ini (dimaksudkannya bawang putih) maka janganlah datang ke masjid”. (Muslim, 1994, jil. 1 : 667).

2.2.4 Anjuran Supaya Menyegarkan Udara Masjid.

Sesungguhnya umat Islam bukan sekadar dituntut supaya menghindarkan bau-bauan yang kurang menyenangkan di kawasan persekitaran masjid, sebaliknya mereka juga disarankan agar mengharumkan serta menyegarkan udara masjid sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (s.a.w) menerusi hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah (r.a)

Terjemahan: Nabi (s.a.w) telah memerintahkan supaya didirikan masjid-masjid pada kabilah-kabilah dan hendaklah masjid itu dibersihkan dan diberi wangi-wangian”. (al-Tarmizi, 1993, jil. 1 : 722).

2.3.5 Galakkan Supaya Mengindahkan Masjid.

Suasana indah, menarik, kemas dan teratur pada sesebuah tempat menjadi daya penarik kepada masyarakat untuk mengunjunginya. Oleh itu usaha-usaha untuk memperindahkan serta memperkemaskan masjid harus dilaksanakan kerana ia bersesuaian dengan kehendak Islam berdasarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud (r.a) daripada Nabi Muhammad (s.a.w);

Terjemahan: Sesungguhnya Allah itu indah (cantik)suka kepada keindahan”. (Muslim, 1994, jil. 1 : 95).

Dan firman Allah yang bermaksud :

Terjemahan: Katakanlah: “Siapakah yang melarang (memakai) perhiasan Allah dan (memakan) rezeki yang baik yang diadakan untuk hamba-hambaNya”. (al-A’araf, 7 : 32).



2.3.6 Kesimpulan.

Tugas membersihkan masjid dari segala kekotoran, mengindahkan serta memperkemaskannya adalah merupakan suatu tugas yang mulia di sisi Islam. Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) telah memberikan suatu kedudukan yang istimewa terhadap orang-orang yang sentiasa berusaha untuk memastikan keadaan masjid dan kawasan persekitarannya sentiasa berada di dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Abu Hurairah (r.a) telah menjelaskan tentang kedudukan yang diperolehi oleh golongan ini sebagai berikut :

Terjemahan: Bahawa seorang lelaki atau perempuan hitam menyapu di dalam masjid kemudian ia meninggal dunia, maka Nabi (s.a.w) bertanya mengenainya. Para sahabat menjawab bahawa ia telah meninggal dunia, Bgainda (s.a.w) bersabda : “Kenapa kamu tidak memberitahu kepadaku, tunjukkan kepadaku kuburnya” (lelaki/perempuan) maka baginda ke kuburnya lalu bersembahyang. (al-Bukhari, jil. 2 : 77).

Begitu juga dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik (r.a) berhubung hal ini seperti berikut :

Rasulullah (s.a.w) telah bersabda : “Telah diperlihatkan bagiku pahala umatku sampai pahala seseorang yang membuang kekotoran dari masjid”. (Abu Daud, 1992, jil. 1 : 307).

2.4 Pengurusan Waktu.

Waktu merupakan sesuatu yang amat bernilai pada diri manusia sehingga ia diibaratkan sebagai emas oleh sesetengah manusia. Perbicaraan dalam bahagian ini akan menyentuh bagaimanakah Islam mengajarkan umatnya memanfaatkan waktu ke arah kebaikkan hidup di dunia dan akhirat. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah ta’ala di dalam firmanNya yang bermaksud :


Terjemahan: Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, melainkan mereka-mereka yang beriman dan beramal salih serta berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran. (Al-‘Asr, 103 : 1-3).

2.4.1 Pengurusan Waktu Sembahyang.

Sembahyang merupakan ibadat yang paling penting sekali di dalam Islam sehingga ia diumpamakan sebagai tiang agama oleh Rasulullah (s.a.w). Agama Islam telah mengarahkan umatnya agar memelihara waktu–waktu sembahyang ini demi kebaikkan hidup mereka di dunia dan akhirat.

2.4.1.1 Ketetapan Waktu Sembahyang.

Allah s.w.t. telah menetapkan waktu-waktu solat yang tertentu bagi kaum muslim menerusi firmaNya;

Terjemahan: Sesungguhnya sembahyang itu adalah fardhu yang telah ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (al-Nisa’, 4 : 103).

Rasulullah (s.a.w) telah memberi penjelasan secara terperinci terhadap waktu-waktu sembahyang yang wajib dipatuhi oleh setiap umat Islam melalui amal perbuatannya sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah;

Terjemahan: Bahawa Rasulullah (s.a.w) mengerjakan sembahyang zohor di tengah hari (selepas gelincirnya matahari), sembahyang asar semasa matahari masih cerah, sembahyang maghrib apabila mathari terbenam, sembahyang isyak apabila orang ramai telah berkumpul, maka baginda menyegerakannya dan apabila mereka itu sedikit, maka Baginda (s.a.w) melambatkannya, dan sembahyang subuh pula apabila masih gelap lagi. (al-Bukhari, jil. 2 : 142).

Menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk memelihara waktu-waktu sembahyang yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.

2.4.1.2 Tuntutan Memelihara Waktu Sembahyang.

Penekanan terhadap umat Islam supaya memelihara waktu sembahyang lima waktu terutamanya sembahyang fardhu asar telah pun ditegaskan oleh Allah ta’ala di dalam firmaNya yang bermaksud :

Terjemahan: Peliharalah semua sembahyang (mu) dan peliharalah sembahyang wustha (asar). Berdirilah untuk Allah dalam sembahyang kamu dengan khusyu’. (al-Baqarah, 2 : 238).

Menerusi hadith qudsi yang telah diriwayatkan oleh Abu Qatadah bin Rabi’, Rasulullah (s.a.w) telah menjelaskan bahawa Allah ta’ala telah menjanjikan kepada sesiapa daripada umat Islam yang memelihara waktu sembahyang lima waktu untuk menduduki syurga.

Terjemahan: Daripada Abu Qatadah bin Rabi’ (r.a) telah berkata : Rasulullah (s.a.w) telah bersabda : “Allah Ta’ala telah berfirman : “Sesungguhnya Aku telah memfardhukan atas umatmu lima kali sembahyang Aku telah mengikat janji iaitu barangsiapa memeliharanya tepat pada waktunya, Aku akan masukkan dia ke syurga, dan barangsiapa tidak memeliharanya, maka tidak ada ikatan bagiku dengannya”. (Abu Daud, 1992, jil. 1 : 228).

2.4.2 Pengurusan waktu Pembelajaran.

Kewajipan menuntut ilmu pengetahuan telah pun dijelaskan oleh Baginda (s.a.w) di dalam hadithnya;

Terjamehan: Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim. (Sunan Ibn Majah, al Muqaddimah : 220)

Kedudukan golongan yang berilmu adalah lebih tinggi dan mulia dari golongan yang tidak berpengetahuan berdasarkan kepada firman Allah ta’ala;

Terjemahan: ...Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.. (al-Mujadilah, 58 : 11).

Oleh itu umat Islam disarankan agar memanfaatkan waktu terluang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

2.4.2.1 Kelonggaran Menentukan Waktu Pembelajaran.

Islam tidak pernah menetapkan suatu waktu yang tertentu ke atas umat Islam supaya mematuhinya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, sebaliknya satu kelonggaran telah diberikan kepada umat Islam untuk menentukan waktu yang difikirkan sesuai untuk mereka menimba ilmu pengetahuan.

Terjemahan: Ibn Mas’ud (r.a) telah menjelaskan sikap Rasulullah (s.a.w) berhubung masalah pengurusan waktu pembelajaran seperti berikut : “Adalah Nabi (s.a.w) selalu mencari waktu-waktu yang sesuai untuk memberikan pelajaran dan ilmu pengetahuan supaya kami tidak merasa jemu dan bosan”. (al-Bukhari, jil. 1 : 79).

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan terhadap diri umat Islam di dalam mencari serta mendapatkan ilmu pengetahuan.

Terjemahan: Dari Mansur, dari Abu Wail telah berkata : “Adalah Abdullah memberi pengajaran kepada manusia pada tiap-tiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki : “Wahai Abu Abd Rahman, demi Allah aku sangat gembira sekiranya engkau dapat memberi pengajaran kepada kami tiap-tiap hari”. Jawabnya : "Tidak ada halangan bagiku dari hal tersebut, cuma aku tidak suka ianya akan membebankan kamu, sesungguhnya akau mencari waktu yang baik untuk memberi pengajaran, sebagaimana pernah Nabi (s.a.w) mencari waktu yang baik (sesuai)untuk memberi pengajaran kerana takut kami akan ditimpa perasaan jemu dan bosan”. (al-Bukhari, jil. 1 : 80).

2.4.2.2 Menentukan Hari khusus Bagi Wanita Menutut Ilmu

Sesungguhnya Agama Islam tidak pernah mengabaikan hak dan keistimewaan bagi kaum wanita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Rasulullah (s.a.w) telah bersetuju memperuntukan suatu hari yang khusus bagi kaum wanita mendapatkan ilmu pengetahuan apabila diminta berbuat demikian.

Terjemahan: Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa kaum wanita telah berkata kepada Rasulullah (s.a.w) : “Orang lelaki telah mengatasi kami dengan engkau, maka tentukanlah bagi kami suatu hari (untuk menuntut ilmu)”.Rasullulah (s.a.w) telah menjanjikan mereka suatu hari untuk menemui mereka pada hari tersebut untuk memberi nasihat dan arahan-arahan”. (al-Bukhari, jil. 1 : 109).

2.4.3 Kesimpulan.

Umat Islam diarahkan supaya memelihara waktu-waktu sembahyang fardhu yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, manakala berhubung dengan waktu memberi atau mendapatkan ilmu pengetahuan adalah terserah kepada umat Islam untuk menentukan waktu yang difikirkan bersesuaian. Nasib kaum wanita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan juga tidak boleh diabaikan dan menjadi suatu kewajipan ke atas pihak yang bertanggung jawab agar memperuntukkan suatu hari yang khusus bagi kaum wanita mendapatkan ilmu pengetahuan.

2.5 Pengurusan Kewangan.

Secara konsepnya Islam telah menetapkan suatu garis panduan bagi umat mengurusi hal ehwal pentadbiran kewangan mereka. Oleh itu bahagian ini cuba menyingkap garis panduan tersebut dengan berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.


2.5.1 Konsep Pengurusan Kewangan Menurut Islam.

Pada umumnya di antara konsep-konsep yang telah ditetapkan oleh Agama Islam dalam soal mengurus dan mentadbir sistem kewangan ialah;

2.5.1.1 Tidak Mengambil Harta Manusia Secara Haram.

Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan ke atas diri umat Islam daripada mengambil harta sesama manusia dengan jalan yang tidak halal. Larangan ini adalah semata-mata untuk memelihara keharmonian hidup bermasyarakat seterusnya mengiktiraf hak-hak individu di dalam masyarakat. Firman Allah Ta’ala;

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (al-Nisa’, 4 : 29).

2.5.1.2 Membuat Catatan.

Demi memelihara keharmonian dan kesejahteraan Islam mengajarkan kepada manusia tentang bagaimanakah cara atau kaedah yang terbaik di dalam mengurus serta mentadbir urusan kewangan mereka apabila ia melibatkan banyak pihak lebih-lebih lagi di dalam urusan muamalah sesama manusia. Firman Allah s.w.t.;

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. (al-Baqarah, 2 : 282).

2.5.2 Ciri-Ciri Seorang Bendahari.

Selain daripada konsep-konsep yang berhubung dalam soal urusan kewangan Allah ta’ala juga telah memberikan garis panduan tentang orang-orang yang layak mengurusi urusan kewangan ini. Oleh itu saranan Allah kepada umat Islam supaya melantik tukang catit atau pun bendahari yang memiliki sifat-sifat seperti berikut :

2.5.2.1 Berpengetahuan.

Berilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan kewangan adalah merupakan di antara ciri-ciri penting yang mesti dimiliki oleh seseorang bendahari mana-mana oraganisasi. Hal ini telah pun dinyatakan oleh Allah ta’ala di dalam firmaNYa ketika mengisahkan tentang Nabi Allah Yusuf (a.s);

Terjemahan: Berkata Yusuf : “Jadikanlah aku bendaharawan negara (mesir). Sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan. (Yusuf, 12 :55).

2.5.2.2 Bersikap Jujur.

Sifat jujur adalah merupakan suatu sifat yang mesti dimiliki oleh sesiapa yang menjawat jawatan ini demi mengelakkan berlakunya penyelewengan seterusnya menjamin keutuhan dan kemakmuran sesebuah negara atau pun organisasi. Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w)telah memberi suatu gambaran yang baik terhadap golongan bendahari yang jujur di dalam menjalankan tugas mereka.

Terjemahan: Dari Abu Musa (Abdullah bin Qais al-Asy’ari) (r.a) telah berkata : Rasulullah (s.a.w) telah bersabda : “Sesungguhnya bendahari yang jujur, yang memberikan apa yang telah diperintahkan kepadanya dengan sempurna, cukup, lagi berjiwa bersih, lalu diserahkannya kepada orang yang diperintahkan untuk menerimanya, maka dia adalah termasuk salah seorang yang bersedekah juga” . (Abu Daud, 1992, jil. 2 : 464).

2.5.2.3 Bersikap Amanah.

Di antara ciri-ciri yang penting yang mesti dimiliki oleh bendahari ialah bersikap amanah di dalam menunaikan tanggung jawabnya terhadap agama dan masyarakat. Firman Allah s.w.t.;

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diberi kepercayaan kepada kamu, sedang kamu mengetahui. (al-Anfal, 8 : 27).

Adalah merupakan suatu perintah kepada umat Islam terutamanya kepada golongan yang bertanggung jawab mengurusi hal ehwal masyarakat Islam supaya menunaikan amanah-amanah yang telah diberikan kepada mereka dengan penuh kejujuran.

Seterusnya sifat amanah ini adalah merupakan lambang atau tanda-tanda kepada golongan yang beriman kepada Allah,dan golongan seumpama ini adalah di antara golongan-golongan yang layak mentadbir dan memakmurkan rumah Allah berdasarkan kepada firmanNya;

Terjemahan: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (al-Taubah, 9 : 18).

Dan firman Allah di dalam menerangkan sifat-sifat orang mukmin itu seperti berikut :

Terjemahan: Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah yang dipikulnya dan janjinya. (al-Mukminun, 23 : 8).

Manakala bagi golongan yang mengkhianati amanah atau janji yang telah diberikan kepada mereka adalah termasuk ke dalam golongan munafik sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (s.a.w) berdasarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a) yang bermaksud :

Terjemahan: Rasulullah (s.a.w) telah bersabda : “Di antara tanda orang munafik itu ada tiga : Apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia menyalahi (tidak menepati)dan apabila dipercayai ia berkhianat”. (Muslim, 1994, jil. 1 : 72).

2.5.3 Kesimpulan.

Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith-al-Hadith Rasululah (s.a.w) tersebut di atas urusan kewangan umat Islam mestilah ditadbir dan diuruskan oleh orang-orang yang mempunyai kelayakkan sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat Islam bagi menjamin keutuhan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat umum amnya dan masyarakat Islam khasnya.

2.6 Pengurusan Perkaderan.

Allah ta’ala menerusi firmanNya yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran telah menimbulkan suatu persoalan penting tentang kedudukan golongan yang berkebolehan dari segi ilmu pengetahuan berbanding dengan golongan yang tidak memilikinya :

Terjemahan: Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang berilmu (yang mengetahui) dengan orang-orang yang tidak mengetahui”. (al-Zumar, 39 : 9).

Dan di samping itu golongan yang memiliki ilmu pengetahuan adalah merupakan golongan yang mempunyai suatu kedudukan istimewa di sisi Allah ta’ala berdasarkan kepada firman Allah s.w.t.;

Terjemahan: Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang di beri ilmu pengetahuan beberapa darajat (kedudukan). (al-Mujadilah, 58 : 11).


2.6.1 Kepentingan Perkaderan.

Usaha-usaha untuk melatih dan mendidik umat Islam supaya mereka benar-benar berkemahiran di dalam sesuatu bidang adalah perlu. Bakal-bakal pengganti pengurus masjid hendaklah difikirkan. Bakal pengganti hendaklah dilantik dan diberi latihan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dalam selok-belok pengurusan masjid di samping kemahiran dalam bidang fardhu ain.

Kepentingan memberi tumpuan dalam perkaderan ini dapat kita mengambil iktibar daripada firman Allah s.w.t. terhadap mereka yang semua turun ke medan peperangan, pada hal mereka tidak perlu turun semua ke medan peperangan, sebaliknya beberapa orang hendaklah menuntut ilmu pengetahuan yang boleh disumbangkan kepada masyarakat apabila mereka kembali kelak. Seperti firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (al-Taubah, 9 : 122).

Ayat tersebut di atas menjelaskan serta memerintahkan kepada umat Islam supaya sentiasa berusaha ke arah mencapai kebaikkan hidup di dunia dan akhirat. Untuk tujuan itu mereka telah dituntut supaya melatih sebahagian daripada umat Islam supaya mahir dalam sesuatu urusan. Semoga kemahiran itu dapat dimanfaatkan kepada seluruh umat Islam.

2.7 Pengurusan Kemudahan Asas.

Masjid merupakan tempat tumpuan masyarakat Islam bagi menunaikan sembahyang fardhu lima waktu serta sebagai tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan secara tidak formal. Selain itu ia juga sebagai tempat persinggahan para musafir yang ingin menunaikan ibadat sembahyang mahupun untuk beristirehat.

Oleh itu untuk menarik minat masyarakat Islam supaya mendampingi masjid sentiasa, setiap masjid yang ingin dibina perlu mengambil kira soal-soal kemudahan asas, manakala masjid-masjid yang telah dibina perlulah melengkapkan atau memperbaiki segala kekurangan-kekurangan tersebut.

Dari Anas bin Malik (r.a) Nabi (s.a.w) telah bersabda :

Terjemahan: Hendaklah kamu menggembirakan (menyenangkan) dan jangan menjauhkan (menyusahkan) . (al-Bukhari, jil. 1 : 80).

2.7.1 Kemudahan Asas.

Jika ditinjau kepada perubahan-perubahan yang terjadi kepada masjid Rasulullah (s.a.w) jelas membuktikan bahawa segala perubahan dan penambahan yang berlaku kepada masjid Nabi (s.a.w) adalah berdasarkan kepada perubahan zaman dan kehendak semasa sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Abdullah bin Umar dalam hal ini seperti berikut :

Terjemahan: Masjid pada zaman Nabi (s.a.w) telah dibina daripada batu-bata dan atapnya daripada pelepah tamar, manakala tiang-tiangnya daripada batang tamar, saidina Abu Bakar (r.a) tidak membuat sebarang perubahan sedangkan umar (r.a) telah melakukan sedikit perubahan iaitu beliau membinanya dengan batu bata dan pelepah tamar di atas binaan yang ada pada zaman Rasulullah (s.a.w) beliau juga telah menggantikan tiang-tiangnya dengan kayu, selepas itu Othman (r.a) telah mengubah suai dengan membuat beberapa perubahan yang banyak, beliau telah membina dindingnya dengan batu berukir dan kapur dan tiangnya daripada batu berukir manakala atapnya daripada sejenis kayu dari India. (Diriwayatkan oleh Bukhari, jil 2 : 69).

Berdasarkan kepada hadith tersebut ciri-ciri kemudahan-kemudahan asas yang melengkapi sesebuah masjid adalah bergantung kepada keadaan dan suasana sesuatu tempat. Berikut adalah beberapa ciri-ciri kemudahan asas yang di dapati pada masjid-masjid yang terdapat pada zaman Rasulullah (s.a.w) :

2.7.1.1 Tempat Berwuduk.

Berdasarkan kepada masjid Quba’ yang telah dibina oleh Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat mempunyai telaga untuk tujuan berwuduk telah disediakan di suatu tempat yang lapang. (Sidi Gazalba, 1975 : 276).

2.7.1.2 Bilik Air.

Tentang kemudahan bilik air ini kita boleh mengambil iktibar dari peristiwa baginda Rasulullah s.a.w. masih berada dalam hadath kemudian meminta izin kepada jamaah supaya menunggu baginda untuk mengangkat hadath. Oleh kerana bilik air berhampiran masjid maka ini memudahkan baginda berbuat demikian. Berikut hadith berkenaan perkara tersebut;

Terjemahan: Dari Abu Hurairah (r.a) katanya : “Pada suatu ketika bilal telah iqamah dan Rasulullah (s.a.w) telah berada di tempat sembahyangnya, tiba-tiba beliau teringat bahawa beliau belum bersuci. Beliau berkata pada para jemaah : “Tetaplah kalian di tempat kalian masing-masing”. Kemudian beliau segera masuk ke rumahnya untuk mandi, ketika beliau keluar kami lihat rambut beliau masih basah dan kami masih tetap berdiri di dalam saf-saf kami”. (al-Nasa’i, 1992, jil. 1 : 419).

2.7.1.3 Tandas.

Tandas merupakan keperluan yang penting bagi manusia. Masjid yang merupakan tempat awam yang sewajarnya menyediakan kemudahan tandas untuk menjamin keselesaan para jamaah. Baginda Rasul s.a.w telah memberi garis panduan pembinaan tandas iaitu suatu tempat yang dapat melindungi aurat seseorang sebagai mana dalam sebuah hadith;

Terjemahan: Dari Abdullah bin Ja’far telah berkata : “Pada suatu hari aku ditumpangkan oleh Rasulullah (s.a.w) kemudian beliau menceritakan sesuatu yang tidak boleh aku ceritakan kepada sesiapa pun. Dan yang paling disukai beliau ialah berlindung pada waktu qada’ hajat dengan sesuatu yang tinggi atau di kebun kurma”. (Muslim, 1994, jil. 1 : 438).

Oleh itu dalam pengurusan kemudahan asas pihak pentadbir wajar memandang serius tentang keadaan tandas dari segi kerosakan yang boleh menampakkan aurat, keadaan tandas yang kurang selamat dari segi pembinaan dan penyediaan kemudahan alat istinjak yang mencukupi.

2.7.1.4 Menyediakan Laluan Khusus Untuk Kaum Wanita.

Rasulullah s.a.w. tidak melarang kaum wanita yang ingin mengerjakan ibadah di masjid walaupun mereka lebih afdal beribadah di rumah. Oleh itu kemudahan untuk mereka wajar disediakan seperti kemudahan bilik air, tanda, ruang bersalin pakaian dan sebagainya. Ruang ibadah juga perlu disediakan kepada mereka. Demikian juga ruang lalu lintas supaya tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sebagaimana dalam sebuah hadith menyebut;

Terjemahan: Dari Ibn Umar (r.a) berkata : “Rasulullah (s.a.w) bersabda : “sebaiknya pintu ini kita biarkan untuk kaum wanita sahaja”. (Abu Daud, 1992, jil. 1 : 308).

2.7.1.5 Menyediakan Mimbar.

Terjemahan: Hadis Sahl bin Saad r.a: Diriwayatkan daripada Abdul Aziz bin Abu Hazim r.a katanya: Beberapa orang telah datang menemui Sahl bin Saad. Mereka bertelingkah mengenai mimbar dari jenis kayu apakah ianya diperbuat. Sahl berkata: Demi Allah! Saya tidak tahu kayu dari jenis apakah mimbar tersebut diperbuat dan siapakah yang membuatnya. Tetapi aku pernah melihat Rasulullah s.a.w pada hari pertama baginda duduk di atas mimbar tersebut. Aku berkata kepadanya: Wahai Ibnu Abbas ceritakanlah kepada kami. Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w telah mengutus kami kepada isteri Abu Hazim. Sesungguhnya beliaulah yang akan menamakannya suatu hari nanti, panggil tukang kayumu supaya dia membuatkan untukku satu mimbar yang akan aku gunakan untuk berkhutbah di hadapan orang ramai. Maka dibuat satu mimbar yang mempunyai tiga anak tangga. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya mimbar tersebut diletakkan pada tempatnya, mimbar tersebut diperbuat dari kayu Cemara hutan. Sesungguhnya aku melihat Rasulullah s.a.w berdiri di atasnya dan bertakbir, lalu orang ramai pun bertakbir selepas baginda bertakbir, baginda masih berada di atas mimbar, kemudian baginda bangun dari rukuk dan turun dari mimbar sambil berundur ke belakang sehinggalah baginda sujud di kaki mimbar, kemudian baginda kembali semula ke atas mimbar hinggalah selesai sembahyang. Setelah itu baginda menghadap ke arah orang ramai sambil berkata: Wahai umatku! Aku melakukan begini supaya kamu mengikuti aku dan kamu dapat mempelajari bagaimana cara aku sembahyang (Muttafaq alaih).

2.7.1.6 Menyediakan hamparan.

Sudah menjadi kebiasaan di mana-mana masjid seluruh dunia ada menyediakan hamparan untuk para jamaah menunaikan sembahyang dengan selesa. Tidak ada larangan atau perintah supaya menyediakan hamparan. Apa yang utama ialah tempat itu hendaklah bersih dari sebarang kekotoran najis. Namun begitu demi menjaga kebersihan dan keselesaan para jamaah mengerjakan sembahyang maka masjid dilengkapi dengan hamparan. Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri biasa menghamparkan hamparan atau tikar seperti hadith berikut;

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit r.a katanya: Rasulullah s.a.w mengalas sesuatu tempat dengan alas atau tikar. Lalu baginda sembahyang di situ. Beliau berkata: Perbuatan baginda itu diperhatikan oleh beberapa orang Sahabat, lalu mereka datang untuk melakukan sembahyang di tempat baginda itu... (Muttafaq alaih).

2.7.1.7 Mewujudkan Mihrab.

Mihrab merupakan suatu bahagian yang terdapat dalam masjid berfungsi menunjukkan arah kiblat atau sebagai tempat imam mengimamkan makmum.(sidi Gazalba, 1975 : 282).

2.7.1.8 Penyedian Ruangan Untuk Beristirehat.

Rasulullah s.a.w. telah menyediakan satu ruang di Masjid untuk menempatkan mereka yang datang dari jauh. Di situlah tempat penginapan para musafir dan mereka yang tidak mampu memiliki rumah. Hal ini dapat dilihat melalui sebuah hadith berikut;

Terjemahan: Daripada Anas bin Malik (r.a) menceritakan : “Sekumpulan orang ramai dari daerah ‘Ukl datang berjumpa Nabi (s.a.w). Mereka itu ditempatkan di Suffah (serambi atau sudut dalam masjid). (al-Bukhari, jil. 2 : 65).

2.7.1.9 Penyedian Ruangan Untuk Tidur.

Rasulullah s.a.w. tidak pernah melarang para sahabat untuk tidur dalam masjid baginda. Lebih-lebih lagi para musafir atau para fakir miskin yang tidak ada tempat tinggal menjadi kebiasaan mereka tidur dalam masjid. Rasulullah s.a.w. sendiri berehat dan berbaring dalam masjid begitulah juga sahabat-sahabat baginda seperti yang terdapat dalam sebuah hadith;

Terjemahan: Daripada ‘Abad bin Tamin daripada bapa saudaranya : Bahawa beliau lihat Rasulullah (s.a.w) tidur terlentang dalam masjid, dengan meletakkan (melunjurkan) kaki atas kakinya, dan daripada Ibn Syihab daripada Sa’id bin Musaiyab katanya : Kedua-dua iaitu ‘Umar dan Othman juga berbuat begitu”. (al-Bukhari, jil. 2 : 89).

Hadith di atas memberi pengertian kepada kita bahawa sewajarnya di masjid disediakan ruang untuk para jamaah untuk tidur atau menginap terutamanya kepada musafir yang terlantar dan fakir miskin yang ingin berteduh di masjid.

2.7.1.10 Menyediakan Tempat Riadah.

Untuk memakmurkan masjid disediakan pula ruang untuk riadah dan membuat latihan-latihan senaman untuk tujuan kesihatan badan atau latihanan pertahanan perang. Ini dapat diambil iktibar dari sebuah hadith;

Terjemahan: Daripada Aishah (r.a) telah berkata: “Sesungguhnya aku lihat Rasulullah (s.a.w) pada suatu hari berada di pintu bilikku, sementara orang-orang Habsyah sedang bermain senjata dalam masjid dan Rasulullah (s.a.w) melindungku dengan selendangnya supaya aku melihat permainan mereka”. (al-Bukhari, jil. 2 : 72).

2.7.1.11 Menyediakan Pusat Rawatan.

Terjemahan: Daripada Aishah (r.a) telah berkata : “Sa’ad telah terkena anak panah di pembuluh lengannya dalam peperangan Khandak. Maka Nabi (s.a.w) mendirikan sebuah khemah dalam masjid supaya Baginda dapat menziarahinya dari dekat (hal itu) tidak mencemaskan para sahabat kerana dalam masjid itu terdapat juga sebuah khemah lagi untuk Bani Ghaffar, melainkan setelah darah (Sa’ad) mengalir kepada mereka (Bani Ghaffar) mereka pun berkata : “Wahai orang dalam khemah apa yang datang dari tempat kamu kepada kami ini ?”Tiba-tiba Sa’ad dapati darah mengalir dari tempat lukanya lalu ia mati di dalamnya”. (al-Bukhari, jil. 2 : 81).

2.7.1.12 Penyediaan Ruangan Beriktikaf.


Terjemahan: Daripada Abdullah bin Umar (r.a): Bahawa Rasulullah (s.a.w) melakukan iktikaf pada sepuluh hari yang terakhir di bulan ramadhan. Nafi’ mengatakan : “Sesungguhnya aku pernah ditunjukkan oleh Abdullah ruangan atau tempat di dalam masjid yang biasa digunakan oleh Rasulullah (s.a.w) melakukan iktikaf”. (Muslim, 1994, jil. 2 : 419).

2.7.1.13 Menyediakan Ruang Serbaguna.

Imam Malik dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Salim bin Abdullah bahawa Umar bin al-Khatab telah membina satu ruang dinamakan Al-Butaiha, yang dibina bersebelahan masjid Rasulullah (s.a.w). (setelah siap) beliau berkata : “Barang siapa yang ingin berucap atau mendeklimasikan sajak atau meninggikan suara, maka silalah keluar daripada masjid dan masuklah ke tempat ini”. (Shaikh Ali Mohammad Mokhtar, 1997 : 38).

2.7.1.14 Menyediakan Ruang Perniagaan.


Daripada Aisah (r.a) telah berkata : “Barirah telah datang kepadaku, bertanyakan tentang kemerdekaannya. Aku berkata (Aishah) jika engkau mahu aku boleh membayar kepada tuan engkau (dengan syarat) kuasa pemilikan bagiku. Kemudian tuannya berkata kepada Aishah : “Jika engkau mahu, engkau boleh jelaskan bakinya (yang belum dijelaskan oleh Barirah). Sufiyan berkata (pada satu riwayat yang lain) jika engkau hendak merdekakanlah dia, dan hak pemilikan itu bagi kami.Apabila Rasulullah (s.a.w) datang lalu Aishah memberitahu akan hal itu kepada rasulullah (s.a.w), maka Rasulullah (s.a.w) bersabda : “Belilah dia dan merdekakan dia, sesungguhnya hak pemilikan itu bagi orang yang memerdekakannya”. Selepas itu Rasulullah (s.a.w) berdiri di atas mimbar. (al-Bukhari, jil. 2 :75).

2.7.2 Kesimpulan.

Segala kelengkapan kemudahan asas yang tersebut di atas bukanlah merupakan suatu kemestian yang mesti dimiliki oleh setiap buah masjid tetapi kelengkapan ini adalah bergantung kepada keadaan persekitaran masyarakat muslim. Perkara seumpama ini bertujuan untuk memudahkan dan menyenangkan mereka melakukan ibadat kepada Allah ta’ala

2.8 Penutup

Umat Islam diberikan kebebasan untuk memikirkan serta menentukan cara yang difikirkan sesuai dan terbaik untuk mentadbir urusan kehidupan mereka, tetapi mereka diwajibkan berpegang kepada beberapa prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (s.a.w) di dalam sabdanya;

Terjemahan: Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia, jika aku memerintahkan tentang urusan agama kalian maka ikutilah, tetapi kalau aku memerintahkan kepada kalian tentang urusan kehidupan dunia, sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia. (Muslim, 1994, jil. 4 : 224)



PENGURUSAN MASJID NEGERI PERLIS.

3.1 Pendahuluan

Bab ini merupakan penjelasan kepada latar belakang sistem pentadbiran masjid-masjid bagi negeri Perlis secara am.

3.2 Pengurusan Kepegawaian.

Umumnya setiap masjid di negeri Perlis diarahkan supaya mewujudkan Jawatankuasa Kariah Masjid. Jawatankuasa tersebut hendaklah mengandungi seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi, seorang setiausaha, seorang penolong setiausaha, seorang bendahari, pegawai-pegawai masjid yang dianggotai oleh dua orang imam, dua orang bilal, seorang siak, seorang penjaga kawasan dan mestilah tidak kurang daripada tiga orang ahli lain yang dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Kariah Masjid daripada penduduk-penduduk kampung yang termasuk dalam kariah berkenaan (Undang-undang pentadbiran agama Islam 1963 pindaan 1995 fasal 3 dan 4).

Bagi mana-mana ahli kariah yang menyetujui pegawai-pegawai masjid memegang jawatan sebagai pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari maka bilangan keanggotaan AJK Kariah Masjid hanya terhad kepada sepuluh orang sahaja termasuk tiga orang ahli lain yang dilantik daripada kalangan anak-anak kariah berkenaan. Sekiranya pegawai-pegawai masjid berkenaan tidak mempunyai kelayakkan atau berkemampuan untuk mentadbir masjid maka jawatan pengerusi, setiausaha dan bendahari hendaklah diberikan kepada tiga orang ahli yang berkelayakkan daripada anak-anak kariah berkenaan untuk menduduki jawatan ini atau pun melantik sesiapa yang difikirkan layak untuk menyandang jawatan tersebut selain daripada sepuluh orang AJK Kariah Masjid berkenaan. (Ustaz Yusuf bin Abdul Hamid). Dan bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis pula bertindak sebagai penyelia dan penyelaras kepada masjid-masjid tersebut dalam memastikan kekemasan dan kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan bagi setiap buah masjid di negeri Perlis.

Bagi tujuan ini pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis telah melantik enam orang pegawai yang bertanggung jawab untuk melaksanakan tugas ini. (Ustaz Farid bin Noh).

Pegawai Masjid Perlis
2 orang Imam
2 Bilal
1 Siak
1 Penjaga kawasan

3.3.1 Sistem Perlantikkan AJK Kariah Masjid.

Sesebuah kariah yang ingin melantik AJK Kariah Masjid masing-masing perlulah mencalonkan terlebih dahulu senarai nama-nama calon yang difikirkan layak untuk mentadbir dan mengurus masjid kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis. Seterusnya calon-calon yang mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk menduduki jawatan ini akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga, setelah itu senarai nama calon-calon yang telah dipilih akan dikemukakan pula kepada pihak Majlis Agama Islam Perlis untuk mendapatkan surat perlantikkan dan pentauliahan sebagai AJK Kariah Masjid bagi sesebuah kariah. (Ustaz Farid bin Noh).

3.3.2 Syarat Kelayakkan Sebagai AJK Kariah Masjid.

Di antara syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis sebagaimana yang terkandung di dalam borang pencalonan bagi menduduki jawatan pegawai masjid setiap calon-calon yang berminat mestilah mempunyai kelayakkan-kelayakkan seperti berikut :

• Mempunyai pengetahuan dalam bidang agama.
• Mempunyai keperibadian / syakhsiah yang baik.
• Umur tidak melebihi 60 tahun dan mempunyai kesihatan yang baik.
• Boleh membaca al-Quran dengan baik dan betul.
• Boleh membaca dan menulis rumi dan jawi dengan baik.
• Anak kariah dan mempunyai minat serta kesungguhan untuk berkhidmat.
• Yang berpengalaman akan diberikan keutamaan.
• Bersedia mematuhi dasar-dasar MAIPs dan arahan JAIPs dari masa ke semasa.
• Memohon melalui borang pencalonan yang telah disediakan.
• Mendapat / memperolehi surat perlantikkan daripada MAIPs.

3.3.3 Sistem Pentadbiran Masjid.

Berdasarkan keterangan yang diterima daripada Ustaz Farid bin Noh masjid-masjid yang terdapat di negeri Perlis selain daripada masjid Arau dan masjid Kangar adalah ditadbir dan diurus secara langsung oleh AJK Kariah Masjid tersebut dan kuasa penuh pentadbiran adalah terletak pada pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid berkenaan. Manakala pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Perlis memainkan peranan sebagai penaung dan penasihat kepada masjid-masjid tersebut.

3.3.4 Tanggung Jawab Pegawai Masjid.

Berdasarkan kepada enekmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Perlis tahun 1963 seksyen 79(3) menyatakan bahawa tugas-tugas dan tanggung jawab am Jawatankuasa Kariah Masjid bagi negeri Perlis seperti berikut :

1. Bertanggung jawab bagi menjaga masjid-masjid dan tanah-tanah perkuburan di dalam kariah masjidnya.
2. Bertanggung jawab atas kelakuan baik anak-anak mukim itu di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam.
3. Memberitahu dengan serta merta di atas sebarang perubahan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan mana-mana masjid di dalam mukimnya.

Manakala tugas-tugas khas bagi pegawai-pegawai masjid adalah sebagaimana berikut:

Imam Satu :
1. Mengetuai pentadbiran masjid.
2. Menjadi imam solat dan khatib.
3. Menyedia / mengatur dan menyelia tugas-tugas pegawai-pegawai masjid.
4. Bertanggung jawab terhadap masjid, surau, tanah-tanah perkuburan dan tanah-tanah simpanan / wakaf di dalam kariah.
5. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis dari semasa ke semasa.

Imam Dua :
1. Membantu imam satu menguruskan pentadbiran masjid.
2. Membantu imam satu menjadi imam solat dan khatib.
3. Membantu menyelia tugas-tugas pegawai masjid.
4. Membantu imam satu menjaga masjid, surau, tanah-tanah perkuburan dan tanah-tanah simpanan / wakaf di dalam kariah.
5. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis dari semasa ke semasa.

Bilal :
1. Melakukan / melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat.
2. Bertanggung jawab menjaga alat siaraya masjid supaya sentiasa berfungsi dengan baik.
3. Mengatur susun dan mengemas sejadah / hamparan / al-Quran / buku / kitab di dalam masjid.
4. Membantu menjadi imam solat sewaktu ketiadaan imam satu dan imam dua.
5. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis dari semasa ke semasa.

Siak :
1. Menjaga dan menyelia kebersihan di dalam masjid.
2. Membuka / menutup pintu / tingkap, lampu-lampu dan kipas-kipas di dalam masjid.
3. Menjaga ketenteraman dan mengawasi anak-anak jemaah terutamanya kanak-kanak ketika hendak mendirikan solat / khatib membaca khutbah.
4. Menjaga dan menyelia kebersihan tempat wuduk dan tandas masjid.
5. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis dari semasa ke semasa.

Penjaga Kawasan :
1. Menjaga dan menyelia kebersihan di luar / persekitaran masjid.
2. Menjaga dan menyelia tanaman / pokok-pokok bunga kawasan masjid.
3. Menjaga peralatan kerja dan harta benda masjid.
4. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis dari semasa ke semasa.

Selain daripada tanggung jawab khas Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis juga telah menggariskan tugas-tugas sampingan yang harus dipatuhi dan dilaksanakan oleh para pegawai masjid. Tugas-tugas tersebut adalah :


a) Menjadikan masjid sebagai tempat ibadah.
1. Mendirikan solat fardhu berjemaah setiap waktu.
2. Menggalakkan anak-anak kariah menghadiri solat berjemaah di masjid.

b) Menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan.
1. Mengadakan kelas-kelas pengajian untuk semua peringkat.
2. Mengadakan ceramah umum dari semasa ke semasa.

c) Menyelenggarakan masjid.
1. Membuat pembaikkan kerosakkan kecil yang berlaku.
2. Membuat laporan kerosakkan besar dengan segera.
3. Menganjurkan gotong royong membersihkan masjid dari semasa ke semasa.

d) Menyelenggarakan tanah-tanah perkuburan.
1. Menjaga kebersihan tanah perkuburan.
2. Memastikan tanah perkuburan mempunyai pagar yang kemas.
3. Mengawasi tanah perkuburan supaya tidak dicerobohi.
4. Menyediakan papan tanda tanah perkuburan.
5. Menganjurkan gotong royong membersihkan tanah perkuburan dari semasa ke semasa.


e) Menyelia surau-surau.
1. Membuat penyeliaan surau-surau di dalam kariah.
2. Memastikan setiap surau mempunyai Jawatankuasa surau yang bertanggung jawab khusus terhadap surau tersebut.
3. Berusaha memanfaatkan surau yang ada dengan aktiviti keagamaan.
4. Mengawasi agar tidak ada pembinaan surau yang baru tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam negeri Perlis.

f) Menyelia tanah-tanah simpanan / tanah-tanah wakaf.
1. Sentiasa membuat penyeliaan terhadap tanah-tanah simpanan / tanah-tanah wakaf yang ada di dalam kariah.
2. Mengawasi supaya tanah-tanah tersebut tidak dicerobohi.
3. Melarang sebarang pembinaan di atas tanah-tanah tersebut yang dibuat tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam negeri Perlis.

g) Menguruskan jenazah (tajhizul mayyit).
Membantu menguruskan jenazah apabila berlaku kematian di dalam kariah.

h) Menyimpan maklumat anak-anak kariah.
Mendaftar dan menyimpan maklumat anak-anak kariah termasuk anak-anak yatim,fakir miskin dan saudara baru.

3.3.5 Tempoh perkhidmatan AJK Kariah Masjid.

Berdasarkan kepada keterangan yang telah diberikan oleh Ustaz Md Akhir bin Majid bahawa tiada tempoh tamat perkhidmatan bagi pegawai-pegawai masjid di negeri Perlis, tetapi apa yang telah dipersetujui oleh Jam’iyah Imam-Imam Masjid Perlis (Persatuan Imam-Imam Masjid Perlis) ialah pada tahap umur 65 tahun, tetapi sekiranya tiada menghadapi apa-apa masalah kesihatan dan sebagainya jawatan ini boleh dilanjutkan selama mana pegawai itu mampu berkhidmat.

3.3.6 Elaun dan kebajikkan Pegawai Masjid.

Berdasarkan kepada penyata kewangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis bagi pembayaran elaun perkhidmatan kepada pegawai-pegawai masjid negeri Perlis adalah terbahagi kepada dua bentuk pembayaran iaitu pembayaran yang dibuat oleh kerajaan negeri dan pembayaran yang dibuat oleh Baitulmal negeri Perlis. Nilai kadar elaun-elaun tersebut adalah bergantung kepada jawatan-jawatan pegawai-pegawai masjid dan dibayar pada kadar tiga bulan sekali. Berikut adalah kadar-kadar yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri dan Baitulmal negeri perlis untuk jawatan-jawatan seperti berikut :
Peruntukkan Kerajaan Negeri
Untuk Sebulan.
Imam satu. RM 50.00
Imam dua. RM 38.33
Bilal. RM 30.00
Siak. RM 30.00
Penjaga Kawasan RM 23.33

Peruntukkan Baitulmal
Untuk Satu Bulan.
Imam satu. RM 93.33
Imam dua. RM 67.78
Bilal. RM 56.39
Siak. RM 56.39
Penjaga Kawasan. Rm 50.00

Selain daripada memperolehi elaun perkhidmatan para pegawai masjid juga dibekalkan dengan pakaian rasmi bertugas masing-masing yang diberikan pada setiap tahun kepada imam satu, manakala imam dua, bilal dan siak hanya diberikan pada kadar dua tahun sekali, tetapi tiada peruntukkan pakaian bagi jawatan penjaga kawasan. (Ustaz Md. Akhir bin Majid).

3.4 Pengurusan Kebersihan.

Menurut penjelasan yang diberikan oleh Ustaz Md Akhir bin Majid tugas dan tanggung jawab untuk memastikan kawasan keseluruhan masjid berada di dalam keadaan bersih, kemas dan teratur adalah terserah kepada pegawai-pegawai masjid yang telah dilantik. Beliau juga menyatakan sehingga kini tiada usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis secara rasmi untuk memastikan keseluruhan kawasan masjid-masjid di negeri Perlis berada di dalam keadaan bersih. Pemantauan kebersihan hanyalah dilakukan secara tidak rasmi oleh petugas-petugas Jabatan Agama Islam Perlis ketika membuat pemantauan terhadap kelas-kelas takmir yang diadakan di masjid-masjid negeri Perlis.

3.5 Pengurusan Waktu.

Masjid merupakan tempat beribadat dan sebagai tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, oleh itu amnya pihak pentadbiran masjid akan menguruskan waktu-waktu yang berkait rapat dengan institusi masjid seperti menguruskan waktu sembahyang dan waktu bagi kuliah-kuliah agama.

3.5.1 Pengurusan Waktu Sembahyang.

Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan oleh Ustaz Md. Akhir bin Majid berhubung dengan pengurusan waktu sembahyang bagi seluruh masjid di negeri Perlis adalah tertakluk kepada jadual waktu atau taqwim sembahyang yang telah dibekalakan oleh Jabatan Mufti negeri Perlis. Manakala jam penunjuk waktu sembahyang samada berbentuk manual ataupun elektronik yang terdapat di masjid-masjid adalah hasil iniasitif masjid-masjid berkenaan.

3.5.2 Pengurusan Waktu Pembelajaran.

Ustaz Abu Hassan bin Jusoh telah menjelaskan bahawa setiap masjid di negeri Perlis ini amnya mempunyai kelas pembelajaran sekurang-kurangnya satu kali dalam seminggu dan waktu bagi kelas pembelajaran tersebut adalah ditentukan oleh pihak pentadbiran masjid berkenaan. Untuk tujuan ini pihak Jabatan Agama Islam negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperuntukkan seramai 94 orang guru takmir bagi tujuan tersebut. Dan bagi mana-mana masjid yang ingin menambah hari dan waktu pembelajaran serta mengadakan kelas-kelas pengajian bagi kaum wanita dan kanak-kanak di masjid-masjid mereka adalah terpulang kepada inisiatif mereka sendiri tetapi mestilah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Jabatan Agama Islam Perlis.

Berhubung dengan kelas pengajian khusus bagi kaum wanita menurut Ustaz Abd Malik bin Hussin pihak Jabatan Agama Islam negeri Perlis tidak mengadakan kelas pengajian seumpama ini di masjid-masjid sebaliknya hanya diadakan di surau-surau yang terletak dalam kariah masing-masing. Dan sekiranya mana-mana masjid yang ingin mengadakan kelas pengajian khas bagi kaum wanita adalah terpulang kepada inisiatif masjid berkenaan dan hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Jabatan Agama Islam Perlis.

3.6 Pengurusan Kewangan.

Berdasarkan kepada keterangan yang diperolehi daripada Ustaz Md Akhir bin Majid segala urusan kewangan masjid adalah ditadbir dan diurus sepenuhnya oleh AJK Kariah. Sebaliknya AJK Kariah hanya dituntut supaya menyatakan apa-apa juga bentuk aktiviti-aktiviti masjid yang melibatkan jumlah tabung kewangan masjid yang besar. Selain daripada itu segala usaha-usaha untuk menambah duit tabung kewangan masjid adalah terletak pada inisiatif masjid tersebut tetapi ianya hendaklah dilaporkan terlebih dahulu kepada pihak Jabatan Agama Islam Perlis. Manakala hal-hal yang bersangkutan dengan kutipan derma dan sebagainya perlulah terlebih dahulu mendapat surat kebenaran bertulis daripada pihak Jabatan Agama Islam Perlis sebelum ianya dilaksanakan.

Berdasarkan kepada Enekmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1963 bagi Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah 1990 (pindaan 1995) menjelaskan dalam fasal 11. 1 dan 11. 2 bahawa Jawatankuasa Kariah hendaklah melantik dua orang yang bukan AJK sebagai pemeriksa kira-kira bagi sesuatu tahun. Dan pemeriksa kira-kira ini hendaklah memeriksa buku kira-kira kewangan Jawatankuasa. Selain daripada itu mana-mana pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan surat oleh Yang Dipertua boleh pada bila-bila masa menyemak, mengurus perjalanan Jawatankuasa dan memeriksa kira-kira, buku-buku atau dokumen-dokumen lain yang disimpan oleh Jawatankuasa. (Enekmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1963 pindaan 1995 fasal 21).

3.7 Pengurusan Perkaderan.

Menurut keterangan yang diperolehi daripada Ustaz Yusuf bin Abdul Hamid pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis akan melancarkan kursus perkaderannya yang pertama yang dijangkakan akan diadakan pada 16 dan 17 haribulan 7 tahun 2001. Menurut beliau pada peringkat permulaan kursus ini akan disertai oleh tiga puluh orang pelatih-pelatih yang telah dipilih dari seluruh negeri Perlis. Manakala berhubung dengan syarat-syarat yang dikenakan kepada pelatih-pelatih tersebut ialah :

1. Umur tidak melebihi daripada lima puluh tahun.
2. Mempunyai pengetahuan dalam bidang agama.
3. Boleh membaca al-Quran dengan baik.
4. Boleh membaca dan menulis tulisan jawi dan rumi dengan baik.

Sebagai permulaannya kursus ini akan lebih menumpukan kepada latihan-latihan tertentu seperti latihan berkhutbah dan cara membaca al-Quran dengan baik di samping itu peserta juga akan diberi pendedahan berhubung dengan hal-hal pentadbiran.


3.8 Pengurusan Kemudahan Asas.

Amnya setiap masjid yang terdapat di negeri Perlis ini mempunyai ciri-ciri kemudahan asas seperti tempat berwuduk, tandas, mimbar, sistem siaraya, karpet, lampu dan kipas, manakala bagi masjid-masjid yang akan didirikan akan diberi penambahan dari segi kemudahan asasnya iaitu satu bilik pentadbiran dan satu bilik stor. Dan segala kelengkapan masjid yang lain seperti alatan membersih, mencuci, buku-buku dan sebagainya adalah terpulang kepada inisiatif masjid berkenaan. Tugas menyelengara dan memelihara segala kelengkapan kemudahan asas ini adalah menjadi tanggung jawab AJK masjid masing-masing. (Encik Omar bin Adnan).

Bagi mana-mana masjid-masjid yang ingin memperbaiki apa-apa kerosakkan perlulah menghantar satu laporan bertulis kepada pihak pentadbiran Jabatan Agama Islam Perlis terlebih dahulu, seterusnya pihak Jabatan Agama Islam Perlis akan membuat siasatan terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan tersebut berdasarkan kepada wang peruntukkan kerajaan negeri untuk membaik pulih mana-mana masjid yang mengalami kerosakkan. (Encik Omar bin Adnan). Sekiranya sesebuah masjid memerlukan kerja-kerja kecemasan untuk membaik pulih kerosakkan yang nilainya tidak melebihi lima ribu Ringgat Malaysia perlulah mengikuti prosuder yang tersebut di atas, seterusnya pihak Jabatan Agama Islam Perlis akan membuat rundingan dengan mana-mana kontraktor yang berdaftar di kawasan tersebut bagi tujuan pembaik pulihan kerosakkan. Dan segala usaha-usaha pembaik pulihan adalah bergantung kepada wang peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan negeri. (Encik Omar bin Adnan).

Mana-mana masjid yang ingin membuat penambahan pada reka bentuk bangunan perlulah membuat permohonan peruntukkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Perlis dalam tempoh satu tahun sebelum ianya dilaksanakan. Kejayaan atau kegagalan permohonan ini adalah bergantung kepada wang peruntukkan kerajaan negeri juga. Dan Keluasan sesebuah masjid adalah bergantung kepada keluasan tanah yang diwakafkan bagi tujuan tersebut. (Encik Omar bin Adnan).

3.9 Kesimpulan

Secara kesimpulannya masjid Perlis adalah diurus dan ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa yang dipilih dan dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis. Mereka yang menyandang jawatan dalam masjid adalah mengikut pandangan JAIPs mempunyai kelayakan setelah ditemuduga. Mereka yang dilantik akan diamanahkan tugas dan tanggung jawab tertenu dalam mengurus dan mentadbirkan masjid.


PENGURUSAN KEPEGAWAIAN.

4.1 Pendahuluan

Setiap masjid di negeri Perlis mempunyai Jawatankuasa Kariah Masjid. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi, seorang setiausaha, seorang penolong setiausaha, seorang bendahari, pegawai-pegawai masjid yang dianggotai oleh dua orang imam, dua orang bilal, seorang siak, seorang penjaga kawasan.

Bagi mana-mana ahli kariah yang menyetujui pegawai-pegawai masjid memegang jawatan sebagai pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari maka bilangan keanggotaan AJK Kariah Masjid hanya terhad kepada sepuluh orang sahaja termasuk tiga orang ahli lain yang dilantik daripada kalangan anak-anak kariah berkenaan seperti mana yang telah dijelaskan dalam bab tiga yang lalu.

Sekiranya pegawai-pegawai masjid berkenaan tidak mempunyai kelayakkan atau berkemampuan untuk mentadbir masjid maka jawatan pengerusi, setiausaha dan bendahari hendaklah diberikan kepada tiga orang ahli yang berkelayakkan daripada anak-anak kariah berkenaan untuk menduduki jawatan ini atau pun melantik sesiapa yang difikirkan layak untuk menyandang jawatan tersebut.

4.2 Latarbelakang Responden.

Penyelidik telah membuat kajian ke atas 403 orang pegawai masjid lihat jadual berikut di bawah. Ia menunjukkan pegewai yang terdiri daripada bilal dan penjaga kawasan adalah jumlah responden yang tertinggi sekali.


Jadual 4

Graf 1

Sebanyak 99 buah masjid Pelis telah diedarkan soal selidik setiap masjid dibekalkan 8 naskah soalan iaitu berjumlah 792 naskah soalan untuk dijawab oleh pegawai masjid. Didapati hanya 403 sahaja yang menjawab soalan berkenaan. Kebanyakan adalah bilal dan penjaga kawasan. Ini menunjukkan mereka yang sering berada di masjid adalah terdiri daripada bilal, penjaga kawasan dan imam.

4.3 Pencapaian akademik pegawai masjid

Jadual berikut menjelaskan tentang pencapaian akademik pegawai masjid negeri Perlis. Sebanyak 53.1% adalah pegawai masjid tidak mempunyai pendidikan atau hanya tamat sekolah darjah enam sahaja. Jadual berikut menunjukkan golongan yang tidak mempunyai pendidikan lebih ramai sebagai pegawai masjid diikuti oleh mereka yang berkelulusan pondok sahaja.


4.4 Hubungan Jawatan yang disandang dengan Pencapaian akademik

Pada umumnya tahap pencapaian akademik pegawai-pegawai masjid adalah terlalu rendah seperti 41.7% setiausaha masjid tidak ada kelulusan akademik hanya tamat sekolah rendah sahaja. Begitulah juga dengan bilal 58.1% tidak mempunyai pendidikan. Ini membuktikan kepada kita masjid negeri Perlis diuruskan dan ditadbir oleh mereka yang kurang berpendidikan. Disarankan agar pihak JAIPs lebih menumpukan kepada kelulusan akademik dalam melantik pegawai-pegawai masjid akan datang.

4.5 Hubungan Jawatan yang disandang dengan pekerjaan

Bila membincangkan tentang hubungan jawatan dengan pekerjaan didapati hampir separuh iaitu 48.8% pengerusi adakah bekerja sendiri iaitu sawah padi. Begitu juga dengan imam sebanyak 66.2% adalah bekerja sendiri. Sementara kaki tangan kerajaan yang terlibat sebagai pegawai masjid adalah terlalu kurang.

Hubungan pekerjaan dengan kelulusan akademik mendapati ramai pegawai masjid yang tiada berpendidikan adalah bekerja sendiri iaitu kerja buru dan sawah padi. Sementara kaki tangan kerajaan kurang berperanan sebagai pegawai masjid.

4.6 Hubungan Pekerjaan Utama Pegawai dengan Pencapaian akademik

Jadual di bawah menggambarkan keadaan sebenar pegawai-pegawai masjid dari segi hubungan pekerjaan utama mereka dengan kelulusan yang mereka miliki. Terdapat 83.3% mereka yang tiada kelulusan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap menyandang sebagai pegawai masjid. Walaupun terdapat 50% pegawai masjid yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan tetapi hanya jawatan peringakat rendah kerana tidak mempunyai pendidikan. Ini menunjukkan kepada kita pegawai-pegawai yang ada di semua peringkat tidak mempunyai pendidikan tinggi hanya perpendidikan sekolah rendah sahaja.

Oleh itu tidak hairanlah ramai daripada kalangan mereka yang ingin menambah ilmu penetahuan dari masa kemasa. Hanya sedikit sahaja daripada mereka yang tidak berminat untuk menambah ilmu pengetahuan. Jadual berikut menjelaskan tentang minat belajar mereka.

4.7 Hubungan Jawatan dalam Masjid dengan tempoh berkhidmat

Dari segi tempoh perkhidmatan memperlihatkan kebanyakan masjid ditadbir oleh seseorang pengerusi terlalu lama berbanding dengan jawatan lain. Terdapt 51.2% pengerusi memegang jawatan melebihi 15 tahun.

4.8 Hubungan jawatan dengan tugas pegawai

Pandangan pegawai masjid terhadap tugas dan tanggung jawab mereka. Jadual berikut menyatakan pendapat mereka.

Kita melihat sejauh manakah pegawai menjalankan tugas. Adakah mereka menjalan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan kepada mereka. Berikut jadual pendapat pegawai masjid. Pendapat pegawai tentan soalan “Adakah semua pegawai masjid telah menjalan tugas dengan baik?”

4.9 Cara pegawai mengendalikan urusan masjid.

4.10 Kekerapan mesyuarat.

Dari segi kekerapan pegawai mengadakan mesyuarat menyelesaikan perkara berkaitan dengan masjid pada umumnya kita dapat melihat bahawa ia diadakan pada tiga bulan sekali atau bergantung kepada keadaan. Namun begitu tidaklah wajar kita diabaikan data yang menunjukkan bahawa mesyuarat tidak pernah diadakan.

4.11 Peranan JAIPs

Bagaimana peranan JAIPs dalam pelantikan dan kebajikan pegawai-pegawai masjid. Pengkaji membuat kajian pandangan pegawai-pegawai yang dilantik tentang peranan JAIPs terhadap kebajikan mereka. Jadual berikut menjelaskan hal berkenaan.

Jadual di atas mengambarkan pada keseluruhannya pegawai-pegawai masjid rasa senang hati atas pelantikan dan kebajikan untuk pegawai masjid. Namun begitu tidak pula boleh diabaikan tentang ada data ketidakpuasan hati pegawai terhadap JAIPs menangani kebajikan mereka.

4.12 Kursus Kepegawaian.

Kita dapat melaihat melalu tinjauan tentang kecederungan pegawai untuk mengikuti kursus pengurusan kepegawaian, hanya sedikit sahaja yang ingin mendalami pengetahuan sedangkan ramai pegawai lain kurang berminat untuk diberi input tentang pengurusan dan pentadbiran masjid. Oleh itu pihak JAIPs wajar mengadakan siri kursus seumpama itu untuk memastikan corak pengurusan dan pentadbiran masjid berjalan dengan baik pada masa hadapan.


4.13 Kesimpulan

Daripada pemerhatian penyelidik mendapati bahawa pegawai-pegawai masjid yang sering hadir ke masjid adalah terdiri daripada tiga golongan iaitu bilal, siak dan imam. Kebanyakan pegawai masjid adalah tidak berpelajaran atau berkelulusan rendah sekadar tamat darjah enam sekolah rendah sahaja. Walaupun mereka menjawat jawatan yang penting dalam masjid, peratusan mereka yang tidak berpelajaran masih tinggi. Namun begitu minat mereka untuk mendapatkan ilmu sememangnya tinggi. Kajian mendapati mereka lebih berminat jika JAIPs sendiri memperbanyakkan kursus untuk meningkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka dalam mengurus dan mentadbir masjid.

Supaya pentadbiran masjid bertambah baik dari masa ke semasa eloklah dicadangkan supaya setiap pengerusi yang dilantik hendaklah jangan terlalu lama kerana jawatan yang terlalu lama akan mengurangkan kualiti pentadbiran. Kadang kala seseorang pengerusi yang terlalu lama berkhidmat akan merasakan keputusan berada di tangannya tanpa melalui keputusan mesyuarat. Kalau boleh disarankan supaya adakan giliran memegang jawatan pengerusi masjid.

Bagi memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan masjid wajarlah pihak JAIPs terutamanya mengadakan siri kursus untuk pegawai-pegawai masjid supaya masjid berfungsi dengan baik selaras dengan kehendak Islam.

PENGURUSAN KEBERSIHAN

5.1 Pendahuluan

Tanggung jawab menjaga kebersihan adalah kewajipan bersama. Untuk memastikan kawasan keseluruhan masjid berada di dalam keadaan bersih, kemas dan teratur wajar diserahkan kepada pegawai tertentu yang telah dilantik. Hingga kini tiada usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis secara rasmi untuk memastikan keseluruhan kawasan masjid-masjid di negeri Perlis berada di dalam keadaan bersih.

Pemantauan tentang kebersihan masjid hanyalah dilakukan secara tidak rasmi oleh petugas-petugas Jabatan Agama Islam Perlis ketika membuat pemantauan terhadap kelas-kelas takmir yang diadakan di masjid-masjid negeri Perlis.

5.2 Kekerapan membersih masjid

Pengkaji telah membuat tinjauan terhadap pegawai-pegawai masjid untuk mendapatkan maklumat tentang kekerapan mereka membersihkan masjid. Jadual di bawah menjelaskan kekerapan membersihkan masjid adalah bergantung kepada keadaan. Terdapat 15.5% daripada siak yang ditugaskan untuk memastikan masjid berada dalam keadaan bersih memberi respon bahawa mereka membersihkan masjid sekali dalam satu minggu. Ini memberi gambaran bahawa kebersihan masjid masih berada di tahap yang kurang memuaskan.

Begitu juga dengan tinjauan pengkaji di beberapa masjid mendapati masih terdapat kekotoran dalam masjid terutamanya ruang solat dengan tahi cicak dan burung. Tambahan pula kebanyakan masjid Perlis tidak menyediakan sepatu antara bilik air dengan tangga masjid. Tidak ada penghubung antara bilik wuduk dengan tangga masjid. Bagi mereka yang tidak ada sepatu terpaksa berjengkek-jengkek antara bilik wuduk dengan tangga masjid. Ini menyebabkan tangga masjid menjadi kotor dan terus membawa kotoran ke dalam masjid. Maka wajar pihak tertentu memastikan setiap masjid mempunyai titi atau lorong bersih menghubungkan antara bilik wuduk atau bilik air dengan tangga masjid.

Berikut adalah tentang kebersihan bilik air dan tempat mengambil wuduk. Tempat ini perlu diberi keutamaan kerana ia merupakan punca berlaku kekotoran dan najis. Jadual di bawah menggambarkan kekerapan pegawai membersihkan tempat berwuduk dan tandas. Ia menjelaskan bahawa tempat berkenaan dibersihkan mengikut keadaan. Namun begitu terdapat peratusan yang tinggi dalam kalangan pegawai yang menganggapkan tugas membersihkan bilik air dan tempat wuduk bukan tugas mereka.

Oleh itu jadual di atas menjelaskan bahawa seramai 124 orang daripada 403 orang pegawai masjid tidak mengambil berat tentang kebersihan tandas dan tempat mengambil wuduk.

5.3 Gotong-royong

Membersihkan masjid adalah tugas bersama. Membersihkan persekitaran masjid perlu dilakukan secara bersama iaitu gotong royong. Selain daripada menjaga kebersihkan, budaya gotong-royong wajar dihidupkan dan diabadikan kerana ia dapat merapatkan ukhuwah atau ikatan persaudaraan Islam.

5.4 Keutamaan

Menjaga kebersihan tempat solat adalah tanggung jawab bersama. Seorang yang mendirikan solat hendaklah memastikan tempat itu bebas daripada sebarang najis supaya solatnya itu sah. Tempat-tempat yang perlus dijanga kebersihannya iaitu termasuklah ruang solat, tangga masjid, bilik air, bilik wuduk dan sebagainya.

Pada keseluruhannya semua pegawai masjid memberi pandangan bahawa keutamaan menjaga kebersihan adalah di semua tempat. Walau bagaimana pun seramai 57 iaitu 14.1% lebih menumpukan kepada ruang mendirikan solat.

5.5 Punca kekotoran

Terdapat beberapa punca kelotoran masjid termasuklah seperti najis manusia yang berkumpul di bilik air, najis jalanan yang berkumpul di tangga masjid dan najis cicak dan burung yang berkumpul atas ruang solat.

5.6 Kecenderungan

Untuk menjamin kebersihan pegawai-pegawai hendaklah dibekalkan dengan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kebersiahan. Apabila ditanya tentang minat pegawai untuk mempelajari tentang pengurusan kebersihan nampaknya hanya separuh sahaja yang berminat. Jadual berikut menjelaskan tentang minat mereka.

Kalau dilihat hubungan tempoh lama bertungas dengan kawasan mana dalam masjid yang perlu diberi keutamaan mendapati tempoh lama tidak memberi kesan kepada kesedaran terhadap membersihkan masjid. Lihat jadual di bawah.

5.7 Kesimpulan

Pada keseluruhannya tahap kebersihan masjid Perlis masih kurang memuaskan terutama jalan penghubung antara bilik air dengan tangga masjid di kebanyakan masjid tidak disediakan. Ramai jamaah yang terpaksa berjengket-jengket antara bilik air dengan tangga masjid kerana lorong yang bersih tidak disediakan.

Terdapat bilangan yang agak ramai dalam kalangan pegawai-pegawai masjid tidak memperdulikan kebersihan tempat mengambil wuduk dan tandas. Di samping itu persekitaran masjid juga patut diberi tumpuan melalui aktiviti gotong-royong. Amalan gotong-royong bukan sahaja masjid kelihatan bersih malah ia dapat menghubungkan silatur rahim sesama jamaah.

Berlalukunya kekotoran di masjid adalah berpunca daripada tidak ada kerja sama antara sesama pegawai dan juga ahli kariah. Mereka wajar diberi kesedaran supaya sama-sama bertanggung jawab menjaga kebersihan masjid. Tidak harus meletakan tanggung jawab menjaga kebersihan itu kepada orang-orang tertentu sahaja.

PENGURUSAN WAKTU.

6.1 Pendahuluan

Masjid akan menguruskan waktu-waktu yang berkait rapat dengan institusi masjid seperti menguruskan waktu sembahyang dan waktu bagi kuliah-kuliah agama. Pengurusan waktu sembahyang bagi seluruh masjid di negeri Perlis adalah tertakluk kepada jadual waktu atau taqwim sembahyang yang telah dibekalakan oleh Jabatan Mufti negeri Perlis. Manakala jam penunjuk waktu sembahyang samada berbentuk manual ataupun elektronik yang terdapat di masjid-masjid adalah hasil iniasitif masjid-masjid berkenaan. Waktu Pembelajaran masjid di negeri Perlis ini amnya diadakan sekurang-kurangnya satu kali dalam seminggu dan waktu bagi kelas pembelajaran tersebut adalah ditentukan oleh pihak pentadbiran masjid berkenaan.

Jadual waktu solat dan waktu pengajian hendaklah dihebah kepada semua ahli kariah supaya mereka dapat mengikut solat dan pengajian dengan baik. Selain itu jadual tentang rancangan untuk mengimarahkan masjid seperti program sambutan maal hijrah, maulid al rasul, nisfu sa’ban, sepuluh muharam, nuzul al quran, gotong-royong masjid dan sebagainya hendaklah diiklankan untuk pengetahuan umum.


6.2 Pengurusan Waktu solat

Solat awal waktu dan secara berjamaah adalah digalakkan dalam ajaran Islam. Demi mencapai hasrat berkenaan maka pihak masjid hendaklah memaklumkan kepada ahli kariah tentang masuknya waktu solat dan waktu mendirikan solat secara berjamaah. Jika ianya diuruskan dengan baik maka solat dapat dilaksanakan tepat pada waktunya dan jumlah jamaah yang lewat atau masbuq berkukrangan.

6.3 Pengurusan waktu pengajian

Waktu pengajian juga perlu diurus supaya kelas pengajian dapat berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Supaya tenaga pengajar dan pelajar datang tepat pada masa. Ini mengelak daripada pembaziran masa saling tunggu menunggu antara satu sama lain sebelum memulakan kelas pengajian. Faktor saling menanti antara guru dengan pelajar menjadikan kelas tidak menarik dan akhirnya kelas akan tergendala dan terbengkalai. Ini semua berpunca daripada pengurusan waktu yang tidak cekap.

Pada keseluruhannya pemberitahuan tentang program kelas agama ada dipaparkan di papan kenyataan masjid. Walau bagaimana pun masih ada rungutan tentang tidak dipaparkan jadual pengajian di papan kenyataan iaitu terdiri daripada 20.1% responden. Selain daripada itu jadual waktu pengajian juga patut diedarkan oleh pihak masjid kepada rumah-rumah kediaman ahli kariah, di samping itu dapat merapatkan hubungan silatur rahim pegawai masjid dengan ahli kariah.

Jika ditinjau tentang pendapat pegawai-pegawai masjid tentang kekeprapan mengadakan kelas pengajian agama. Jadual berikut menerangkan tentang pendapat mereka.

Tentang kelas pengajian agama untuk kaum wanita kita dapati kurang diberi perhatian. Jadual di atas menunjukkan 48.1% responden daripada 403 yang memberi maklumat bahawa tidak ada kelas pengajian agama untuk kaum wanita. Oleh itu patut diadakan kelas pengajian berkenaan kerana mereka ada pembantuk umat masa depan.

Pihak JAIPs ada juga menjalankan program kelas agama. Jadual berikut adalah tentang pandangan pegawai tentang penglibatan JAIPs dalam mentakmirkan masjid.

Pada keseluruhannya peranan JAIPs dalam mentakmir masjid adalah memuaskan. Sila lihat jadual di atas.

Pegawai juga perlu didedahkan dengan bagaimana untuk menyusun program masjid. Setelah dikaji didapati pegawai kurang berminat untuk mengikuti apa-apa kursus untuk mengadakan program masjid. Jadual berikut menjelaskan hal demikian.

6.4 Kesimpulan

Pada keseluruhannya semua masjid Perlis menggunakan takwim yang dibekalkan oleh JAIPs sebagai panduan masuknya waktu solat, tetapi jadual mendirikan solat bergantung kepada keadaan. Dari segi pengurusan waktu kelas pengajian, pihak Jawatankuasa pada umumnya mengiklankan kepada ahli kariah melalui papan kenyataan masjid.

Wajar juga jika pihak pegawai masjid memikirkan secara serius supaya menetapkan waktu khusus untuk golongan wanita menimba ilmu pegetahuan. Walaupun kehadiran mereka kurang memuaskan atau kurang mendapat sambutan, namun kelas pengajian untuk mereka hendaklah ditentukan, lebih-lebih lagi mereka sebagai individu yang berpengaruh dalam keluarga bertanggung jawab mendidik anak-anak amat memerlukan bekalan ilmu pengetahuan agama yang cukup.

Selain daripada itu masjid Perlis kurang memberi tumpuan kepada pengajian fardhu ain kepada kanak-kanak. Sewajarnya pihak masjid wajar memikirkan agar menetapkan satu waktu untuk kelas pengajian fardhu ain untuk kanak-kanak.

JAIPs telah banyak memberi sumbangan kepada masjid menjayakan berbagai aktiviti mentakmirkan masjid seperti mengadakan kelas-kelas agama. Seterusnya pihak JAIPs juga wajar menganjurkan kursus pengendalian program masjid kepada pegawai-pegawai.

PENGURUSAN KEWANGAN

7.1 Pendahuluan

Kewangan masjid adalah ditadbir dan diurus sepenuhnya oleh AJK Kariah. Mereka hanya dituntut supaya menyatakan apa-apa juga bentuk aktiviti-aktiviti masjid yang melibatkan jumlah tabung kewangan masjid yang besar. Segala usaha-usaha untuk menambah duit tabung kewangan masjid adalah terletak pada inisiatif masjid berkenaan.

Dari segi undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1963 bagi Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah 1990 (pindaan 1995) menjelaskan dalam fasal 11. 1 dan 11. 2 bahawa Jawatankuasa Kariah hendaklah melantik dua orang yang bukan AJK sebagai pemeriksa kira-kira bagi sesuatu tahun. Dan pemeriksa kira-kira ini hendaklah memeriksa buku kira-kira kewangan Jawatankuasa. Selain daripada itu mana-mana pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan surat oleh Yang Dipertua boleh pada bila-bila masa menyemak, mengurus perjalanan Jawatankuasa dan memeriksa kira-kira, buku-buku atau dokumen-dokumen lain yang disimpan oleh Jawatankuasa. (Enekmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1963 pindaan 1995 fasal 21).

Walau bagaimana pun sifat amanah adalah mengatasi segala-galanya. Pengkaji hanya ingin meninjau kedudukan pengurusan kewangan masjid yang kendalikan oleh jawatan kuasa masjid khususnya bendahari masjid dari segi penggunaan tabung masjid dan sumber pendapatan masjid.

7.2 Latarbelakang bendahari

Seorang bendahari wajar mempunyai ilmu asas kira-kira kewangan. Penyelidik ingin melihat respon mereka tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan simpan kira-kira. Dalam jadual di bawah didapati 88.9% bendahari mempunyai pengetahuan dalam kira-kira kewangan. Ini menunjukkan bahawa pendedahan tentang ilmu kira-kira kewangan memang kepada bendahari memang ada.

Walau bagaimana pun jawatan kuasa yang lain khususnya pengerusi dan setiausaha harus juga didedahkan tentang ilmu menyimpan kira-kira supaya dapat dimanfaatkan bersama.

Selain daripada itu bendahari hendaklah didedahkan tentang ke arah manakah wang itu boleh dibelanjakan. Kadang-kadang bendahari keliru adakah mereka boleh mengambil wang masjid sebagai upah mereka menjaga akaun. Kita lihat pendapat pegawai-pegawai masjid tentang adakah mereka layak menerima sebahagian daripada wang masjid. Jadual berikut menjelaskan. Terdapat 27.3% daripada kalangan pegawai menganggapkan bahawa pegawai masjid layak menerima 1/8 wang masjid untuk kegunaan peribadi mereka. Pada hal mereka tidak layak menerima.

7.3 Pelaksanaan tugas

Di antara tugas bendahari ialah menyediakan penyata kewangan masjid, wang masuk dan keluar serta mempamerkan kepada jamaah melalui papan kenyataan atau melalui risalah. Jadual di bawah menerangkan tentang peranan bendahari dalam menghebahkan kedudukan kewangan masjid.

Seterusnya pengkaji akan melihat kekerapan bendahari membentangkan penyata kewangan dalam mesyuarat. Jadual berikut menerangkan persoalan di atas. Seramai 83.3% Bendahari mendakwa mereka membentang kira-kira kewangan pada setiap kali mesyuarat diadakan. Terdapat 18.6% mengatakan bendahari akan melaporkan penyata kewangan jika diminta. Namun begitu rungutan pegawai seramai 1.2% tentang bendahari tidak pernah melaporkan penyata kewangan tidaklah boleh diabaikan.

7.4 Penggunaan wang masjid

Wang masjid adalah amanah Allah s.w.t. daripada ahli kariah untuk kegunaan masjid. Bendahari wajarlah amanah dalam menjalankan tugas. Setiap penggunaan wang masjid hendaklah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Pengkaji ingin melihat keutamaan penggunaan wang masjid dibelanjakan.

Amanah dan berpengetahuan menguruskan wang adalah tanggung jawab bendahari. Jadual di atas memaparkan 7 responden iaitu 1.9% berpendapat wang masjid untuk kebajikan pegawai masjid. Sementara 180 responden iaitu 48.9% mengatakan wang masjid adalah untuk kegunaan semua di atas termasuklah untuk membantu kebajikan pegawai masjid. Oleh itu wajar diberi penerangan tentang bagaimana penggunaan wang masjid yang sepatutnya.

7.5 Kursus Pengurusan Kewangan

Menyebut tentang kursus kewangan, tidak ramai pegawai berminat untuk mempelajari bagaimana pengurusan kewangan. Tetapi peratusan tinggi dalam kalangan bendahari untuk mempelajari tentang pengurusan kewangan. Sekali gus memperlihatkan bendahari masih memerlukan ilmu menyimpan kira-kira. Jadual berikut menjelaskan tentang minat mereka untuk mempelajari pengetahuan asas kawangan.

7.7 Kesimpulan

Pada keseluruhannya bendahari masjid Perlis mempunyai asas-asas pengetahuan tengan menyimpan kira-kira kewangan. Namun begitu jawatan kuasa yang lain seperti Pengerusi dan setiausaha hendaklah didedahkan pengetahuan ini semoga masalah kewangan masjid dapat diselesaikan bersama.

Selain daripada itu setiap pegawai khusunya bendahari hendaklah diberi penerangan oleh JAIPs tentang wajib melakukan amanah terhadap wang masjid. Mereka tidak dibenarkan menggunakan wang masjid untuk tujuan peribadi kerana ia adalah amanah untuk kegunaan masjid sahaja.

Ramai daripada kalangan bendahari masjid tidak memaparkan jumlah wang masuk keluar untuk pengetahuan ahli kariah. Oleh itu disarankan supaya pihak JAIPs hendaklah memantau setiap masjid supaya dipamerkan wang masuk keluar masjid pada papan-papan kenyataan masjid.

Pihak JAIPs hendaklah menerangkan kepada pegawai-pegawai masjid tentang bagaimana cara menggunakan wang tabung masjid. Supaya jangan ada kalangan pegawai yang menganggap wang tabung masjid boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya seperti membantu kewangan pegawai-pegawai masjid.

Kajian memperlihatkan bahawa ramai kalangan pegawai masjid kurang berminat menghadiri kursus berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran kewangan. Hanya kalangan bendahari yang agak berminat untuk berkursus. Oleh itu pihak berwajib haruslah meningkatkan kesedaran kalangan pegawai melalui kursus-kursus supaya mereka dapat mengetahuai bagaimana kewangan itu diurus dan ditadbir.

PENGURUSAN PERKADERAN

8.1 Pendahuluan

Masjid perlu ada program untuk melatih pegawai-pegawai yang bakal menerajui pentadbiran masjid pada masa hadapan. Penyelidik telah membuat kajian mendapati ramai responden yang memberi mengatakan tidak ada aktiviti melatih bakal-bakal pegawai masjid.

Kita melihat adakah faktor lama tempoh berkhidmat sebagai pegawai masjid lebih mempengaruhi pegawai supaya berminat untuk mengadakan program melatih bakal pegawai-pegawai. Jadual berikut mendapati bahawa tempoh berkhidmat sebagai pegawai masjid tidak mempengaruhi mereka untuk mengadakan kursus kepada bakal-bakal pegawai masjid.

Seterusnya pengkaji ingin melihat adakah faktor kelulusan akademik boleh mempengaruhi mereka supaya mengadakan kursus kepada bakal-bakal pegawai masjid. Jadual berikut menerangkan bahawa tidak ada perbezaan sama ada pegawai itu berkelulusan atau tidak berkelulusan mereka tidak berminat untuk mengadakan kursus perkaderan. Ini memperlihatkan bahawa tidak ada langsung usaha-usaha ke arah meningkatkan kualiti pentadbiran masjid pada masa yang akan datang. Oleh itu pihak JAIPs wajarlah memainkan peranan dalam hal ini untuk melatih bakal-bakal pegawai masjid akan datang.


Seterusnya pengkaji melihat bahawa pegawai-pegawai memanglah berminat untuk mengikuti kursus, tetapi untuk menyediakan kursus untuk orang lain amat kurang. Jadual berikut menjelaskan minat pegawai masjid untuk mengikuti sebarang kursus. Didapati pada umumnya minat untuk mengikuti kursus sebanyak 94.3%. Ini merupakan perkembangan yang baik dalam kalangan pegawai masjid.

Pegawai-pegawai masjid hendaklah didedahkan dengan berbagai-bagai kursus untuk mendedahkan kepada mereka berbagai-bagai ilmu pegetahuan terutamanya tentang pengurusan masjid. Jika mereka kesedaran melalui kursus yang dihadiri, mungkin mereka juga akan memikirkan tentang perlu ada bakal-bakal pegawai yang bakal menggantikan mereka pada satu hari nanti.

Jadual 43

Kebanyakan mereka yang terdiri daripada pegawai masjid kurang berminat mengikuti kursus perkaderan. Jadual di bawah ini memperlihatkan kepada kita bahawa didapati kebanyakan pegawai ingin mengikuti kursus selain daripada kursus perkaderan. Walaupun ramai pegawai yang ingin berkurus tetapi tidak ramai yang ingin menghadiri kursus tentang perkaderan. Oleh itu pihak JAIPs haruslah memberi kesedaran kepada pegawai-pegawai masjid bahawa pada suatu hari nanti masjid itu perlu diganti dengan pentadbir baru. Pegawai hendaklah mempunyai bekalan yang cukup untuk membimbing bakal-bakal pegawai.

Jadual di atas menerangkan 235 orang pegawai lebih berminat mengikuti kursus yang dianjurakan oleh JAIPs, 94.9% tidak berminat mengikuti kursus perkaderan. Hanya 5.1% sahaja berminat menghadiri kursus perkaderan. Terdapat 105 orang yang berminat menghadiri apa-apa kursus yang dianjurkan oleh UiTM dan JAIPs, tetapi hanya 14.3% sahaja yang ingin mengikuti kursus perkaderan.

8.2 Kesimpulan

Secara kesimpulannya pengkaji mendapati pihak pegawai masjid pada umumnya kurang berminat mengadakan kursus atau program untuk melatih bakal-bakal yang akan menjawat jawatan pegawai masjid. Tidak ada perbezaan sama ada mereka itu berkelulusan tinggi atau tidak ada pelajaran, sama ada mereka yang telah lama berkhidmat atau yang baru berkhidmat, sama sahaja iaitu tidak berminat untuk melatih bakal-bakal pegawai masjid.

Didapati pegawai kurang berminat untuk mengikuti kursus perkaderan. Oleh itu pihak JAIPs hendaklah menanamkan kesedaran kepada pegawai-pegawai supaya mengambil perhatian terhadap peganti mereka. Jika pihak JAIPs memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai masjid tentang perlunya bakal-bakal pengganti mereka, maka insyaallah pegawai-pegawai dapat mengadakan lebih banyak aktiviti-aktiviti melatih pegawai-pegawai baru dalam pengurusan dan pentadbiran masjid. Antaranya pegawai-pagawai masjid boleh mengadakan biro-biro tertentu untuk melatih mereka dan menjinakkan mereka dengan insitusi masjid.

PENGURUSAN KEMUDAHAN ASAS

9.1 Pendahuluan

Pada umumnya setiap masjid negeri Perlis mempunyai kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan, tempat berwuduk, tandas, mimbar, sistem pembesar suara, tikar sembahyang, karpet, lampu dan kipas. Segala kelengkapan lain seperti alat pembersih, bahan bacaan dan sebagainya adalah terpulang kepada inisiatif masjid berkenaan. Tugas mengurus segala kelengkapan kemudahan asas ini adalah menjadi tanggung jawab AJK masjid.

Segala kerosakkan yang ingin dibaik-pulih perlulah menghantar satu laporan bertulis kepada pihak pentadbiran JAIPs terlebih dahulu dan pihak JAIPs akan membuat siasatan sebelum meluluskan permohonan tersebut berdasarkan kepada wang peruntukkan kerajaan negeri yang nilainya tidak melebihi RM5,000.00 (lima ribu Ringgat Malaysia).

Jika masjid ingin membuat penambahan pada reka bentuk bangunan perlulah membuat permohonan peruntukkan kepada pihak JAIPs dalam tempoh satu tahun sebelum ianya dilaksanakan. Kejayaan atau kegagalan permohonan ini adalah bergantung kepada wang peruntukkan kerajaan negeri juga.

9.2 Laporan kerosakan

Pengkaji ingin melihat apakah yang dilakukan oleh pegawai masjid apabila mereka mendapati mana-mana bahagian mengalami kerosakan. Kepada siapakah mereka melaporkan kerosakan yang berlaku. Adakah mereka membiarkan sahaja atau mengambil langkah-langkah tertentu. Hasil daripada jawapan responden mendapati bahawa kebanyakan Pengerusi lebih berminat melaporkan kepada JAIPs, sementara pegawai-pegawai lain lebih berminat melaporkan kepada pengerusi. Ini menunjukkan ada kerja sama yang baik dalam kalangan pegawai masjid dari segi mengurus dan mentadbir kemudahan asas.

Terdapat 83.3% setiausaha cenderung berunding dengan pengerusi dalam menangani masalah kerosakan kemudahan asas. Demikianlah juga dengan bendahari yang lebih berminat melaporkan kerosakan kepada pengerusi. Sementara imam pula lebih berminat melaporkan kerosakan kepada JAIPs iaitu sebanyak 44.1%. Bilal dan siak pula akan merujuk kepada imam dan pengerusi. Oleh itu kita dapat melihat bahawa Pengerusi dan Imam adalah yang paling berpengaruh dalam kalangan pegawai masjid dari segi menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan pengurusan kemudahan asas.

9.3 Rekod kerosakan

Persoalan yang timbul adakah mereka merekodkan jika berlaku kerosakan. Pengkaji mendapati bahawa ramai daripada kalangan pegawai merekodkan segala kerosakan yang berlaku. Terdapat 100% setiausaha mengatakan mereka memang merekodkan segala kerosakan yang berlaku. Empat golongan iaitu Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Imam amat perihatin terhadapan kemudahan asas masjid. Namun begitu pegawai-pegawai lain kurang memberi perhatian. Jadual berikut menjelaskan pandangan responden.

Pada umumnya jadual di atas juga memberi gambaran kepada hanya 59.6% merekodkan segala kerosakan sementara selebihnya tidak memberi perhatian terhadap kemudahan asas masjid.

Munkin ada daripada kalangan jamaah kariah yang berasa kurang selesa tentang keadaan kemudahan asas. Jika mereka melaporkan kepada pegawai-pegawai masjid tentang kerosakan yang berlaku, adakah aduan itu diberi perhatian. Pengkaji ingin melihat adakah pegawai mengambil berat terhadap aduan kerosakan. Berikut jadual menjelaskan pandangan responden. Terdapat 57.8% daripada kalangan pegawai mengatakan mereka merekodkan kerosakan jika ada ahli kariah yang membuat aduan mengenai kerosakan masjid. Walau bagaimana pun peratusan yang agak tinggi, tidak memberi layanan terhadap aduan berkenaan.

Pengkaji juga tertanya-tanya adakah faktor lama bertugas itu mempengaruhi sikap pegawai mengambil berat terhadap kerosakan masjid. Jadual berikut mungkin dapat menjelaskan keadaan sebenar.


Seterusnya pengkaji ingin melihat hubungan antara pekerjaan asasi mereka dengan tanggung jawab terhadap kemudahan asas. Adakah pekerjaan mereka mempengaruhi sikap mereka perihatin terhadap kesempurnaan peralatan masjid.

Daripada soalselidik yang diterima didapati bahawa tidak ada perbezaan antara mereka yang bersara, bekerja dengan kerajaan, kerja sendiri dan kerja dengan swasta dari segi tanggung jawab mereka terhadap kemudahan asas masjid. Ini memperlihatkan bahawa tanggung jawab mereka terhadap masjid dan tanggung jawab terhadap masyarakat tidak dipengaruhi oleh pekerjaan asasi mereka.

9.4 Peranan JAIPs

Pihak JAIPs dikatakan amat memberi perhatian yang baik dalam membaik pulih segala kerosakan yang berlaku pada masjid. Ramai pegawai masjid yang memberi laporan bahawa JAIPs telah memberi bantuan yang banyak dalam mengatasi masalah kemudahan asas di masjid. Jadual berikut menyatakan hal demikian.

Seramai 250 orang pegawai masjid atau 62% berpuas hati dengan pernanan JAIPs dalam hal penyelenggaraan masjid. Sebanyak 10.4% mengatakan peranan JAIPs amat memuaskan dalam penyelenggaraan masjid. Sementara 21.8% menyatakan tidak puas hati. Secara keseluruhannya peranan JAIPs adalah memuaskan.

9.5 Kesimpulan

Pengkaji mendapati bahawa apabila pegawai masjid mendapati sebarang kerosakan terhadap kemudahan asas masjid meraka akan berbincang dan merujuk kepada yang lebih tinggi. Jika Bilal dan Siak mendapati kerosakan kemudahan asas mereka akan merujuk kepada Imam dan Pengerusi. Sementara Imam pula akan merujuk kepada Pengerusi. Pengerusi akan merujuk kepada JAIPs. Ini menunjukkan satu sistem bagaimana pegawai-pegawai masjid perlis menangani kerosakan kemudahan asas masjid.

Pengkaji mendapati juga terdapat kalangan pengerusi, setiausaha, bendahari dan imam amat memberi perhatian terhadap kemudahan masjid. Mereka merekodkan segala kerosakan dan seterusnya membuat laporan. Pengkaji mendapati bahawa faktor lama bertugas juga menjadikan pegawai lebih bertanggung jawab terhadap kemudahan asas masjid.

Pegawai-pegawai masjid pada umumnya melaporkan bahawa JAIPs adalah berperanan penting dalam penyelenggaraan kemudahan asas masjid. Mereka memang berasa puas hati terhadap peranan JAIPs selama ini.

Untuk kemudahan semua pihak dicadangkan supaya pihak masjid perlu membuat kotak atau borang aduan kerosakan yang diletakkan di bahagian hadapan atau anjung masjid supaya memudahkan ahli jamaah membuat aduan kerosakan untuk tindakan selanjutnya.

Selain daripada itu pengkaji mendapati bahawa sikap pegawai dalam menangani masalah kemudahan asas masjid tidaklah dipengaruhi oleh tugas hakiki mereka. Sikap semua pegawai masjid terhadap kebajikan masjid dan ahli kariah adalah sama tidak mengira mereka pesara, kakitangan kerajaan, pekerja sendiri atau swasta.

PENUTUP

10.1 Pendahuluan

Umat Islam diberikan kebebasan untuk memikirkan serta menentukan cara yang difikirkan sesuai dan terbaik untuk mentadbir urusan kehidupan mereka, tetapi mereka diwajibkan berpegang kepada beberapa prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam.

10.2 Pengurusan masjid Perlis

Masjid Perlis adalah diurus dan ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa yang dipilih dan dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis. Mereka yang menyandang jawatan dalam masjid adalah mengikut pandangan JAIPs mempunyai kelayakan setelah ditemuduga. Mereka yang dilantik akan diamanahkan tugas dan tanggung jawab tertenu dalam mengurus dan mentadbirkan masjid.

10.3 Pengurusan kepegawaian

Keseluruhannya penyelidik mendapati bahawa pegawai-pegawai masjid yang sering hadir ke masjid adalah terdiri daripada tiga golongan iaitu bilal, siak dan imam. Kebanyakan pegawai masjid adalah tidak berpelajaran atau berkelulusan rendah sekadar tamat darjah enam sekolah rendah sahaja. Walaupun mereka menjawat jawatan yang penting dalam masjid, peratusan mereka yang tidak berpelajaran masih tinggi. Namun begitu minat mereka untuk mendapatkan ilmu sememangnya tinggi. Kajian mendapati mereka lebih berminat jika JAIPs sendiri memperbanyakkan kursus untuk meningkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka dalam mengurus dan mentadbir masjid.

Supaya pentadbiran masjid bertambah baik dari masa ke semasa eloklah dicadangkan supaya setiap pengerusi yang dilantik hendaklah tidak terlalu lama kerana jawatan yang terlalu lama akan mengurangkan kualiti pentadbiran. Kadang kala seseorang pengerusi yang terlalu lama berkhidmat akan merasakan keputusan berada di tangannya tanpa melalui keputusan mesyuarat. Kalau boleh disarankan supaya adakan giliran memegang jawatan pengerusi masjid.

Bagi memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan masjid wajarlah pihak JAIPs terutamanya mengadakan siri kursus untuk pegawai-pegawai masjid supaya masjid berfungsi dengan baik selaras dengan kehendak Islam. Antaranya diadakan kursus pengurusan masjid peringkat sijil atau diploma.

10.4 Pengurusan kebersihan

Pada keseluruhannya tahap kebersihan masjid Perlis masih kurang memuaskan terutama jalan penghubung antara bilik air dengan tangga masjid di kebanyakan masjid tidak disediakan. Ramai jamaah yang terpaksa berjengket-jengket antara bilik air dengan tangga masjid kerana lorong yang bersih tidak disediakan.

Terdapat bilangan yang agak ramai dalam kalangan pegawai-pegawai masjid tidak memperdulikan kebersihan tempat mengambil wuduk dan tandas. Di samping itu juga persekitaran masjid patut diberi tumpuan melalui aktiviti gotong-royong. Amalan gotong-royong bukan sahaja masjid kelihatan bersih malah ia dapat menghubungkan silatur rahim sesama jamaah.

Punca berlalukunya kekotoran di masjid adalah berpunca daripada tidak ada kerja sama antara sesama pegawai dan juga ahli kariah. Mereka wajar diberi kesedaran supaya sama-sama bertanggung jawab menjaga kebersihan masjid. Tidak harus meletakan tanggung jawab menjaga kebersihan itu kepada orang-orang tertentu sahaja.

10.5 Pengurusan waktu

Pada keseluruhannya semua masjid Perlis menggunakan takwim yang dibekalkan oleh JAIPs sebagai panduan masuknya waktu solat, tetapi jadual mendirikan solat bergantung kepada keadaan. Dicadangkan pihak jawatan kuasa masjid menetapkan waktu mendirikan solat secara berjamaah secara tetap supaya menarik lebih ramai ahli kariah solat berjamaah.

Dari segi pengurusan waktu kelas pengajian, pihak Jawatankuasa pada umumnya mengiklankan kepada ahli kariah melalui papan kenyataan masjid. Disarankan juga agar jadual kelas pengajian untuk wanita, kanak-kanak, remaja dan sebagainya diedarkan ke rumah-rumah ahli kariah.

Wajar juga jika pihak pegawai masjid memikirkan secara serius supaya menetapkan waktu khusus untuk golongan wanita menimba ilmu pegetahuan. Walaupun kehadiran mereka kurang memuaskan atau kurang mendapat sambutan, namun kelas pengajian untuk mereka hendaklah ditentukan, lebih-lebih lagi mereka sebagai individu yang berpengaruh dalam keluarga bertanggung jawab mendidik anak-anak amat memerlukan bekalan ilmu pengetahuan agama yang cukup.

Selain daripada itu masjid Perlis kurang memberi tumpuan kepada pengajian fardhu ain kepada kanak-kanak. Sewajarnya pihak masjid wajar memikirkan agar menetapkan satu waktu untuk kelas pengajian fardhu ain untuk kanak-kanak.

JAIPs telah banyak memberi sumbangan kepada masjid menjayakan berbagai aktiviti mentakmirkan masjid seperti mengadakan kelas-kelas agama. Seterusnya pihak JAIPs juga wajar menganjurkan kursus pengendalian program masjid kepada pegawai-pegawai agar pegawai-pegawai dapat mengadakan program untuk masjid mereka secara bersiri.




10.6 Pengurusan kewangan

Pada keseluruhannya bendahari masjid Perlis mempunyai asas-asas pengetahuan tengan menyimpan kira-kira kewangan. Namun begitu jawatan kuasa yang lain seperti Pengerusi dan setiausaha hendaklah didedahkan pengetahuan ini semoga masalah kewangan masjid dapat diselesaikan bersama.

Selain daripada itu setiap pegawai khusunya bendahari hendaklah diberi penerangan oleh JAIPs tentang wajib melakukan amanah terhadap wang masjid. Mereka tidak dibenarkan menggunakan wang masjid untuk tujuan peribadi kerana ia adalah amanah untuk kegunaan masjid sahaja.

Ramai daripada kalangan bendahari masjid tidak memaparkan jumlah wang masuk keluar untuk pengetahuan ahli kariah. Oleh itu disarankan supaya pihak JAIPs hendaklah memantau setiap masjid supaya dipamerkan wang masuk keluar masjid pada papan-papan kenyataan masjid.

Pihak JAIPs hendaklah menerangkan kepada pegawai-pegawai masjid tentang bagaimana cara menggunakan wang tabung masjid. Supaya jangan ada kalangan pegawai yang menganggap wang tabung masjid boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya seperti membantu kewangan pegawai-pegawai masjid.

Kajian memperlihatkan bahawa ramai kalangan pegawai masjid kurang berminat menghadiri kursus berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran kewangan. Hanya kalangan bendahari yang agak berminat untuk berkursus. Oleh itu pihak berwajib haruslah meningkatkan kesedaran kalangan pegawai melalui kursus-kursus supaya mereka dapat mengetahuai bagaimana kewangan itu diurus dan ditadbir.

10.7 Pengurusan perkaderan

Pengkaji mendapati pihak pegawai masjid pada umumnya kurang berminat mengadakan kursus atau program untuk melatih bakal-bakal yang akan menjawat jawatan pegawai masjid. Tidak ada perbezaan sama ada mereka itu berkelulusan tinggi atau tidak ada pelajaran, sama ada mereka yang telah lama berkhidmat atau yang baru berkhidmat, sama sahaja iaitu tidak berminat untuk melatih bakal-bakal pegawai masjid.

Pengkaji juga mendapati pegawai kurang berminat untuk mengikuti kursus perkaderan. Oleh itu pihak JAIPs hendaklah menanamkan kesedaran kepada pegawai-pegawai supaya mengambil perhatian terhadap peganti mereka. Jika pihak JAIPs memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai masjid tentang perlunya bakal-bakal pengganti mereka, maka insyaallah pegawai-pegawai dapat mengadakan lebih banyak aktiviti-aktiviti melatih pegawai-pegawai baru dalam pengurusan dan pentadbiran masjid. Antaranya pegawai-pagawai masjid boleh mengadakan biro-biro tertentu untuk melatih mereka dan menjinakkan mereka dengan insitusi masjid.

10.8 Pengurusan kemudahan asas

Pengkaji mendapati bahawa apabila pegawai masjid mendapati sebarang kerosakan terhadap kemudahan asas masjid meraka akan berbincang dan merujuk kepada yang lebih tinggi. Jika Bilal dan Siak mendapati kerosakan kemudahan asas mereka akan merujuk kepada Imam dan Pengerusi. Sementara Imam pula akan merujuk kepada Pengerusi. Pengerusi akan merujuk kepada JAIPs. Ini menunjukkan satu sistem bagaimana pegawai-pegawai masjid perlis menangani kerosakan kemudahan asas masjid.

Pengkaji mendapati juga terdapat kalangan pengerusi, setiausaha, bendahari dan imam amat memberi perhatian terhadap kemudahan masjid. Mereka merekodkan segala kerosakan dan seterusnya membuat laporan. Pengkaji mendapati bahawa faktor lama bertugas juga menjadikan pegawai lebih bertanggung jawab terhadap kemudahan asas masjid.

Pegawai-pegawai masjid pada umumnya melaporkan bahawa JAIPs adalah berperanan penting dalam penyelenggaraan kemudahan asas masjid. Mereka memang berasa puas hati terhadap peranan JAIPs selama ini.

Untuk kemudahan semua pihak dicadangkan supaya pihak masjid perlu membuat kotak atau borang aduan kerosakan yang diletakkan di bahagian hadapan atau anjung masjid supaya memudahkan ahli jamaah membuat aduan kerosakan untuk tindakan selanjutnya.

Selain daripada itu pengkaji mendapati bahawa sikap pegawai dalam menangani masalah kemudahan asas masjid tidaklah dipengaruhi oleh tugas hakiki mereka. Sikap semua pegawai masjid terhadap kebajikan masjid dan ahli kariah adalah sama tidak mengira mereka pesara, kakitangan kerajaan, pekerja sendiri atau swasta

10.9 Kesimpulan

Islam menggalakkan umatnya memakmurkan masjid. Masjid yang baik adalah masjid yang diurus dan ditadbirkan dengan secara sistematik. Tidak mungkin institusi masjid ini dapat berfungsi dengan baik jika tidak ditadbir dengan teliti. Masjid adalah anugerah Allah s.w.t. untuk umat manusia yang beriman. Jika masjid dimanfaatkan dengan sepenuhnya maka faedahnya adalah untuk mereka juga.

Masjid Perlis yang berjumlah 100 buah adalah merupakan lambang kemegahan masyarakat Perlis. Setiap waktu berkumandang azan mengajak manusia mendirikan solat secara berjamaah. Seperti mana biasa begitulah masjid-masjid di negeri-negeri lain jamaahnya tidak sampai satu saf kecuali waktu magrib dan isya’ mungkin dua atau tiga saf. Demikainlah keadaannya keseluruhan masjid negeri Perlis.

Hasil daripada tinjauan pengkaji di masjid-masjid Perlis, perbincangan dengan ahli jawatan kuasa masjid dan pegawai-pegawai di Jabatan Agama Islam Perlis banyak perkara yang ditemui dan beberapa cadangan telah diselitkan sebelum ini. Semoga penemuan dan cadangan-cadangan yang disarankan menjadi suatu idea untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran masjid negeri Perlis khususnya dan umumnya masjid-masjid lain umumnya.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com





1 comment:

tinyhyppo said...

assalamualaikum, saya ingin tahu adakah apa-apa tindakan lanjut yang telah dijalankan susulan daripada kajian yang telah dijalankan ini. -absafinas@yahoo.com